omniture

LianLian Global dan PAYS0 Tandatangani Perjanjian Kerjasama Revolusikan Perkhidmatan Kiriman Wang Rentas-Sempadan untuk Pekerja Filipina Luar Negara

LianLian Global
2025-11-06 14:37 4

HONG KONG, 6 November 2025 /PRNewswire/ -- Bertempat di Minggu FinTech Hong Kong 2025, iaitu acara teknologi kewangan yang ulung di Asia, LianLian Global, jenama pembayaran rentas sempadan Lianlian DigiTech yang disenaraikan di Hong Kong, mengumumkan perkongsian strategik bersama PAYS0, sebuah syarikat pembayaran berlesen di Filipina. Kedua-dua syarikat ini berkolaborasi untuk memberikan pengalaman kiriman wang rentas sempadan yang inovatif kepada Pekerja Filipina Luar Negara (OFW).

Perkongsian ini diformalkan menerusi majlis menandatangani perjanjian yang dihadiri oleh Tim Shen, Ketua Pegawai Eksekutif LianLian Global; Michele Fung, Ketua LianLian Global Hong Kong; dan Timothy Francis Tangkusan Yee, Pengarah PAYS0. Sebagai Penaja Emas di Minggu FinTech Hong Kong pada tahun ini, LianLian Global mempamerkan penyelesaian pembayaran globalnya yang canggih, seterusnya memperkukuh peranan kepimpinannya dalam industri pembayaran rentas sempadan.

Menurut perjanjian ini, LianLian Global dan PAYS0 akan memanfaatkan kekuatan masing-masing bagi mengatasi cabaran berpanjangan yang dihadapi sejak dahulu lagi oleh OFW semasa mengirim dana ke Filipina. Dengan menggabungkan rangkaian pembayaran global LianLian dan keupayaan domestik PAYS0, perkongsian ini bermatlamat untuk menyediakan perkhidmatan pemindahan antarabangsa yang lancar, terjamin, cekap dan berkos rendah.

PAYS0 ialah sebuah syarikat pembayaran yang terkemuka di Filipina, memegang lesen e-dompet EMI dan mengkhusus dalam penyelesaian pembayaran B2B merentas pelbagai industri. Perkhidmatan pemprosesan pembayaran syarikat ini yang terjamin, patuh dan cekap menggiatkan pertumbuhan sektor-sektor seperti fintech (teknologi kewangan), e-dagang rentas sempadan, perdagangan, projek kerajaan dan perkhidmatan tempatan. Penyelesaian PAYS0 direka untuk menangani cabaran seperti kos yang tinggi, ketidakcekapan dan risiko penipuan, bagi memastikan kiriman wang dan transaksi lain diproses dengan andal dan selamat.

Sebagai jenama pembayaran rentas sempadan LianLian DigiTech, LianLian Global komited untuk menerobos halangan dengan "menghubungkan pengguna, menghubungkan perdagangan dan menghubungkan ekosistem." Dengan misi untuk menyediakan aliran dana global yang terjamin, patuh, cekap dan berkos rendah, LianLian Global menjadi rakan kongsi yang dipercayai untuk kira-kira 7.9 juta pelanggan di seluruh dunia.

Syarikat ini memanfaatkan keupayaan pembayaran rentas sempadan tindanan penuh LianLian DigiTech, termasuk lesen di pasaran China dan luar negara. Ini termasuk 66 lesen pembayaran dan kelayakan, seperti lesen MSO di Hong Kong, lesen EMI di Luxembourg dan lesen MTL di seluruh Amerika Syarikat. LianLian Global telahpun membina infrastruktur yang mantap yang dapat memudahkan pembayaran global, kutipan dan pertukaran mata wang dengan kecekapan yang tiada tandingan.

LianLian Global dan PAYS0 tetap komited untuk meneroka penyelesaian baharu untuk aliran dana antarabangsa, memacu rangkuman kewangan serta meningkatkan kecekapan pembayaran rentas sempadan di Filipina dan selanjutnya.

Source: LianLian Global
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Licensing/marketing agreements Financial Technology