![]() |
SINGAPURA, 10 November 2025 /PRNewswire/ -- Farmdar, sebuah syarikat agriteknologi yang menggunakan AI dan teknologi angkasa untuk pertanian lestari dan bingkas iklim, mengumumkan pada hari ini bahawa ia telahpun mengumpul dana daripada ADB Ventures, iaitu cabang modal teroka Asian Development Bank.
Pelaburan strategik dan perkongsian jangka panjang ini akan membolehkan Farmdar mempercepat penggunaan AI dan keluaran pertanian jitunya kepada petani, perniagaan tani dan industri-industri berkaitan di seluruh Asia Selatan dan Tenggara.
"Farmdar memanfaatkan data satelit dan analisis dikuasakan AI bagi menangani cabaran yang kritikal dalam pertanian dan rantaian bekalannya. Dengan kehadiran ADB yang kukuh dalam sektor ini, kolaborasi ini mencipta peluang yang unik untuk meluaskan penyelesaian Farmdar di seluruh Asia Tenggara, memajukan kebingkasan dan penyesuaian iklim pada tahap transformatif," kata Arsalan Farooquee daripada ADB Ventures.
"Kami teruja kerana ADB Ventures menyertai kami dalam perjalanan kami yang berani untuk mengubah kehidupan dan memberi impak kepada masyarakat," kata Muhammed Bukhari, Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif. "Farmdar sememangnya benar-benar komited terhadap Asia. Menjalin kerjasama bersama ADB, dengan kekayaan sejarah dan legasi institusinya akan membolehkan kami memacu pertumbuhan yang mampan dan inklusif di negara-negara seperti Thailand, Malaysia, Indonesia dan Vietnam."
Pelaburan ini dibuat pada masa yang kritikal. Komuniti ladang di Asia berdepan dengan tekanan perubahan iklim yang semakin meningkat, penurunan produktiviti dan rantaian bekalan yang tidak menentu. Keupayaan untuk memantau, meramalkan dan bertindak balas dengan tepat merupakan sesuatu yang amat diperlukan oleh petani, perniagaan tani, institusi kewangan dan juga kerajaan.
Farmdar menawarkan perkhidmatan kepada pelbagai segmen pertanian — perlindungan benih dan tanaman, baja, makanan dan minuman, jentera, agriteknologi dan institusi kewangan — meliputi semua tanaman utama, termasuk gandum, beras, jagung, kacang soya, tebu, kentang serta buah-buahan dan sayur-sayuran lain.
Produk-produknya termasuk CropScan™, iaitu platform cerapan tanaman dipacu AI dan teknologi angkasa yang membantu perniagaan tani merancang dengan lebih baik dan YieldPro™, platform pemantauan tanaman yang membolehkan petani dan perniagaan tani meningkatkan hasil, mengurangkan kos input dan mencapai penyesuaian dengan perubahan iklim.
Dana ini akan membolehkan Farmdar memantapkan pasaran sedia ada dan melancarkan projek perintis dalam pasaran-pasaran baharu di seluruh Asia. Pusingan ini, yang turut melibatkan pelabur-pelabur sedia ada iaitu Indus Valley Capital dan Moment Ventures, menekankan sokongan pelabur yang luas terhadap strategi pertumbuhan Farmdar.
Latar Belakang Farmdar
Beribu pejabat di Singapura dengan pasukan di Thailand, Colombia, India, Brazil dan Pakistan, Farmdar memanfaatkan AI dan teknologi angkasa untuk menjana cerapan yang dapat membantu petani, perniagaan tani dan institusi kewangan meningkatkan produktiviti, menambah baik kemampanan dan mengurus risiko. Pelanggannya terdiri daripada perusahaan global seperti Corteva Agriscience dan Bayer Crop Science, organisasi kebangsaan yang terkemuka seperti Thai Roong Ruang Group, lebih daripada 30 pengeluar makanan termasuk kilang gula terkemuka serta institusi kewangan seperti Bank of Punjab. Untuk maklumat lanjut, kunjungi farmdar.ai.
Latar Belakang Asian Development Bank Ventures
ADB Ventures ialah cabang modal teroka Asian Development Bank yang menyokong dan melabur dalam syarikat-syarikat teknologi peringkat awal yang berpotensi untuk berkembang skala dan memberikan impak iklim di Asia baru muncul. ADB Ventures biasanya melabur di peringkat benih dan peringkat awal, menyediakan modal, pandangan mendalam dan rangkaian kepada syarikat-syarikat teknologi terkemuka untuk mengurangkan risiko kemasukan pasaran serta mempercepat peningkatan operasi. Untuk maklumat lanjut, kunjungi ventures.adb.org.
Farmdar menggunakan AI dan data satelit untuk memberikan cerapan tanaman yang tepat, bagi peningkatan hasil dan kelestarian di seluruh Asia. Disokong oleh ADB Ventures, Farmdar mentransformasikan pertanian di Thailand, Pakistan dan selanjutnya.