omniture

Simposium Pelaburan dan Kerjasama Musim Luruh Keemasan Xishan Wuxi Lapor Hasil Kukuh

Wuxi Xishan Golden Autumn Investment and Cooperation Symposium
2025-11-11 09:44 19

WUXI, China, 10 November 2025 /PRNewswire/ -- Simposium Pelaburan dan Kerjasama Musim Luruh Keemasan Xishan Wuxi 2025 telahpun diadakan pada 8 November berdasarkan tema "Peluang Tanpa Batasan bersama Xishan." Acara ini menghimpunkan lebih 200 pemimpin perniagaan, pakar akademik dan juga wakil institusi dari seluruh dunia. Melalui penandatanganan projek, pengumuman perkongsian dan aktiviti berkaitan, simposium ini menonjolkan iklim pelaburan Xishan yang menggalakkan serta potensi pertumbuhan yang kukuh, seterusnya menambah momentum baharu kepada pembangunan ekonomi yang berterusan di daerah ini.

Dilancarkan pada bulan September, Bulan Galakan Pelaburan Musim Luruh Keemasan Wuxi Xishan membawa kepada pemeteraian perkongsian komersial baharu melalui acara penggalakan pelaburan, pertukaran industri dan sesi pemadanan perniagaan yang terus-menerus merangsang pertumbuhan dalam ekonomi tempatan.

Semasa berlangsungnya simposium ini, 91 projek utama telahpun ditandatangani yang meliputi bidang pembuatan termaju, inovasi teknologi, pelaburan asing, pertanian dan juga kewangan. Antara kesemua projek ini, kemudahan penyelidikan dan pembangunan (R&D) dan pembuatan kotak gear turbin angin yang berupaya menghasilkan 1,000 unit 10-MW berketepatan tinggi setiap tahun akan memperkukuh kluster peralatan termaju Xishan. Tiga projek domestik tambahan — sebuah kemudahan pembuatan pintar untuk komponen peralatan tenaga boleh baharu dan pelakuran nuklear, ibu pejabat dan kemudahan R&D FanRuan Software dan tapak pengeluaran besar-besaran untuk peralatan serta bahan proses termaju — akan memperkukuh lagi asas industri dan daya saing daerah ini.


Selain penandatanganan perjanjian di lokasi, simposium ini memaparkan beberapa inisiatif kolaborasi yang utama, termasuk kilang pintar global JD.com untuk robot Wolf Pack dan kemudahan R&D serta pembuatan Songci Electromechanical untuk peralatan tenaga boleh baharu dan semikonduktor generasi akan datang yang kedua-duanya akan menyumbang kepada pembinaan rangka kerja industri yang moden di Xishan.

Di simposium ini, Daerah Xishan, melalui perkongsian bersama Cushman & Wakefield mengeluarkan 2025 Wuxi Xishan Investment Environment White Paper (Kertas Putih Persekitaran Pelaburan Xishan Wuxi 2025) dan memberi pengiktirafan kepada enam penerima pertama anugerah "Best Partners". Kerajaan Daerah Xishan turut mengumumkan pelancaran rangka kerja kolaborasi rentas wilayah baharu bersama empat pusat inovasi utama Wuxi.

Source: Wuxi Xishan Golden Autumn Investment and Cooperation Symposium
Keywords: Alternative Energies Banking/Financial Service Environmental Products & Services Utilities