CHONGQING, China, 8 November 2025 /PRNewswire/ -- Ini laporan daripada iChongqing: Persidangan Ejen Pelancongan Antarabangsa Chongqing 2025 dimulakan secara rasmi pada 5 November yang menyaksikan kejayaan edisi kelimanya sejak penampilan sulung pada tahun 2018.

Five international friends appointed as "2026 Chongqing Cultural and Tourism Promotion Ambassadors." (Photo/ organizer)
Anjuran Suruhanjaya Pembangunan Kebudayaan dan Pelancongan Kawasan Perbandaran Chongqing dan disokong oleh sepuluh kerajaan daerah dan kaunti, acara pada tahun ini menampilkan Fiji sebagai tetamu kehormat. Sekitar 400 peserta hadir, termasuk pegawai konsular, wakil kerajaan, ejen pelancongan, syarikat penerbangan, persatuan industri, media dan juga pempengaruh dalam talian dari hampir 40 negara dan wilayah.
Di upacara pembukaan, organisasi-organisasi kebudayaan dan pelancongan Chongqing menandatangani beberapa perjanjian kerjasama bersama rakan kongsi antarabangsa. Jawatankuasa Profesional Chongqing untuk Pemandu Pelancong Bahasa Asing telahpun dirasmikan dan lima rakan antarabangsa dilantik sebagai "Duta Promosi Budaya dan Pelancongan Chongqing 2026." Persidangan ini turut memperkenalkan inovasi dalam pelancongan perubatan antarabangsa dan dasar pemudahan kemasukan baharu bagi tujuan meningkatkan pelancongan dalam bandar.
Zhao Shiqing, Timbalan Pengarah Jawatankuasa Tetap Kongres Rakyat Kawasan Perbandaran Chongqing, menegaskan cita-cita Chongqing untuk menjadi destinasi budaya dan pelancongan yang terkenal di dunia dan kesediaannya untuk mempererat kerjasama global dalam pelancongan rentas sempadan.
Ucapan dasar disampaikan oleh Josaia Rayawa daripada Tourism Fiji yang memuji visi bersama untuk mencipta pengalaman pelancongan yang tidak dapat dilupakan dan juga Marcel Leijzer daripada UN Tourism yang mengetengahkan mengenai pertumbuhan pelancongan yang kukuh serta potensi global Chongqing.
Acara ini turut membawakan taklimat dasar mengenai langkah-langkah pemudahan visa, penginapan dan pembayaran baharu bagi mempertingkat pengalaman pelawat.
Lima orang pempengaruh antarabangsa dari UK, Australia, Rusia, Thailand dan AS diberi pengiktirafan kerana mempromosikan Chongqing kepada khalayak global.
Menerusi berbagai-bagai aktiviti dan penyertaan antarabangsa, persidangan ini memantapkan kedudukan Chongqing sebagai destinasi pelancongan bertaraf dunia dan membuka jalan terhadap kerjasama dan pertumbuhan pelancongan dalam bandar ini pada masa akan datang.