omniture

Larian Kebudayaan AmMetLife 2025 Himpunkan Rakyat Malaysia, Meraikan Budaya, Perpaduan dan Kesejahteraan

AmMet Life
2025-11-06 16:59 7

KUALA LUMPUR, Malaysia, 6 November 2025 /PRNewswire/ -- Larian Kebudayaan AmMetLife 2025 telah menghimpunkan lebih 2,000 peserta dari segenap lapisan masyarakat pada pagi Ahad yang penuh bertenaga di Padang Merbok, Kuala Lumpur, untuk meraikan kekayaan warisan berbilang budaya Malaysia menerusi aktiviti kecergasan yang menyeronokkan dan membina semangat kemasyarakatan.

Dianjurkan oleh AmMetLife Insurance Berhad ("AmMetLife"), para peserta datang siap berpakaian tradisional berwarna-warni untuk memperlihatkan kepelbagaian budaya Malaysia sambil mengamalkan gaya hidup aktif – langkah demi langkah. Para pelari, yang termasuk keluarga, kumpulan komuniti, kakitangan AmMetLife dan juga mereka yang berkeperluan khas, begitu bersemangat dan bertenaga menyusuri laluan indah sepanjang 5km merentasi tengah ibu kota untuk meraikan kesihatan, perpaduan dan daya ketahanan.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) AmMetLife, Rangam Bir berkata, "Larian Kebudayaan AmMetLife mencerminkan prinsip yang kami pegang — menyatukan insan berasaskan semangat perpaduan dan kesejahteraan. Melihatkan peserta dari segenap lapisan hidup, termasuk tetamu istimewa kami dari Pink Unity, Bikeisable dan Incredible Warriors, berlari bersama-sama, benar-benar mencerminkan Malaysia yang kita banggakan. Di AmMetLife, kami berusaha membantu insan menikmati kehidupan yang lebih sihat dengan lebih yakin, dan sesungguhnya acara ini menunjukkan bahawa kami boleh mencapai tujuan tersebut apabila kita melangkah maju bersama-sama."

Acara bermula rancak pada jam 6:00 pagi dengan persembahan One Malaysia Drum Symphony (Simfoni Gendang Satu Malaysia) dan diikuti oleh sesi Zumba yang sungguh bertenaga untuk menggerakkan dan memanaskan badan para peserta larian. Peserta kemudian dilepaskan pada jam 7.30 pagi oleh CEO AmMetLife, Rangam Bir, Ketua Pemasaran Digital & Afiniti, Vivian Kishore Samuel, dan pasukan pengurusan kanan daripada AmMetLife dan Kumpulan AmBank, untuk memulakan larian mereka yang berwarna-warni menyusuri laluan 5km di sekitar Padang Merbok Kuala Lumpur yang terkenal.

Sepanjang acara, para pelari dan keluarga mereka juga berpeluang menyaksikan beberapa persembahan menarik, termasuk Simfoni Gendang Malaysia, pertunjukan Badut Kanak-Kanak yang mencuit hati dan sesi interaktif yang menceriakan suasana pesta.

Untuk memeriahkan lagi acara, peserta juga mengambil bahagian dalam Pertandingan Peragaan Pakaian Terbaik, menggayakan pakaian tradisional daripada pelbagai budaya Malaysia dengan cara yang kreatif. Para pemenang membawa pulang hadiah-hadiah menarik bernilai lebih daripada RM18,000.

Beberapa pusingan cabutan bertuah turut diadakan di acara tersebut, memberi peluang kepada peserta untuk memenangi hadiah-hadiah menarik termasuk sebuah motosikal Modenas Kriss 110 serba baharu bernilai RM4,200, alat latihan kecergasan (treadmill, basikal senaman), perkakas rumah (ketuhar gelombang mikro, vakum robot), peranti (tablet, jam pintar), baucar diskaun untuk kasut lari daripada Brooks, baucar beli-belah dan banyak lagi. Acara pada pagi itu diakhiri dengan penyampaian hadiah pusingan terakhir dan sesi menyejukkan badan, meraikan pencapaian setiap peserta yang berjaya melintasi garisan penamat.

Rakan dan keluarga yang datang untuk memberikan sokongan juga dapat beriadah dan berseronok mengunjungi reruai interaktif, menyaksikan pertunjukan kebudayaan dan peluang bergambar, menjadikannya satu sambutan yang benar-benar melibatkan semua peringkat umur.

Larian Kebudayaan AmMetLife 2025 bukan sekadar satu acara sukan semata-mata. Larian ini mencerminkan komitmen berterusan syarikat insurans tersebut menggalakkan kesejahteraan menyeluruh, penghayatan budaya dan perpaduan komuniti.

Dalam usahanya untuk meneruskan misi membantu rakyat Malaysia mencapai lebih lagi dalam hidup mereka, AmMetLife terus bertekad untuk menyokong inisiatif yang menghimpunkan orang ramai untuk meraikan kesihatan, kebudayaan dan kebersatuan.

Mengenai AmMetLife

AmMetLife ialah kerjasama strategik antara AMMB Holdings Berhad (Kumpulan AmBank) dan MetLife International Holdings LLC (MetLife). Usaha sama ini menawarkan pilihan penyelesaian insurans hayat dan perlindungan kekayaan menyeluruh yang diedarkan menerusi rangkaian cawangan AmBank/AmMetLife (lebih 200 pejabat) dan rangkaian ejen seluruh negara. Kerjasama strategik ini memanfaatkan kekuatan global MetLife dengan capaian tempatan Kumpulan AmBank untuk menawarkan penyelesaian perlindungan bertumpukan pelanggan yang moden di Malaysia.

Untuk maklumat lanjut mengenai AmMetLife Insurance Berhad, sila hubungi Jabatan Komunikasi Korporat: AmMetLife-Communicator@ammetlife.com 

Source: AmMet Life
Keywords: Art Banking/Financial Service Entertainment Insurance Corporate Social Responsibility Not for profit Fitness/Wellness