HENGQIN, China, 13 November 2025 /PRNewswire/ -- Festival Sarkas Antarabangsa China ke-8 telahpun diadakan di Chimelong Kaka Theater bertempat di Hengqin, Guangdong mulai 1-8 November 2025. Dihoskan oleh Kerajaan Rakyat Wilayah Guangdong dan dianjurkan secara bersama oleh Jawatankuasa Eksekutif Zon Kerjasama Mendalam Guangdong-Macau di Hengqin dan Guangdong Chimelong Group, acara ini menghimpunkan 18 kumpulan sarkas bertaraf dunia dan lebih 500 artis dari seluruh dunia. Berdasarkan tema "Sarkas dunia, berhimpun di Hengqin", acara ini menawarkan sambutan seni persembahan cemerlang yang memupuk pertukaran budaya serta persefahaman merentas bahasa dan tradisi.
Program pada tahun ini menampilkan artis-artis sarkas yang terkemuka dari Rusia, Amerika Syarikat, Mexico, Mongolia dan China, serta beberapa negara dan wilayah lain. Produksi-produksi ini mencakupi pelbagai disiplin seni, termasuk akrobatik, tarian, badut dan silap mata, serta turut mempamerkan karya-karya yang dicirikan oleh bakat serantau dan kepelbagaian kreatif. Antara persembahan yang ditonjolkan ialah beberapa pertunjukan yang memenangi pingat emas daripada anugerah sarkas antarabangsa utama bagi menawarkan penonton pertemuan yang imersif dengan budaya yang berbeza serta daya tarikan keindahan seni sarkas yang tak lapuk dek zaman.
"Sarkas bersifat antarabangsa—ia melangkaui sempadan dan menghubungkan orang ramai yang berbeza-beza," kata Urs Pilz, Presiden Fédération Mondiale du Cirque (World Circus Federation) dan Naib Presiden Festival Sarkas Monte-Carlo Circus. "China memperoleh lebih banyak penghormatan tertinggi di Festival Sarkas Antarabangsa Monte-Carlo berbanding mana-mana negara lain. Festival Sarkas Antarabangsa Monte-Carlo dan juga Festival Sarkas Antarabangsa China merupakan antara acara sarkas yang paling terkemuka di dunia." En. Pilz turut memuji perkembangan seni Chimelong dengan menyatakan bahawa produksinya terus-menerus menetapkan standard baharu dan mendapat pengiktirafan dari seluruh dunia.
Su Zhigang, Pengerusi bagi penganjur bersama Chimelong Group menyatakan bahawa Chimelong tetap komited untuk menggabungkan kedalaman dan ketepatan akrobatik Cina dengan estetika pentas serta humor yang terdapat dalam tradisi sarkas Eropah. Lakuran silang budaya mencapai kemuncaknya dalam satu siri persembahan yang berjaya dari segi teknikal dan dikoordinasikan dengan ketat di festival pada tahun ini bagi menyampaikan pengalaman yang padu dan tidak dapat dilupakan kepada penonton. Kesemua pertunjukan yang mempesonakan dari seluruh dunia ini menjadi bukti pertukaran yang dinamik antara seni sarkas Cina dan antarabangsa di Hengqin. Ia bukan sahaja merupakan kolaborasi seni tetapi juga ekspresi yang jelas terhadap tema utama festival ini iaitu, "Seni Sarkas Global Bertemu di Hengqin."
Selama 28 tahun, Chimelong menggabungkan kesenian indah sarkas yang bertaraf dunia di bawah satu bumbung. Melalui evolusi yang berterusan, produksinya kekal setia kepada bentuk tradisional dan dalam masa yang sama mengusahakan inovasi, mengekalkan kecemerlangan sekali gus berusaha melangkauinya. Bermula daripada Gala Sarkas Antarabangsa awalnya, iaitu wadah pertunjukan sarkas terbaik di dunia, hinggalah Magic Legend, sarkas situasi berskala besar yang pertama di dunia dan Magic Legend III yang dipertingkat, serta Chimelong Show, pemenang bagi TEA Thea Award ke-31 atas Pencapaian Cemerlang dalam kategori Pertunjukan Menarik, Chimelong terus menawarkan persembahan sepanjang tahun yang menggambarkan komitmen sejak dahulu lagi oleh organisasi ini terhadap program budaya dan hiburan yang berkualiti. Berpandukan prinsip Pengerusi Su Zhigang yang "hanya mengejar standard tertinggi", Chimelong membina empayar sarkasnya dari bawah melalui dedikasi yang berterusan terhadap kecemerlangan.
T.Y.T. Marie-Pascale Boisson, Duta Besar Monaco ke China, menyampaikan penghargaannya selepas menghadirkan diri di Chimelong Show dengan menyatakan bahawa seni sarkas membentuk ikatan yang istimewa dan penting antara Monaco serta China. Memandangkan tahun 2025 menyaksikan ulang tahun ke-30 hubungan diplomatik antara kedua-dua negara, Duta Besar menyatakan hasratnya untuk terus berkolaborasi dengan Chimelong Group bagi membantu membentuk masa depan seni sarkas kontemporari di seluruh dunia.
Dengan berakhirnya edisi ke-8 yang membuahkan hasilnya, Festival Sarkas Antarabangsa China akan terus menyumbang kepada kevitalan budaya sarkas global dari pangkalannya di Hengqin. Dengan semangat keterbukaan, keyakinan dan kreativiti, festival ini bermatlamat untuk berkongsi perspektif Cina yang tersendiri bersama masyarakat antarabangsa dan dalam masa yang sama menyokong pembangunan budaya Kawasan Teluk Besar Guangdong-Hong Kong-Macau.