omniture

Pesta Hadiah Shenzhen RX Huabo 2025 Labuh Tirai dengan Lebih 4,500 Peserta Pameran, Pamer Arah Aliran Pengguna Berasaskan Senario, Dipacu AI

RX Huabo
2025-11-06 14:35 5

SHENZHEN, China, 6 November 2025 /PRNewswire/ -- Pesta Hadiah dan Produk Rumah Antarabangsa China (Shenzhen) ke-33 (Pesta Hadiah SZ) yang diadakan mulai 20–23 Oktober 2025 bertempat di Shenzhen World Exhibition & Convention Center melabuhkan tirai dengan jayanya. Acara selama empat hari itu menjadi tuan rumah kepada lebih 4,500 peserta pameran dan menarik minat pembeli dari seluruh dunia, lalu mengesahkan sekali lagi peranan Pesta ini sebagai platform penyumberan yang utama dan peneraju bagi arah aliran produk yang dipacu reka bentuk dan dipacu IP dalam seluruh sektor hadiah dan rumah.

AI Mendayakan Era Baharu Pengalaman Pengguna Berasaskan Senario

Jenama-jenama peralatan rumah pintar yang terkemuka, bermula daripada Xiaomi hinggalah Midea menggunakan AI untuk mereka bentuk sebuah ekosistem pintar untuk kediaman. Pengilang robot seperti DJI dan Ecovacs mempamerkan pembersih vakum generasi akan datang yang boleh mengutamakan tugas pembersihan dan beroperasi secara autonomi. Dalam sektor audio, fon kepala ditala AI daripada EDIFIER menentukur secara automatik mengikut pengguna demi pengalaman mendengar teroptimum. Gelombang alatan pengimejan dan strim langsung tanpa wayar yang ringan—diterajui oleh Hohem dan Godox—menyasarkan penciptaan kandungan gred profesional di mana-mana sahaja. Ia menandakan anjakan daripada produk berdiri sendiri kepada pengalaman berpusatkan senario yang dapat menjangkakan dan mencapai penyesuaian dengan kehidupan pengguna.

Nilai Emosi: Gen Z Mengolah Semula Logik Penggunaan

Helen Shen, Naib Presiden RX Huabo, berkongsi pandangan daripada "2026 China Gift Industry White Paper" ("Kertas Putih Industri Hadiah China 2026") di Forum Sidang Kemuncak Industri Hadiah dengan menyatakan bahawa pengguna di seluruh dunia semakin menghargai pemperibadian dan estetika — menandakan peningkatan dalam "penggunaan beremosi." Sebagai kuasa pengguna yang utama dan teras bagi tenaga kerja, Gen Z mengutamakan hubungan emosi dan pernyataan diri. Peresap wangian, perkakas rumah kreatif dan peralatan diperibadikan bukan lagi sekadar berfungsi; ia menjadi lambang kasih sayang dan identiti. Anjakan ini menjelaskan mengapa pengguna yang lebih muda sanggup membuat bayaran premium untuk produk yang menggabungkan resonans emosi dengan utiliti praktikal.

Latar Belakang RX Huabo

Dengan pengalaman industri selama lebih 30 tahun, RX Huabo menjadi penganjur pameran yang terbesar dan paling berpengaruh dalam sektor Hadiah & Rumah di rantau Asia-Pasifik serta merupakan sebahagian daripada RX, iaitu peneraju bertaraf global bagi acara dan pameran. Ia menganjurkan 16 pameran B2B profesional di dalam dan luar negara setiap tahun, menghimpunkan lebih 10,000 peserta pameran dan juga 1 juta produk bagi memenuhi keperluan pembelian 3 juta pembeli dan melalui platform dalam talian Limaotong, matriks media baharu bagi membina platform perdagangan dalam talian dan luar talian B2B omnisaluran untuk membantu pembekal berkualiti menyediakan platform perolehan yang cekap sepanjang tahun buat berjuta-juta pembeli profesional.

Hubungi: lisa.li@rxhuabo.com.cn

Source: RX Huabo
Keywords: Household Products Household/Consumer/Cosmetics Retail Trade show news