omniture

iQIYI International Anjur iJOY 2026 Thailand in Bangkok, Perkenal Strategi Kandungan Tahunan dan Kolaborasi Antarabangsa Baharu

iQIYI International
2025-11-09 08:49 5

SINGAPURA, 9 November 2025 /PRNewswire/ -- iQIYI, iaitu platform penstriman yang terkemuka di Asia menganjurkan acara "iJOY 2026 Thailand" di Bangkok bagi meninjau semula pencapaian tahunannya di pasaran Thailand dan dalam masa yang sama memperkenalkan strategi kandungan yang akan datang, drama Cina (C-Drama) yang bakal menyusul, drama asli tempatan Thailand dan juga program aneka ragam. Sebagai Duta Global iQIYI International yang baharu, Esther Yu membuat penampilan mengejut bersama bintang gandingan He Yu dan pelakon Thailand Mike Wu bagi memperkenalkan "Speed and Love", iaitu drama andalan yang baharu di bawah naungan Heartbeat Theater iQIYI. Barisan pelakon utama dan pasukan penerbitan "Running Man Thailand" yang dibangunkan secara bersama oleh iQIYI dan SBS Korea turut menghadiri acara ini yang menarik perhatian khalayak ramai.


Yang Xianghua, Presiden iQIYI Movie and Overseas Business Group menyatakan dalam ucapan dasarnya bahawa iQIYI Thailand mencapai pertumbuhan tahun-ke-tahun yang ketara baik dari segi keahlian mahupun hasil setakat ini bagi tahun 2025, dengan Thailand menjadi pasaran luar negara yang mendapat kutipan tertinggi. Lebih 40 drama Thailand dilancarkan di iQIYI Thailand pada tahun ini yang kebanyakannya merupakan drama asli iQIYI. Pada tahun 2026, iQIYI merancang untuk meningkatkan lagi pelaburannya di Thailand dan menyasarkan untuk menggandakan bilangan drama asli Thailand, sekali gus memajukan "iQIYI Starship Program" bagi tujuan membawa barisan artis Cina dan Thailand ke pasaran antarabangsa yang lain dan membangunkan secara bersama penerbitan premium bersama studio-studio tempatan yang terkemuka.


Di acara ini, iQIYI International memperkenalkan rangkaian C-Drama yang utama bagi tahun 2026, termasuk "The Legend of Rosy Clouds," "How Dare You!?", "Fate Chooses You," "Southern Anecdote", "Overdo" dan "Chasing Jade" yang mencakupi genre bermula daripada fantasi zaman dahulu kala hinggalah percintaan, suspen dan pengembaraan. Antara kesemua drama ini, "Fate Chooses You" diarahkan oleh Guo Hu dan dibintangi oleh Ren Jialun dan Wang Herun yang menceritakan tentang kisah cinta fantasi roh perang terkena sumpahan yang dilahirkan semula untuk berpadu tenaga dengan seorang petani sebagai usaha untuk menebus dosa. "How Dare You!?", dibintangi oleh Wang Churan dan Cheng Lei, diadaptasi daripada novel popular Qi Yingjun dan menonjol kerana gabungan tema yang lucu antara perentasan masa dan tempat kerja moden.

Sebagai drama andalan yang baharu di bawah naungan Heartbeat Theater iQIYI, barisan pelakon "Speed and Love" iaitu Esther Yu, He Yu dan Mike Wu muncul di atas pentas untuk mempromosikan drama ini dan juga kempen keahlian Double 11 iQIYI International. "Speed and Love" menumpukan pada tema perlumbaan dan pertumbuhan diri selain meneroka tema kepercayaan, cita-cita dan juga penemuan diri.


Li Kaichen, Naib Presiden iQIYI dan Ketua APAC dan MENA, mengumumkan Esther Yu sebagai Duta Global iQIYI International yang baharu, selepas Bai Lu dan juga Chen Zheyuan. Sebagai sebahagian daripada "iQIYI Starship Program", beliau akan menyertai pelbagai aktiviti rentas sempadan bagi memajukan jangkauan global hiburan berbahasa Cina yang diirancang di seluruh China dan Thailand.

Dalam segmen drama asli tempatan, iQIYI mengumumkan rangkaian kandungan Thailand 2026 yang dicipta melalui kolaborasi bersama studio-studio tempatan yang terkemuka termasuk GMMTV, Mandee Work, Idol Factory, Copy A Bangkok dan lain-lain. Rangkaian drama ini merangkum judul-judul seperti "Burnout Syndrome," "Duang with You," "Peach Lover" dan siri "4 Elements" antara lain. "Interminable" ditayangkan buat julung kalinya pada 7 November. Barisan pelakon utama dan pasukan penerbitan "Unknown Lovers," "Lust," "GELBOYS 2," "Identity Zero" dan "188 Series" turut muncul di atas pentas untuk mempersembahkan drama mereka dan berkongsi pandangan di sebalik tabir.

Satu lagi sorotan penting ialah "Running Man Thailand" yang diterbitkan secara bersama oleh iQIYI dan SBS Studio Prism Korea. Rancangan ini menampilkan tujuh selebriti Thailand yang popular— Daou, Nunew, Phuak, Oat Pramote, Ink Waruntorn, Jeff Satur dan Tay Tawan — sebagai pelakon utama dan dijangka memulakan penggambaran pada akhir tahun 2025 dengan tayangan perdana pada tahun 2026. Barisan pelakon utama dan penerbit membuat penampilan sulung mereka di acara ini bagi memaparkan jejak iQIYI yang semakin meluas bagi kolaborasi hiburan global.


Melalui iJOY 2026 Thailand, iQIYI mengesahkan sekali lagi komitmen jangka panjangnya terhadap inovasi dan kreativiti rentas sempadan, seterusnya memperteguh peranannya sebagai daya penggerak dalam membentuk ekosistem hiburan Asia dan memperluas pengaruh global kandungan berbahasa Cina.

Source: iQIYI International
Keywords: Entertainment Film & Motion Picture