omniture

CGTN: Sejauh mana keterbukaan standard tinggi China dorong pembangunan berkualiti tinggi

CGTN
2025-11-10 01:51 3

BEIJING, 10 November 2025 /PRNewswire/ -- Susulan lawatan Presiden Xi Jinping ke Hainan dan Guangdong, CGTN menerbitkan sebuah artikel mengenai keutamaan strategik China iaitu keterbukaan standard tinggi bagi mendorong pertumbuhan yang berkualiti tinggi. Artikel ini menjelaskan sejauh mana visi negara ini dimajukan melalui contoh Guangdong sebagai penentu rentak, pelopor dan zon perintis, manakala Pelabuhan Perdagangan Bebas Hainan sebagai hab peluang global.

Memandangkan Rancangan Lima-Tahun (FYP) ke-14 China yang meliputi tempoh 2021-2025 hampir berakhir dan negara ini bersiap siaga untuk memperkenalkan rangka tindakan bagi FYP ke-15, terdapat satu pesanan yang jelas: keterbukaan tetap menjadi nadi dalam usaha pemodenan China.

Semasa lawatan yang diadakan baru-baru ini ke Wilayah Hainan dan Wilayah Guangdong, iaitu dua perbatasan bagi reformasi dan keterbukaan, Presiden China Xi Jinping menggagaskan visinya terhadap keterbukaan standard tinggi sebagai laluan untuk mencapai pembangunan yang berkualiti tinggi.

Hainan: Gerbang untuk era baharu  

Pada 18 Disember, Pelabuhan Perdagangan Bebas (FTP) Hainan akan melancarkan secara rasmi operasi kastam khas di seluruh pulau tersebut yang merupakan langkah yang digambarkan oleh Xi sebagai "mercu tanda bagi perluasan keterbukaan standard tinggi yang teguh oleh China dan sumbangannya kepada ekonomi dunia terbuka."

Semasa mendengar laporan kerja di Bandar Sanya mengenai pembinaan FTP Hainan, Xi menegaskan bahawa FTP menyokong pertumbuhan berkualiti tinggi Hainan dan juga paradigma pembangunan baharu China yang lebih luas. Beliau menyeru keterbukaan institusi, sistem bakat yang lebih terbuka dan reformasi pentadbiran dalam membina persekitaran perniagaan berorientasikan pasaran, berasaskan undang-undang dan bertaraf antarabangsa.

Sejak tahun 2018, Hainan sudahpun mengenal pasti lebih 70,000 ahli profesional peringkat tinggi. Ia juga mengeluarkan lebih 80 undang-undang dan peraturan tempatan bagi mempertingkat persekitaran perniagaannya. Empat industri tonggaknya: pelancongan, perkhidmatan moden, teknologi tinggi dan pertanian tropika, kini menyumbang sebanyak hampir 70 peratus daripada KDNK.

Keterbukaan Hainan juga memberi manfaat kepada perdagangan global. Laluan perkapalan Yangpu–Chancay baharu membolehkan ikan tilapia Hainan tiba di Amerika Selatan dengan lebih pantas, manakala buah avokado Peru dapat memasuki China dengan lebih segar dan lebih murah. Akaun perdagangan bebas pelbagai fungsi (akaun EF) memudahkan lagi penyelesaian rentas sempadan. Menurut Kuang Xianming, naib presiden bagi China Institute for Reform and Development, operasi kastam yang akan datang juga akan memperkukuh Hainan sebagai hab strategik untuk kerjasama China-ASEAN.

Guangdong: Pelopor dan penentu rentak reformasi dan keterbukaan

Memilih Wilayah Guangdong sebagai pemeriksaan domestik pertamanya selepas sidang pleno keempat Jawatankuasa Pusat PKC ke-20, Xi menekankan peranan Guangdong sebagai penentu rentak, pelopor dan juga zon perintis bagi reformasi dan keterbukaan dengan menyatakan bahawa wilayah tersebut harus menjadi peneraju, menunjukkan contoh dan memainkan peranan utama dalam membentuk FYP ke-15 demi pembangunan ekonomi dan sosial negara.

Beliau menyeru wilayah selatan berkenaan untuk memperdalam reformasi dan keterbukaan secara komprehensif bagi mencapai pembangunan yang berkualiti tinggi dan memajukan pembangunan Kawasan Teluk Besar Guangdong-Hong Kong-Macau (GBA) dengan usaha yang berterusan.

Beliau juga menyeru agar wilayah berkenaan membangunkan kuasa produktif kualiti baharu, memperteguh integrasi inovasi teknologi dan industri serta membina sistem perindustrian moden yang memiliki daya saing antarabangsa.

Dinamisme ekonomi Guangdong menggariskan visi ini. Pada tahun 2024, perdagangan asing Guangdong mencapai 9.11 trilion yuan ($1.3 trilion), meningkat 9.8 peratus dan menyumbang sebanyak hampir 39 peratus daripada pertumbuhan perdagangan keseluruhan China. Mulai Januari hingga September, sebanyak 24,000 perusahaan berdana asing ditubuhkan, meningkat 33.7 peratus tahun ke tahun dan menjadikan jumlah keseluruhan kepada lebih 360,000, dengan lebih $600 bilion modal asing digunakan.

Di Persidangan Penggalakan Pelaburan Global 2024 untuk Kawasan Teluk Besar Guangdong-Hong Kong-Macau, syarikat-syarikat gergasi global seperti BASF, ExxonMobil, Pfizer, Panasonic, Tesla dan Procter & Gamble menandatangani perjanjian 1,933 projek yang bernilai 2.26 trilion yuan, lantas menonjolkan daya tarikan GBA kepada pelabur global.

Dengan FYP ke-15 yang bakal berlangsung, China sekali lagi memperlihatkan bahawa reformasi dan keterbukaan bukan sekadar dasar pada masa lalu—bahkan, ia merupakan enjin masa depannya yang berpanjangan.

https://news.cgtn.com/news/2025-11-08/How-China-s-high-standard-opening-up-fuels-high-quality-development-1I8yR1qlKG4/p.html

Source: CGTN
Keywords: Computer/Electronics Multimedia/Online/Internet Publishing/Information Service Advocacy Group Opinion Economic news, trends, analysis