![]() |
HONG KONG, 6 November 2025 /PRNewswire/ -- Meiyume, perintis bagi penyelesaian kecantikan hujung-ke-hujung, mempersembahkan SEEDED — Rooted in Intelligence, Connected Through the Beauty Vein (SEEDED — Berakar Umbi dengan Kecerdasan, Terhubung Melalui Unsur Kecantikan) di Cosmopack Asia. Sebagai peneraju bertaraf global bagi pembungkusan, pembangunan produk siap guna dan pembuatan, Meiyume memanfaatkan Beauty Intelligence Platform (BIP) proprietarinya—menganalisis lebih 10 juta titik data setiap bulan—bagi menyampaikan produk kecantikan reka khas yang sesuai dengan keutamaan pengguna di seluruh dunia.
Memperkenalkan SEEDED
Terdapatnya sebutir benih sebagai nadi bagi setiap inovasi—idea yang sedia untuk berkembang. SEEDED menggambarkan sejauh mana kecerdasan, penyumberan beretika, formulasi berdaya cipta dan pembungkusan lestari saling berkaitan di Meiyume, lalu mewujudkan sebuah ekosistem yang melaluinya inovasi berkembang menjadi produk global yang membuahkan hasil untuk pelanggan dan juga rakan kongsi.
Memperkenalkan SEEDED TO LAST: Membawakan Unsur Inovasi (3-D07)
SEEDED TO LAST menonjolkan komitmen Meiyume terhadap kelestarian, inovasi dan kecemerlangan pembungkusan. Menerusi kepakaran selama lebih 30 tahun, kemudahan yang canggih dan rangkaian penyumberan global, Meiyume menghasilkan pembungkusan mesra alam, berfungsi dan elegan. Disokong oleh pensijilan industri dan paten aktif, jurutera mereka terus menerobos sempadan pembungkusan, ODM dan juga OEM.
Pelawat akan dapat mengalami sejauh mana reka bentuk Meiyume yang memenangi anugerah dan tak lapuk dek zaman menghidupkan penyelesaian kecantikan—setiap satunya membawa unsur inovasi dan kelestarian.
Memperkenalkan Cosmolab – SEEDED FOR BEAUTY: Kecerdasan menjadi Akar Umbi, Kepelbagaian Fungsi pada Setiap Cabang, Hasil yang Anda Boleh Lihat (3-D05)
SEEDED FOR BEAUTY by Cosmolab: Meiyume x Intercos merangkumkan benih inovasi apabila kecerdasan dan kepelbagaian fungsi bercambah menjadi penyelesaian penjagaan kulit, penjagaan diri dan kosmetik yang canggih.
Umpama dahan pokok, Cosmolab menghubungkan peneraju industri dan AI bagi membawakan produk siap guna yang diingini. Dikuasakan oleh BIP, ia memacu penciptaan produk terperibadi dan dipacu data—mengubah idea menjadi inovasi nyata yang relevan untuk pengguna.
Pelawat boleh meninjau empat arah aliran kecantikan utama yang dikenal pasti melalui koleksi siap guna berpandukan pandangan yang dikurasikan oleh Meiyume dan Intercos, sedia mencapai penyetempatan dan pengkomersialan.
Suatu pengalaman secara langsung mengundang pelawat untuk memilih bunga yang mewakili arah aliran ini dan meletakkannya pada sebatang pokok kolaboratif—melambangkan pertumbuhan serta transformasi idea inovatif yang menjadi kenyataan.
Kunjungi Kami
Melalui SEEDED, Meiyume memupuk masa depan yang lebih pintar, lebih lestari dan terhubung untuk kecantikan.
Latar Belakang Meiyume
Dahulunya dikenali sebagai LF Beauty, Meiyume menawarkan penyelesaian kecantikan hujung-ke-hujung—pembungkusan, kejuruteraan, pembuatan, ODM, OEM, formulasi dan inovasi pintar—yang berasaskan kelestarian. Dikuasakan oleh BIP dan rangkaian penyumberan global, Meiyume menjayakan visi menerusi ketangkasan, kecerdasan dan juga tanggungjawab.
Pertanyaan media:
Kenneth Chia
Pengurus Pemasaran
kennethchia@meiyume.com