omniture

MEDIPEEL Percepat Pengembangan Global dengan Pelancaran Gedung Sementara Utama di Thailand

MEDIPEEL
2025-11-11 13:10 3

SEOUL, Korea Selatan, 11 November 2025 /PRNewswire/ -- Jenama derma-estetik profesional MEDIPEEL melancarkan pengembangan secara besar-besaran ke Asia Tenggara, bermula dengan sebuah gedung sementara (pop-up) berskala besar di Central World, iaitu hab peruncitan dan pelancongan yang terkemuka di Bangkok. Dibangunkan melalui kolaborasi bersama Shinsegae Hyperground, platform pengembangan global jenama Korea, gedung sementara ini berperanan sebagai wadah jenama imersif yang menonjolkan kepakaran klinikal dan identiti dermatologi premium daripada MEDIPEEL yang melangkaui sekadar promosi jualan tradisional.

MEDIPEEL Accelerates Global Expansion with Major Pop-Up Launch in Thailand
MEDIPEEL Accelerates Global Expansion with Major Pop-Up Launch in Thailand

Setelah membina rangkaian runcit yang mantap di Jepun dan juga Eropah, kini MEDIPEEL menyalurkan momentum pertumbuhan globalnya ke pasaran Asia yang utama. Gedung sementara Central World yang dibuka sehingga 30 Januari 2026, menyasarkan musim cuti dengan trafik tinggi, menjadikan lebih 300,000 pengunjung harian kepada keterlibatan jenama yang bermakna. Mulai 27 Disember hingga 2 Januari, "Minggu Jenama MEDIPEEL" khusus akan menawarkan promosi produk istimewa, program pensampelan dan acara pengalaman pelanggan yang dirancang untuk meningkatkan percubaan serta kesetiaan.

Pada masa yang sama, MEDIPEEL membuka satu lagi gedung sementara di Siam Center, iaitu hab trend Bangkok untuk pengguna muda. Dianjurkan bersama Tops Thailand, pengaktifan prapelancaran ini bermatlamat untuk membina kesedaran jenama menjelang pengembangan runcit secara rasmi. Kedua-dua gedung sementara ini merangkumkan nilai estetik MEDIPEEL yang sofistikated namun bersifat klinikal, manakala pemasangan Central World membawakan peralihan visual dinamik yang menggambarkan tenaga pesta Thailand.

Selain aktiviti luar talian, MEDIPEEL terus memperkukuh strategi omnisalurannya di seluruh Asia Tenggara. Jenama ini memperoleh pengedaran luar talian yang stabil melalui Guardian Malaysia, iaitu rangkaian farmasi komuniti terbesar di rantau ini dan dalam masa yang sama meluaskan kehadiran digital melalui media sosial setempat, perdagangan langsung dan kolaborasi bersama pempengaruh bagi mempererat keterlibatan bersama pengguna tempatan.

Seorang wakil MEDIPEEL mengulas, "Gedung sementara Central World merupakan lebih daripada sekadar pameran—ia merupakan platform untuk mendemonstrasikan kepakaran teknologi dan profesionalisme kami sebagai jenama K-derma (dermatologi Korea) yang terkemuka di persada global. Melalui kolaborasi kami bersama Shinsegae Hyperground, kami akan memantapkan rangkaian pengedaran antarabangsa kami dan terus berkembang sebagai jenama dermatologi premium yang dibina atas dasar kepercayaan dan juga inovasi."

MEDIPEEL ialah jenama andalan daripada SKINIDEA yang bernaung di bawah MDP Holdings (Ketua Pegawai Eksekutif Michael Chung), sebuah syarikat portfolio Morgan Stanley PE Asia (MSPEA). SKINIDEA diiktiraf atas produk-produknya yang inovatif yang mengintegrasikan ramuan premium dan teknologi dermatologi dipatenkan. Mengeksport ke lebih 75 negara di seluruh dunia, SKINIDEA membangunkan penyelesaian penjagaan kulit yang berprestasi tinggi melalui penyelidikan komprehensif serta ujian klinikal bagi memastikan penambahbaikan segera dan juga berkekalan yang disesuaikan dengan pelbagai jenis kulit.

Source: MEDIPEEL
Keywords: Cosmetics & Personal Care Household/Consumer/Cosmetics Retail New products/services