KUALA LUMPUR, Malaysia, 8 November 2025 /PRNewswire/ -- "Hong Kong Art Toy Story 2025 @ Kuala Lumpur" anjuran Innovative Enterprise Association kini berlangsung di TRX The Exchange apabila suasana pada hari ini dilimpahi dengan warna-warna terang, rasa ingin tahu serta interaksi penuh mesra. Para pengunjung berjalan-jalan melintasi pameran yang mencuit hati, mengambil gambar dan berkongsi detik-detik kegembiraan apabila mereka menemui watak dan juga reka bentuk yang dipamerkan. Suasana ini menggambarkan penghargaan yang menyenangkan dan menarik terhadap daya kreativiti mainan seni Hong Kong.
Acara ini akan diteruskan dalam beberapa yang akan datang menerusi aktiviti-aktiviti yang berlangsung sepanjang 7 hingga 16 November. Para pengunjung yang berminat amat dialu-alukan untuk singgah dan merasai keseronokannya.