omniture

Hisense Percepat Strategi ESG dengan Pencapaian Kemampanan Dipacu AI

Hisense
2025-11-07 17:00 13

QINGDAO, China, 7 November 2025 /PRNewswire/ -- Hisense, iaitu jenama yang terkemuka bagi barangan elektronik pengguna dan peralatan rumah global, mengumumkan pada hari ini kemajuan dalam perjalanan Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) dengan memajukan penaiktarafan strategik yang digariskan dalam Laporan ESG 2024. Bertumpukan "teknologi dikuasakan oleh AI," Hisense mempercepat inovasi yang bertanggungjawab dalam pembuatan, impak sosial dan tadbir urus melalui pendekatan dwilaluan iaitu "kecerdasan + pembangunan hijau."


Baru-baru ini, kilang Hisense Hitachi di Huangdao diiktiraf oleh Forum Ekonomi Dunia sebagai Sustainability Lighthouse yang pertama di dunia dalam sektor VRF — dan satu-satunya kilang dwi Lighthouse — melakar pencapaian penting dalam mengaplikasikan AI dan pendigitalan dalam memacu pembuatan mampan.

Penaiktarafan Strategik: ESG sebagai Teras

Hisense meningkatkan ESG ke dalam enam strategi terasnya, menyelaraskan pertumbuhan dengan visi jangka panjang bagi membina sebuah syarikat dan jenama bertaraf dunia. Syarikat ini menetapkan sasaran pengurangan karbon yang bercita-cita tinggi bagi mencapai puncak karbon menjelang tahun 2026 dan keneutralan karbon menjelang tahun 2050 selain terus menerapkan kelestarian sebagai pemacu utama daya saing. Dengan menggabungkan AI dengan pembangunan hijau, Hisense membentuk semula pengeluaran, rantaian bekalan dan produk bagi memastikan kemajuan teknologi memacu nilai bersama.

AI untuk Pembuatan Hijau

Hisense memajukan transformasi rendah karbonnya dengan mengintegrasikan AI dengan pembuatan hijau. Kertas Putih Keneutralan Karbon pertamanya menggariskan hala tuju dan juga pelan tindakan. Syarikat ini menyumbang kepada lebih 130 standard teknikal hijau dan rendah karbon, menubuhkan empat Kilang Karbon-Sifar, 17 Kilang Hijau nasional dan enam Perusahaan Demonstrasi Reka Bentuk Hijau, dengan 41 kilang diperakui di bawah ISO 14001, seterusnya menggambarkan komitmen Hisense terhadap tenaga boleh baharu serta kelestarian.

Teknologi dengan Nilai Mesra: Manusia dan Tujuan

Bagi Hisense, teknologi harus sentiasa memberi manfaat kepada orang ramai. Syarikat ini sudah lama memajukan inisiatif kebajikan awam bagi menggalakkan pendidikan, keterangkuman serta kevitalan komuniti. Dengan memanfaatkan platform dikuasakan AI, Hisense meningkatkan jangkauan dan ketelusan program-program ini bagi memastikan sumber disampaikan dengan berkesan. Usaha-usaha ini mendapat pengiktirafan seperti Ram Charan Management Practice Award (Hadiah Utama) dan Forbes China Best ESG Employer.

Di peringkat global, Hisense bekerjasama dengan UEFA Foundation untuk menghubungkan kanak-kanak yang dirawat di hospital di 22 negara bersama bintang bola sepak, menganjurkan secara bersama Barrier-Free Championship (Kejohanan Bebas-Halangan) untuk menggalakkan tontonan sukan yang inklusif dan melancarkan program bola sepak di Indonesia yang menyokong 60 pasukan sekolah — kesemuanya merupakan sebahagian daripada komitmen Hisense untuk "Menginovasi Kehidupan yang Lebih Cerah" buat orang ramai di mana-mana sahaja.

Kecemerlangan Tadbir Urus dan Pematuhan

Tadbir urus yang kukuh menyokong kemajuan ESG Hisense. Pada tahun 2024, syarikat ini memperoleh Pensijilan Sistem Pengurusan Pematuhan GB/T 35770-2022 / ISO 37301 yang mencakupi tujuh bidang utama termasuk tadbir urus, buruh, perlindungan alam sekitar, antirasuah dan pematuhan perdagangan.

Memandang ke Hadapan 

Memandangkan tahun 2025 merupakan tahun pertama bagi pemerkasaan AI yang berskala penuh dalam seluruh ekosistemnya, Hisense mempercepat integrasi AI ke dalam penyelidikan, pengeluaran, pembekalan dan juga perkhidmatan. Dengan menyatukan inovasi pintar bersama kelestarian, Hisense komited untuk mencipta penyelesaian yang boleh direplikasi demi agenda ESG global dan menyampaikan teknologi dengan mesra kepada berjuta-juta isi rumah di seluruh dunia.

Latar Belakang Hisense 

Hisense, ditubuhkan pada tahun 1969, merupakan peneraju yang diiktiraf di peringkat global bagi peralatan rumah dan barangan elektronik pengguna yang beroperasi di lebih 160 negara, mengkhusus dalam menyediakan produk multimedia berkualiti tinggi, peralatan rumah dan penyelesaian IT pintar. Menurut Omdia, Hisense menduduki kedudukan No. 1 di peringkat global dalam segmen TV 100-inci dan ke atas (2023-S12025). Sebagai penaja rasmi FIFA World Cup 2026™, Hisense komited terhadap perkongsian sukan bertaraf global sebagai cara untuk berhubung dengan penonton di seluruh dunia.

Source: Hisense
Keywords: Computer/Electronics Household Products Household/Consumer/Cosmetics Retail