omniture

Taobao Malaysia Mengumumkan Kolaborasi Strategik Bersama Foodie Media Dan W Talent Bagi Memperkasakan Pencipta Komersial

Taobao Malaysia
2025-11-12 20:30 6

Kerjasama untuk memacu dan memperkasakan penyertaan pencipta konten dalam Program Affiliate Taobao, serta memberi peluang untuk menyertai lawatan ke ibu pejabat Alibaba di Hangzhou.

KUALA LUMPUR, Malaysia, 12 November 2025 /PRNewswire/ -- Taobao, sebuah platform e-dagangan antarabangsa milik Kumpulan Alibaba, pada hari ini menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU)  dengan GOOD FOODIE MEDIA SDN BHD ("Good Foodie Media"), anak syarikat FOODIE MEDIA BERHAD ("Foodie Media" atau "Syarikat"), sebuah agensi media digital, dan W Talent Academy Sdn. Bhd., sebuah agensi rangkaian penghasilan konten dan pempengaruh tempatan. Kolaborasi strategik ini bertujuan menyokong lebih ramai pencipta konten Malaysia melalui Program Affiliate Taobao, sekali gus memacu pertumbuhan e-dagang rentas sempadan melalui pemasaran kandungan dan video pendek.

TAOBAO MALAYSIA MENGUMUMKAN KOLABORASI STRATEGIK BERSAMA FOODIE MEDIA DAN W TALENT BAGI MEMPERKASAKAN PENCIPTA KOMERSIAL
TAOBAO MALAYSIA MENGUMUMKAN KOLABORASI STRATEGIK BERSAMA FOODIE MEDIA DAN W TALENT BAGI MEMPERKASAKAN PENCIPTA KOMERSIAL

Kerjasama ini menumpukan fokus Taobao Malaysia yang berterusan dalam pelaburan ke atas ekonomi pencipta tempatan serta membuka laluan baharu kepada pencipta konten dan pembeli harian untuk menjana pendapatan. Kolaborasi ini bertujuan untuk memperluaskan kesedaran tentang jenama dan mempertingkatkan pemasaran berasaskan prestasi melalui kerjasama dengan pencipta tempatan, di samping menggalakkan pengenalan produk oleh pengguna melalui penstriman langsung dan konten di media sosial.

Rasional yang Strategik: Pencipta-Dagangan sebagai Pemacu Kemajuan
Malaysia kekal sebagai salah sebuah pasaran utama Taobao di Asia Tenggara, yang disokong oleh permintaan tinggi terhadap produk luar negara berorientasikan nilai. Dengan perubahan pada tabiat membeli-belah, format perdagangan sosial — terutamanya penciptaaan konten yang pendek dan penstriman langsung — semakin mempengaruhi keputusan rakyat Malaysia semasa membeli. Industri perdagangan digital tempatan dijangka berkembang pada Kadar Pertumbuhan Tahunan Kompaun (CAGR) 14.32% dari tahun 2025 sehingga 2033, menggambarkan peningkatan dalam penggunaan digital dan keyakinan terhadap platform tersebut.

"Ekonomi untuk pencipta konten menawarkan peluang yang besar, terutamanya di Malaysia, di mana permintaan untuk produk luar negara terus meningkat," kata Jess Lew, Ketua Pengarah Taobao Malaysia. Tambah beliau lagi, "Melalui komisen yang menarik dan sokongan program affiliate, Program Affiliate Taobao membolehkan pencipta konten yang berpengalaman, pempengaruh-mikro yang sedang menempa nama, dan pembeli harian menjana pendapatan melalui konten yang dibuat di samping membantu pengguna membeli-belah dengan lebih yakin." Dengan kerjasama bersama Foodie Media dan W Talent, kami menyasarkan untuk merekrut lebih daripada 200 pencipta konten bagi menghasilkan kandungan yang menarik dan mengadakan sesi penstriman langsung secara berinteraktif yang menyediakan kisah penceritaan sosial yang autentik, menumpukan kepada produk-produk yang sedang tular, dan mencipta pengalaman untuk jenama yang dapat disesuaikan dengan gaya hidup tempatan — seterusnya mengukuhkan keyakinan di kalangan pembeli baharu dan pembeli sedia ada untuk terus membeli.

Antara kategori berprestasi tinggi yang dijangka mampu menarik ramai affiliate dan untuk membuat penstriman langsung termasuklah:

  • Pakaian & aksesori
  • Aksesori rumah & hiasan dalaman
  • Sukan & aktiviti luar
  • Mainan & koleksi yang dikumpul
  • Perabot

Nicholas Lim Pinn Yang, Pengarah dan Ketua Pegawai Eksekutif Foodie Media berkata:
"Kerjasama ini membina laluan yang besar untuk meningkatkan kesedaran dan penyertaan dalam Program Afffiliate Taobao, di samping membolehkan lebih ramai pencipta konten dan pempengaruh-mikro meraih pendapatan baharu melalui model affiliate untuk produk-produk Taobao." Ujar beliau lagi, "Dengan memanfaatkan rangkaian pencipta konten kami serta pengalaman dalam menghasilkan kempen berorientasikan komersial, Foodie Media akan bekerjasama secara rapat dengan Taobao Malaysia untuk melengkapkan para peserta dengan tatacara konten dan pemahaman terhadap keadaan pasaran semasa.

Lim Yeong Shen, Pengarah W Talent berkata: "Kami rasa teruja untuk bekerjasama dengan Taobao Malaysia dalam usaha untuk meningkatkan penyertaan pencipta konten dalam sesi penstriman langsung dan menghasilkan kandungan di media sosial. Dengan kepakaran kami untuk mengasah bakat dan pelaksanaan kempen, matlamat kami adalah untuk melengkapkan pencipta konten Malaysia dengan alatan, pengetahuan, dan peluang menjana pendapatan - segala yang diperlukan untuk mencapai kejayaan dalam bidang pencipta konten komersial."

Program Penyertaan dan Pendapatan
Program Affiliate Taobao memberi peluang kepada pencipta konten dan pembeli harian untuk menjana pendapatan sampingan dengan berkongsi tentang produk.

Peserta boleh menjana:

  • Produk Berkomisen Tinggi - Komisen sehingga 30% untuk setiap produk
  • Bonus Rujukan yang Tinggi – Bonus rujukan sehingga RM26 untuk setiap pengguna baharu
  • Insentif Istimewa - Semasa jualan besar-besaran seperti 11.11, 12.12, jualan Pertengahan Tahun, bonus istimewa, komisen yang tinggi dan panduan mengoptimumkan prestasi akan diberikan kepada affiliate untuk memperolehi pendapatan tambahan.

Untuk sertai, pencipta konten boleh menghantar e-mel ke partnership@foodie.my dan akan disenaraikan di dalam Foodie Media. Pencipta yang mengambil bahagian juga akan menerima panduan konten, sokongan penstriman langsung, dan akses kepada kemudahan studio. Pencipta yang menunjukkan prestasi yang tinggi mungkin akan dipilih untuk menyertai program pertukaran khas di ibu pejabat Kumpulan Alibaba di Hangzhou.

Kunjungi halaman rasmi untuk ketahui lebih lanjut atau untuk sertai Program Affiliate Taobao.

TENTANG TAOBAO MALAYSIA
Taobao Malaysia bermatlamat untuk menyediakan aktiviti membeli-belah yang mudah di Taobao dan Tmall untuk pengguna di Malaysia. Melalui aplikasi Taobao, pembeli di Malaysia boleh mengakses berbilion jenis produk, lengkap dengan perkhidmatan logistik, pembayaran dan lain-lain, serta tawaran yang sesuai dengan keperluan individu tersebut. Taobao Malaysia adalah sebahagian daripada Syarikat Alibaba International Digital Commerce Group.

TENTANG FOODIE MEDIA BERHAD
Foodie Media Berhad ("Foodie Media" or "Company") merupakan sebuah syarikat pegangan pelaburan secara principal, manakala anak-anak syarikatnya terbabit dalam penerbitan media digital, pemasaran berteraskan pandangan (key-opinion leader marketing), pemasaran untuk drama pendek, perdagangan afiliasi dan perkhidmatan pengurusan kempen. Foodie Media dan anak-anak syarikatnya (secara kolektif dirujuk sebagai "Kumpulan") telah membangunkan portfolio beberapa jenama dengan jumlah gabungan pengikut terbesar iaitu lebih daripada 44 juta pengikut untuk konten digital yang memfokuskan kepada gaya hidup di Malaysia, di pelbagai saluran media sosial setakat pada 30 April 2025. Terkini, Kumpulan ini terlibat dalam segmen perniagaan penerbitan media digital, di mana ia mencipta, menghasilkan dan menerbitkan konten digital di platform media-media sosial yang terkemuka seperti Facebook, Instagram, TikTok, Threads, YouTube, RedNote, Lemon8, X, Douyin, Telegram dan WhatsApp, serta termasuklah blog.

Laman media sosial dan blog ini beroperasi di bawah portfolio jenama Kumpulan tersebut. Setakat pada 30 April 2025, Kumpulan ini mengendalikan portfolio yang terdiri daripada 34 jenama yang menumpukan kepada konten untuk gaya hidup di lima buah negara di Asia Tenggara, iaitu Malaysia, Singapura, Thailand, Indonesia dan Filipina, dan ini termasuklah makanan dan minuman di samping produk gaya hidup yang lain seperti hartanah, kediaman dan kehidupan, pelancongan, rekreasi, teknologi, sukan dan kenderaan. Melalui rangkaian jenamanya iaitu KL Foodie, Penang Foodie, Halal Foodie, Da Ma Chi Huo ("大马吃货"), Pinn Yang, Yang Malaysia, Johor Foodie dan Singapore Foodie, Kumpulan ini menghubungkan jenama dan pengguna dengan mengintegrasikan kandungan, komuniti dan perdagangan.

Untuk maklumat lanjjut, sila kujungi: https://foodiemedia.com/

Source: Taobao Malaysia
Keywords: Computer/Electronics Electronic Commerce Multimedia/Online/Internet Social Media Contracts Licensing/marketing agreements