![]() |
SHENZHEN, China, 11 November 2025 /PRNewswire/ -- Penyedia penyelesaian audio-visual profesional Hollyland memperkenalkan inovasinya yang terkini, Lyra 4K UHD Webcam, iaitu penyelesaian pengimejan serba baharu dan profesional yang mentakrifkan semula apa yang boleh diberikan oleh kamera web pada titik harga yang mampu dicapai oleh pengguna. Membawakan penderia CMOS 1/1.5'' yang besar, Lyra merapatkan jurang antara kemudahan pengguna dan prestasi audio-visual bertaraf profesional. Direka untuk pencipta, penstrim, pendidik mahupun ahli profesional jarak jauh, ia memperkenalkan kualiti tahap tanpa cermin dan kebolehgunaan yang sangat mudah untuk penciptaan kandungan harian.
Selama bertahun-tahun, pasaran kamera web pengguna bergelut dengan himpunan batasan yang sama: penderia imej kecil, prestasi cahaya malap yang lemah dan kualiti bunyi termampat. Lyra mengatasi kekurangan ini secara langsung melalui tiga kemajuan teknologi yang utama, seterusnya menetapkan penanda aras baharu untuk kamera web berprestasi tinggi pada titik harga boleh dicapai.
Pada bahagian teras Lyra terdapat penderia CMOS format besar 1/1.5'' yang mempunyai bahagian peka cahaya yang jauh lebih besar berbanding model-model pesaing dalam julat harga yang sama. Digandingkan dengan apertur F1.8 dan output UHD 4K30, kamera ini dapat merakam warna yang terang dan kejelasan yang luar biasa walaupun dalam persekitaran yang malap. Ia turut menyokong 1080p pada 60 bingkai sesaat yang memastikan visual yang sekata dan tampak hidup.
Kualiti bunyi menerima penaiktarafan yang sama transformatif. Lyra membawakan penerima mikrofon tanpa wayar Hollyland LARK A1 terbina dalam yang membolehkan pemasangan terus dengan pemancar LARK A1 demi audio tanpa kabel dengan fideliti yang tinggi. Sistem mikrofon omnidiarah terbina dalamnya dapat merakam pada 48 kHz/24-bit, lalu mengekalkan kejelasan tahap siaran dan dalam masa yang sama menghapuskan hingar latar belakang melalui ciri pengurangan hingar AI pintar. Lakuran antara pengimejan dan akustik ini memberikan kelebihan istimewa kepada Lyra—"Penglihatan 4K dengan Ultra-Suara" yang memberikan prestasi amat jelas dan segerak untuk penglihatan dan juga bunyi.
Selain spesifikasi terasnya yang hebat, Lyra meningkatkan kecekapan kreatif melalui ciri-ciri dikuasakan AI. Sistem penalaan AI terbina dalam melaraskan kecerahan, kontras dan pendedahan secara automatik mengikut persekitaran, manakala algoritma skrin hijau proprietari Hollyland mengurangkan kos pascapenerbitan dan persediaan. Penjejakan AI dan pembingkaian automatik memastikan subjek kekal berada di tengah, walaupun semasa bergerak, manakala mod kecantikan pilihan memperhalusi penampilan secara tidak ketara untuk persembahan yang lebih cemerlang. Apabila privasi diperlukan, penutup kanta putar fizikal serta-merta menyahaktifkan kamera, lalu menambah lapisan keselamatan tambahan semasa rehat atau saat luar siaran.
Lyra bukan sekadar alat untuk mesyuarat dalam talian, tetapi juga peranti penciptaan kandungan berbilang latar dan serba boleh yang direka untuk kegunaan sepanjang masa. Dalam menggabungkan pengimejan profesional dan automasi pintar, ia mengurangkan ambang untuk penciptaan kandungan gred profesional. Ia merakam klip video 4K30 yang jelas semasa strim langsung atau panggilan video. Dengan perisian HollyStudio, pengguna boleh melaraskan pengesetan dengan mudah, seterusnya menjadikan penerbitan dan pascapenerbitan termaju dalam jangkauan lebih ramai pencipta.
Pekerja jarak jauh mendapat manfaat daripada perenderan potret yang jelas dan pelarasan automatik Lyra yang meningkatkan profesionalisme mesyuarat maya. Pencipta kandungan dan penstrim boleh bergantung pada penjejakan subjek yang tepat serta sistem audio tanpa wayar untuk siaran yang lebih lancar dan juga lebih menarik. Pendidik dalam talian pula mendapat prestasi yang stabil dan dalam jangka masa panjang yang memastikan kualiti rakaman pengajaran konsisten. Sementara itu, pemain dan penerbit video dapat menikmati video dengan kependaman ultra-rendah dan penindasan hingar pintar daripada kamera web ini yang mengekalkan imersi serta interaktiviti.
Ditawarkan pada titik harga yang boleh dicapai, Lyra menetapkan penanda aras baharu apabila kemampuan pengguna bertemu prestasi gred profesional. Sejajar dengan visi Hollyland untuk memperkasakan orang ramai berhubung, berkolaborasi dan mencipta bersama, kamera web ini merapatkan jurang antara peranti harian dan alatan peringkat studio, serta menjadikan kualiti pengimejan dan audio premium dalam genggaman serta mendayakan kerja berpasukan yang lebih lancar dan bersinergi dalam pelbagai persekitaran.
Lyra 4K UHD Webcam boleh didapati di peringkat global mulai 11 November melalui Hollyland Store, Amazon dan peruncit berdaftar, dengan harga bermula daripada $149.
Untuk maklumat lanjut, sila lawati https://www.hollyland.com/product/lyra.