STOCKHOLM, 13 November 2025 /PRNewswire/ -- Industri perlombongan global berdepan kekurangan bakat kejuruteraan yang semakin meruncing, namun penyelidikan baharu oleh kumpulan kejuruteraan Sandvik menunjukkan bahawa cabaran ini boleh berubah menjadi salah satu peluang terbesar dalam sektor tersebut.
Laporan, Masa depan bakat perlombongan: Apa yang graduan STEM benar-benar fikirkan, dan apa yang industri boleh lakukan mengenainya, mendedahkan bahawa walaupun kesedaran tentang perlombongan masih rendah di kalangan jurutera muda, ramai yang terbuka untuk menyertai sektor ini sebaik sahaja mereka memahami realiti moden dan peranannya dalam menangani peralihan tenaga global.
Berdasarkan tinjauan terhadap 824 pelajar dan graduan STEM di sembilan negara, kajian itu mendapati hampir 40% daripada responden tidak mengenali industri perlombongan, dan peratusan yang hampir sama menyatakan hal itu sebagai sebab mereka tidak mempertimbangkannya sebagai laluan kerjaya. Namun tinjauan yang sama juga menunjukkan peluang yang besar untuk perubahan: lebih daripada 90% berkata mereka akan lebih cenderung untuk mempertimbangkan kerjaya dalam perlombongan jika yakin bahawa ia menyumbang secara bermakna untuk menangani perubahan iklim.
"Dapatan ini menunjukkan adanya potensi besar yang masih belum dimanfaatkan dalam industri ini," kata Stefan Widing, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Sandvik. "Apabila jurutera muda memahami bahawa pada masa kini, perlombongan bukan sekadar tentang kegiatan penggalian, ia tentang menangani beberapa cabaran paling penting di dunia melalui pendigitalan, automasi dan elektrifikasi, mereka melihat sektor ini sebagai tempat untuk menggunakan kemahiran mereka bagi membawa perubahan sebenar."
Laporan ini juga menekankan motivasi yang tinggi untuk graduan baharu: potensi gaji yang tinggi, penggunaan teknologi terkini, dan cabaran kejuruteraan yang kompleks. Sebaliknya, kebimbangan tentang keselamatan dan persepsi kesan negatif terhadap alam sekitar tetap menjadi penghalang utama.
Dengan hampir separuh tenaga kerja perlombongan di Amerika Syarikat dijangka akan bersara menjelang tahun 2029 dan kadar pendaftaran dalam bidang kejuruteraan yang semakin menurun di pelbagai universiti di seluruh dunia, laporan itu menyeru kerjasama yang lebih erat antara syarikat, institusi akademik dan pembuat dasar bagi membina semula saluran bakat melalui pendidikan, perubahan budaya serta evolusi persepsi terhadap industri.
"Perlombongan menawarkan cabaran kejuruteraan seumur hidup," tambah Björn Axelsson, Naib Presiden Eksekutif dan Ketua Sumber Manusia di Sandvik Group. "Elektrifikasi masyarakat akan digerakkan oleh mineral, tetapi ia akan diterajui oleh minda generasi akan datang yang cukup berani untuk mengubah cara kita melombong."
Laporan penuh Masa depan bakat perlombongan: Apa yang benar-benar difikirkan oleh graduan STEM, dan apa yang boleh dilakukan oleh industri, boleh didapati di www.home.sandvik atau https://www.fastcompany.com/91421263/shaping-the-mine-of-the-future-the-engineering-challenge-of-a-lifetime.
Kumpulan Sandvik
Sandvik ialah kumpulan kejuruteraan berteknologi tinggi bertaraf global yang menawarkan penyelesaian bagi meningkatkan produktiviti, keuntungan dan kelestarian untuk industri pembuatan, perlombongan dan infrastruktur. Kami berada di barisan hadapan dalam pendigitalan dan memberi tumpuan kepada pengoptimuman proses pelanggan kami. Tawaran kami yang tercanggih di dunia merangkumi peralatan, alat, perkhidmatan, dan penyelesaian digital untuk pemesinan, perlombongan, penggalian batu, dan pemprosesan batu. Pada tahun 2024, Kumpulan ini mempunyai kira-kira 41,000 pekerja dan pendapatan kira-kira SEK 123 bilion di lebih 150 negara.
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/2819746/Sandvik_1.jpg?p=medium600
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/2819747/Sandvik_2.jpg?p=medium600