omniture

LRQA dan UKAS Meneroka Peranan Badan Pensijilanyang Semakin Berkembang dalam Dunia yang Rumit

LRQA
2025-11-12 09:00 10

TOKYO, 12 November 2025 /PRNewswire/ -- LRQA telah menganjurkan seminar berimpak tinggi di Tokyo menampilkan Matt Gantley, Ketua Pegawai Eksekutif Perkhidmatan Akreditasi United Kingdom (UKAS), untuk memeriksa peranan badan pensijilan yang semakin berkembang di tengah-tengah kerumitan global yang terus meningkat.

Matt Gantley, CEO of UKAS, delivering a keynote speech at the LRQA Brand Ceremony held in Tokyo on 29 October 2025.
Matt Gantley, CEO of UKAS, delivering a keynote speech at the LRQA Brand Ceremony held in Tokyo on 29 October 2025.

Acara tersebut telah mengalu-alukan kira-kira 80 ahli profesional dari  bidang kualiti, kelestarian dan ESG. Para Penceramah berkongsi cerapan mengenai trend pensijilan antarabangsa, semakan standard ISO yang akan datang dan strategi yang boleh diambil tindakan untuk menavigasi peraturan kelestarian  Yang semaking berkembang.

Semasa membuka sesi, Yasushi Horikawa, Pengurus Besar LRQA Jepun, memperkenalkan kedudukan jenama  terkini organisasi itudan menekankan peranan kritikal badan pensijilan dalam membantu perniagaan menyesuaikan diri dengan perubahan yang pesat.

Dalam ucaptama beliau, Matt Gantley menjelaskan perbezaan antara akreditasi dan pensijilan, sambil mengetengahkan peranan UKAS dalam melindungi integriti sistem global. Beliau menegaskan bahawa pensijilan  merupakan asas kepada perdagangan antarabangsa  serta manfaat strategik  bagi organisasi yang  berhasratmeningkatkan daya saing. Gantley turut menggalakkan perniagaan untuk melihat badan pensijilan bukan sekadar sebagai pendorong pematuhan, tetapi sebagai rakan kongsi yang dipercayai dalam mencapai pertumbuhan mampan.

Sesi kedua seminar tersebut menampilkan Satoshi Takeda, Pengurus Penyampaian PerkhidmatanLRQA, yang  berkongsi maklumat terkini mengenai semakan  akan datang  bagi ISO 9001 dan ISO 14001 yang dijangka pada tahun 2026.  Beliau turut menggariskan perubahan utama serta menawarkan panduan tentang cara organisasi boleh bersedia untuk peralihan yang lebih lancar.

Kazuyori Yukinaka, Ketua Pengesah LRQA, mengakhiri acara tersebut dengan memberikan gambaran menyeluruh mengenai standard pendedahan kelestarian  pertama Jepun yang diperkenalkan oleh Lembaga Standard Kelestarian Jepun (SSBJ).  Beliau turut membincangkan perkembangan global seperti Arahan Pelaporan Kelestarian Korporat (CSRD) Kesatuan Eropah dan skim perdagangan pelepasan Liga GX Jepun, serta menawarkan panduan praktikal tentang cara membina sistem yang berdaya tahan dan memastikan integriti data ESG.

Seminar ini menegaskan semula komitmen LRQA memperkasa organisasi  dalam mengubah risiko kepada peluang  serta memacu kemajuan mampan melalui penyelesaian jaminan dan pengurusan risiko yang dipercayai.

Maklumat Tentang LRQA

Daripada pensijilan dan keselamatan siber kepada keselamatan, kelestarian dan daya tahan rantaian bekalan, LRQA bekerjasama dengan pelanggan untuk mengenal pasti risiko merentasi perniagaan masing-masing. Kami mereka bentuk penyelesaian pintar dan berskala besar, dibina mengikut keperluan perniagaan anda – disesuaikan untuk membantu anda bersedia, mencegah dan melindungi daripada risiko. Portfolio pengurusan risiko berinovatif kami membantu membentuk masa depan yang lebih kukuh dan lebih selamat untuk perniagaan anda. Bersama kepakaran khusus mengikut sektor selama beberapa dekad, cerapan dipacu data, serta pasukan di lapangan dalam bidang jaminan, pensijilan, pemeriksaan, perundingan dan latihan, kami menyokong lebih 61,000 pelanggan di lebih daripada 150 buah negara.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi https://www.lrqa.com/

Hubungan Media

Hasan Surve
Pengurus Pemasaran Serantau - APAC, LRQA
hasan.surve@lrqa.com 
https://www.lrqa.com 

Foto: https://mma.prnasia.com/media2/2816781/LRQA_Brand_Ceremony.jpg?p=medium600
Logo: https://mma.prnasia.com/media2/2793312/LRQA_New_Logo.jpg?p=medium600

 

Source: LRQA
Keywords: Computer Software Computer/Electronics High Tech Security Trade show news Data Analytics