omniture

MoEngage Memperoleh $100 Juta untuk Meningkatkan Agen AI Pemasaran dan Mempercepat Pengembangan di Amerika Utara, SEA & ANZ

MoEngage
2025-11-07 10:00 23

Pelaburan tersebut, yang diketuai oleh Goldman Sachs Alternatives dan A91 Partners, akan memperkukuh kepimpinan MoEngage di seluruh Amerika Utara, SEA & ANZ, di tengah-tengah permintaan global yang semakin meningkat untuk teknologi pemasaran dikuasakan AI generasi akan datang.

SINGAPURA, 7 November 2025 /PRNewswire/ -- Platform Data dan Keterlibatan Pelanggan yang diterajui AI MoEngage memperoleh $100 juta dalam pusingan pendanaan baharu yang diketuai oleh Goldman Sachs Alternatives dan A91 Partners, menegaskan permintaan global yang semakin meningkat untuk teknologi pemasaran generasi akan datang. Modal baharu itu akan mempercepat inovasi produk MoEngage, mendorong pengembangan global dan memperkukuh kepimpinan syarikat itu di seluruh Amerika Utara, Asia Tenggara, Australia dan New Zealand (SEA & ANZ), di tengah-tengah permintaan global yang semakin meningkat untuk teknologi pemasaran dikuasakan AI generasi akan datang.

Membantu jenama pengguna mengautomasikan dan memperibadikan pengalaman digital merentasi saluran web, mudah alih, media sosial, e-mel dan pemesejan, jumlah pendanaan syarikat kini telah melepasi $250 juta dengan pusingan ini, menjadikan syarikat berkenaan antara pemain terkemuka dalam ruang keterlibatan pelanggan yang dikuasakan AI.

Dana baharu itu akan digunakan untuk meningkatkan rangkaian utama Merlin AI , koleksi agen pintar yang dibina khusus untuk pasukan pemasaran dan produk bagi membuat keputusan dipacu data, mengautomasikan pengurusan kempen dan meningkatkan penukaran pelanggan.

"Momentum global kami, yang dibina berdasarkan kepimpinan kategori kami di Asia, mengesahkan bahawa jenama bergerak melangkaui awan pemasaran legasi," kata Raviteja Dodda, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Bersama MoEngage. "Lebih daripada 300 perusahaan di seluruh dunia telah beralih kepada MoEngage kerana ketangkasan dan kemudahan penggunaan yang diterajui AI. Pelaburan ini akan mendorong fasa pertumbuhan kami yang seterusnya di seluruh Amerika Utara dan EMEA, sambil membolehkan kami menggandakan usaha inovasi dan kejayaan pelanggan di pasaran utama kami di seluruh SEA dan ANZ."

Syarikat ini mempunyai lebih 1,350 jenama global dalam kalangan pelanggan yang ada, termasuk SoundCloud, McAfee, Flipkart, Domino's, Deutsche Telekom dan Travelodge, menjangkau lebih dua bilion pengguna setiap bulan.

"MoEngage telah menjadi rakan kongsi luar biasa dalam perjalanan pertumbuhan kami," kata Hope Barrett, Pengarah Kanan Martech di SoundCloud. "Platform MoEngage membolehkan kami memindahkan lebih daripada 120 juta pengguna dengan lancar hanya dalam masa 12 minggu dan memanfaatkan cerapan dipacu AI untuk mempercepat pelancaran produk yang telah memperkukuh pengekalan di seluruh pangkalan pengguna berbayar kami."

Rajat Sood, Pengarah Urusan di Goldman Sachs Alternatives, berkata, "Pelaburan kami dalam MoEngage mencerminkan komitmen Goldman Sachs untuk menyokong platform teknologi peneraju kategori yang memanfaatkan AI untuk memberi perkhidmatan kepada perusahaan di seluruh dunia. Dengan memanfaatkan rangkaian global, kepakaran dan modal kami, kami berharap dapat membantu syarikat mempercepat pertumbuhan, berkembang ke pasaran baharu dan menyampaikan nilai yang berkekalan kepada pelanggan."

Kaushik Anand, Rakan Kongsi di A91 Partners, menambah, "Kami telah mengenali pasukan MoEngage sejak enam tahun yang lalu dan cukup kagum dengan keupayaan mereka untuk sentiasa melakukan inovasi dan mengembangkan penawaran produk syarikat itu. Kami amat teruja untuk menyokong MoEngage dalam usaha syarikat itu yang akan meluaskan jejak pelanggan global dengan memperkasa pasukan pemasaran dan produk bersama teknologi canggih bagi membina dan mengekalkan hubungan pelanggan."

Memperkukuh Kepimpinan di Asia Tenggara dan ANZ

Rantau Asia Tenggara (SEA) dan Australia–New Zealand (ANZ) merupakan sempadan pertumbuhan utama untuk MoEngage. Memandangkan ekonomi digital merentasi Singapura, Indonesia, Filipina, Australia dan New Zealand berkembang, permintaan untuk keterlibatan pelanggan yang diterajui AI semakin meningkat. Di rantau ini, MoEngage bekerjasama dengan peruncit, e-dagang, perkhidmatan kewangan dan jenama telekom terkemuka untuk menyatukan data pelanggan dan menyampaikan pengalaman saluran omni yang diperibadikan.

Syarikat ini ialah rakan kongsi pilihan bagi banyak jenama yang paling terkemuka dan berinovatif di rantau ini, termasuk:

  • Asia Tenggara: Kredivo, Alfamart, Blibli, XL Axiata, Trust Bank, GoTyme, Robinsons Retail Holdings, RedONE, RupaRupa, Atome, Home Credit dan CIMB Bank.
  • Australia & New Zealand: Stan Entertainment, 13Cabs, Canstar, TFE Hotels, Nine Entertainment, NOVA Entertainment dan Beforepay.

Ekosistem pelanggan yang berkuasa ini juga merangkumi jenama global dan serantau yang ikonik, serta menggunakan MoEngage untuk memperkasa keterlibatan pelanggan masing-masing, seperti 7-Eleven, Adidas, Coca-Cola, Starbucks, Samsung, Domino's, Pizza Hut, KFC dan Nestlé.

Avendus bertindak sebagai penasihat kewangan eksklusif kepada syarikat dan pemegang saham.

Maklumat Tentang MoEngage

Bengaluru dan San Francisco, MoEngage ialah platform keterlibatan pelanggan yang berteraskan cerapan, dipercayai oleh lebih 1,350 jenama pengguna  global termasuk SoundCloud, McAfee, Flipkart, Kayak, Domino's, Deutsche Telekom, Travelodge dan banyak lagi. MoEngage memperkasa pemasar dan pemilik produk dengan cerapan tentang tingkah laku pelanggan dan keupayaan untuk bertindak berdasarkan cerapan tersebut bertujuan melibatkan pelanggan di seluruh saluran web, mudah alih, e-mel, media sosial dan pemesejan. Rangkaian Merlin AI, pasukan agen AI, membolehkan pemasar melancarkan kempen dengan lebih cepat dan penukaran secara besar-besaran dengan Pembuatan Keputusan AI. Jenama pengguna di seluruh 75 negara menggunakan MoEngage untuk memperkasa pengalaman digital bagi lebih 2 bilion individu setiap bulan.

MoEngage telah diiktiraf sebagai Pilihan Pelanggan dalam Suara Pelanggan Gartner Peer Insights™ untuk Hab Pemasaran Pelbagai Saluran, Mei 2025dan dinobatkan sebagai Syarikat Berprestasi Kukuh dalam The Forrester Wave™: Hab Pemasaran Merentasi Saluran, Q4 2024..

Untuk mengetahui lebih lanjut, sila kunjungi www.moengage.com

Untuk maklumat lanjut:
Pooja Poddar Jain, Ketua-Komunikasi
pooja.poddar@moengage.com 

Logo: https://mma.prnasia.com/media2/2815704/MoEngage_Logo.jpg?p=medium600

 

Source: MoEngage
Keywords: Advertising Computer Software Computer/Electronics Venture Capital Data Analytics Artificial Intelligence