BEIJING, 7 November 2025 /PRNewswire/ -- China Global Television Network (CGTN), iaitu cabang antarabangsa bagi China Media Group (CMG) melancarkan secara rasmi tiga saluran khusus melalui platform televisyen penstriman percuma disokong iklan (FAST) pada hari Khamis yang menawarkan beraneka jenis program kepada penonton global.
Saluran-saluran yang baru dilancarkan -- CGTN Global Biz, China Travel dan Discovering China -- akan disiarkan selama 24/7 merentas 15 platform FAST antarabangsa yang utama, menjangkau hampir 200 juta penonton di seluruh dunia. Ia merupakan langkah yang penting tatkala CMG meneroka format perniagaan baharu dalam pengembangan strategi komunikasi antarabangsanya.
Saluran-saluran ini dilancarkan di Mesyuarat Perasmian Global South Media Partners Mechanism dan Forum Media Video Global (VMF) ke-13 yang dimulakan di bandar purba Xi'an di Wilayah Shaanxi, barat laut China pada hari Khamis.
Ketiga-tiga saluran baharu ini akan memfokuskan untuk menyampaikan kandungan khusus yang dapat memenuhi permintaan penonton luar negara.
Saluran CGTN Global Biz bertujuan untuk mewujudkan platform perkhidmatan maklumat kewangan sepanjang masa. Menampilkan berita kewangan masa nyata, analisis pasaran dan wawancara yang mendalam, ia akan membantu penonton global memahami dasar ekonomi dan arah aliran pasaran yang terkini di China.
Saluran China Travel pula bertujuan untuk menonjolkan arah aliran pelancongan dan gaya hidup China yang menjadi jendela untuk dunia memahami dengan lebih baik tawaran budaya yang meriah di China hari ini.
Saluran Discovering China akan mempersembahkan seleksi dokumentari yang menggambarkan pencapaian pemodenan Cina dan mengetengahkan pertukaran serta pembelajaran bersama antara tamadun-tamadun yang berbeza, selain turut mempersembahkan pandangan panoramik daripada perjalanan pembangunan China di samping daya tarikan budaya negara ini.
Menurut CGTN, ketiga-tiga saluran ini akan menyiarkan program asal selama enam jam setiap hari yang akan disiarkan berulang kali saban hari, dengan kandungannya diperoleh daripada sumber penerbitan yang berkualiti tinggi daripada organisasi ini.
Sejak tahun 2023, CGTN berusaha untuk memajukan medium FAST dan sudahpun mempromosikan CGTN English Channel and Documentary Channel di platform FAST global yang terkemuka.
Sebagai format perniagaan baru muncul dan kian berkembang pesat dalam pasaran televisyen global sejak beberapa tahun kebelakangan ini, FAST TV menampilkan kandungan khusus, penjenamaan yang dapat dikenali, program yang boleh diakses dan sokongan operasi melalui iklan.