![]() |
SINGAPURA, 12 November, 2025 /PRNewswire/ -- Jawatankuasa penganjur bagi Golden Singa Awards (GSA) mengumumkan pada hari ini calon-calon dalam 17 kategori anugerah sempena edisi sulungnya.
Dibangunkan dan dianjurkan oleh NoonTalk Media Limited, Golden Singa Awards mengiktiraf individu dan pasukan di sebalik filem berbahasa Cina yang menunjukkan hala tuju kreatif dan kualiti kerja yang mantap. Anugerah ini bertujuan untuk memberi pengiktirafan kepada dedikasi, kemahiran dan pertimbangan yang menyokong pembikinan filem yang berkualiti tinggi.
Golden Singa Awards 2025: Calon-calon Dalam 17 Kategori Anugerah dilampirkan di sini: https://mma.prnewswire.com/media/2819586/Award_Nominees.pdf.
Lebih 50 penyerahan filem dari seluruh rantau ini diterima semasa pelawaan penyertaan, dengan lebih 20 filem mara ke peringkat pencalonan dalam 17 kategori anugerah. Calon-calon dipilih melalui proses penilaian ketat yang dijalankan oleh juri antarabangsa yang terdiri daripada pengamal dan pemimpin yang disegani daripada industri perfileman dan kreatif.
En. Dasmond Koh (许振荣), Ketua Pegawai Eksekutif NoonTalk Media merangkap Pengerusi Jawatankuasa Golden Singa Awards mengulas, "Karya-karya yang dicalonkan pada tahun ini menggambarkan kepelbagaian perspektif dan pendekatan kreatif dalam pembikinan filem. Apa yang menonjol bukanlah skala penerbitan, tetapi kejelasan hasrat yang membentuk setiap karya. Ia memperlihatkan pertimbangan yang teliti — dalam sesuatu yang diartikulasikan secara langsung, sesuatu yang disampaikan secara tersirat dan sesuatu yang diamanahkan kepada penonton untuk ditafsirkan."
"Apabila dipertimbangkan bersama-sama, karya-karya ini mendedahkan ketabahan dan keyakinan pembikin filem dan menawarkan pemahaman tentang bagaimana pembikinan filem berbahasa Cina terus berkembang — dari segi bentuk, nada dan cara pengalaman hidup disampaikan pada layar," tambah Dasmond.
En. Vincent Zhou (武贝), Naib Pengerusi Jawatankuasa Golden Singa Awards dan Presiden V Picture berkata, "Golden Singa Awards diwujudkan untuk menyokong pembangunan filem berbahasa Cina yang berterusan di persada global. Semasa menilai pencalonan, juri mempertimbangkan jangkauan budaya dan impak ke atas penonton daripada setiap filem, pertautan visi artistiknya dan pertimbangan yang teliti terhadap pelaksanaan teknikalnya. Matlamat kami adalah untuk mengiktiraf pembikin filem dan karya yang mendukung semangat kreatif dalam pembikinan filem berbahasa Cina dan menyumbang kepada kemajuan yang berterusan dalam industri ini."
"Pengiktirafan di sini bukan sesuatu yang diraikan semata-mata; ia mengiktiraf karya-karya yang dibentuk oleh kejelasan hasrat, pertautan visi dan komitmen yang berterusan," simpul Vincent.
Majlis penyampaian Golden Singa Awards akan berlangsung pada 1 Disember 2025 bersempena dengan Festival Media Singapura ke-12 yang dihoskan oleh Penguasa Pembangunan Infokom Media (IMDA).
Latar Belakang Golden Singa Awards
Golden Singa Awards ialah satu inisiatif antarabangsa tahunan yang diasaskan di Singapura bagi memberi penghormatan kepada kecemerlangan dalam penerbitan filem berbahasa Cina. Edisi sulungnya akan berlangsung pada 1 Disember 2025, berlangsung serentak dengan SG60 — ulang tahun ke-60 kemerdekaan Singapura dan satu peristiwa penting yang menyaksikan pengaruh negara ini yang kian berkembang sebagai hab kreatif bertaraf global.
Mendapat kedudukan sebagai platform ulung untuk filem berbahasa Cina, Golden Singa Awards bermatlamat untuk mengiktiraf pencapaian sinematik yang cemerlang, menonjolkan bakat yang unggul serta mendukung kecemerlangan artistik dan teknikal dalam seluruh industri ini. Melalui misinya untuk memupuk kolaborasi rentas sempadan dan mempererat keterlibatan dengan penonton berbahasa Cina di seluruh dunia, Anugerah ini bertujuan untuk memantapkan peranan Singapura sebagai jambatan bagi pertukaran budaya dan daya penggerak dalam memajukan standard pembikinan filem berbahasa Cina di peringkat antarabangsa. Untuk maklumat lanjut mengenai Golden Singa Awards, sila kunjungi www.goldensingaawards.com
Latar Belakang NoonTalk Media Limited (SGX: SEJ)
NoonTalk Media Limited ialah sebuah syarikat hiburan media berpangkalan di Singapura yang mengkhusus dalam pengurusan artis dan bakat, penerbitan multimedia, pembangunan filem dan drama, serta konseptualisasi dan pengurusan acara.
Berpandukan visinya untuk menjadi agensi media dan didik hibur yang terkemuka di Singapura, Syarikat ini mengkhusus untuk mencipta kandungan hiburan berkualiti yang memperkayakan penonton dan menyumbang kepada landskap media yang meriah, dengan fokus yang jelas pada penerbitan berbahasa Cina.
Dengan memanfaatkan rangkaian keupayaan bersepadunya, NoonTalk Media memantapkan kedudukannya sebagai penyedia penyelesaian acara dan hiburan berkualiti tinggi, ditempah khas komprehensif yang boleh disesuaikan dengan keperluan pelanggan serta rakan kongsinya yang sentiasa berubah-ubah. Melalui inisiatif dan penerbitannya, Syarikat ini terus memperjuangkan bakat, memupuk kolaborasi serantau dan memperkukuh kehadiran Singapura dalam industri media antarabangsa. Untuk maklumat lanjut mengenai NoonTalk Media, sila kunjungi www.noontalk.com