omniture

Ampace Perkenal Kemajuan dalam E-Motosikal dan Penyelesaian Penukaran Bateri di EICMA

Ampace
2025-11-07 21:30 4

MILAN, 7 November 2025 /PRNewswire/ -- Ampace, pengilang bateri litium yang terkemuka di peringkat global mempamerkan inovasi terkininya di EICMA di Milan. Syarikat ini memperkenalkan teknologi e-motosikal termaju dan penyelesaian penukaran bateri baharu yang bertujuan untuk meningkatkan prestasi dan juga model perniagaan.


Inovasi E-Motosikal: Siri E30P dan Kun-Era

Penyelesaian e-motosikal Ampace dibina berdasarkan sistem BP yang dibangunkan sendiri yang mencapai keseimbangan antara ketumpatan tenaga, kestabilan dan juga kuasa. Dua produk utama menjadi tumpuan:

Sel E30P: Direka untuk e-motosikal, sel silinder ini menyokong pengecasan pantas—mencapai 95% dalam 47 minit dan 50% hanya dalam 15 minit. Ia membekalkan kuasa kepada pek bateri berkapasiti besar 72V90Ah yang pertama dalam industri ini dan memberikan jarak sehingga 195 km. Sel ini mengekalkan kapasiti lebih 90% selepas 2,000 kitaran dan menunjukkan degradasi minimum walaupun selepas 250 hari pada suhu 45°C. Dengan adanya teknologi proprietari daripada Ampace, ia turut mencapai pengekalan kapasiti sebanyak lebih 100% sepanjang 300 kitaran pertama.

Siri Kun-Era: Membawakan enam kelebihan teras, termasuk keselamatan, kuasa dan reka bentuk yang ringan, siri ini menyokong nyahcas berterusan 120A, mengupayakan pecutan daripada 0–50 km/j dalam masa kurang daripada 3 saat. Cas penuh sehingga 80% mengambil masa kira-kira 40 minit dan dwipek bateri pula memberikan jarak sejauh lebih 150 km. Model-model seperti E-VO GT Wuyang-Honda dan NX Hyper NIU sudahpun menggunakan teknologi ini, dengan E-VO GT mencapai kelajuan tertinggi iaitu 120 km/j dan mencipta rekod pusingan di Litar Antarabangsa Zhuhai.

Penyelesaian Penukaran Bateri: Kecekapan dan Keandalan

Bagi penunggang penghantaran dan teksi e-motosikal, jarak dan kuasa bateri memainkan peranan yang amat penting. Sebagai ganti kepada pengecasan perlahan, perkhidmatan penukaran bateri membolehkan penunggang kembali ke jalan raya dengan lebih pantas. Ampace membekalkan kuasa kepada sistem ini dengan bateri berprestasi tinggi dan andal. Unit berkapasiti tinggi dan tahan lama diuji sebanyak lebih 200 kali untuk ketahanan. Dengan mendayakan "satu penukaran sehari" dan membawakan BMS berketepatan tinggi dengan output 80A atau 100A, bateri Ampace mengubah kecekapan secara langsung menjadi pendapatan.

Komitmen terhadap Kualiti dan Keselamatan Terunggul

Produk Ampace disokong oleh pembuatan pintar dan standard keselamatan yang ketat. Syarikat ini menggunakan proses salutan berkelajuan tinggi dan lebih 5,000 titik kawalan kualiti bagi memastikan kekonsistenan. Bateri diuji dengan lebih 16,000 kes ujian untuk mengesahkan prestasi dalam keadaan yang ekstrem.

Ampace terus melabur dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D) serta berkolaborasi dengan rakan kongsi untuk membina ekosistem mobiliti yang lebih selamat dan lebih andal. Seperti yang dinyatakan oleh Cik Lin Xiaojing, Presiden Jabatan Perniagaan E-mobiliti Mikro Ampace: "Kami komited untuk menunaikan janji 'Ketibaan Selamat' untuk pengguna kenderaan dua roda di serata dunia."

Source: Ampace
Keywords: Auto Electrical Utilities Electronic Components Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Transportation Utilities New products/services Trade show news