omniture

Oceanpayment: Membentuk Dekad Pertumbuhan Global Seterusnya Melalui Teknologi Pembayaran

Oceanpayment
2025-11-13 14:00 5

HONG KONG, 13 November 2025 /PRNewswire/ -- Sepanjang dekad yang lalu, peranan pembayaran sudahpun berubah—bermula dengan pengakhiran transaksi hinggalah permulaan pertumbuhan perniagaan. Tatkala keterhubungan global menjadi semakin mendalam, inovasi pembayaran menjadi daya penggerak di sebalik gelombang perdagangan global yang baharu. Bermula dengan e-dagang rentas sempadan dan hiburan digital hinggalah jenama pelancongan serta antarabangsa, teknologi kewangan (fintech) membentuk sejauh mana perniagaan beroperasi, membina kepercayaan dan berkembang merentas sempadan.

"Pembayaran ialah bahasa pertumbuhan global. Ia menghubungkan pengguna, perniagaan serta rakan ekosistem—dan berfungsi sebagai infrastruktur asas bagi gelombang globalisasi baharu," kata Jakey Liang, Naib Presiden Oceanpayment.

Sepuluh tahun yang lalu telah membentuk semula asas-asas bagi pengembangan global. Pendigitalan, kemampanan dan pengimbangan semula globalisasi kini mentakrifkan ekonomi baharu. Fintech muncul sebagai pengupaya utama yang membantu perniagaan mendekati pengguna dengan lebih pantas, lebih selamat dan lebih pintar. Teknologi pembayaran menonjol sebagai salah satu bidang yang paling bersifat sejagat dan transformatif dalam fintech. Ia berkembang bermula dengan sekadar memproses transaksi hinggalah memacu pertumbuhan secara aktif dan mendayakan pengalaman yang lancar, terjamin dan tanpa sempadan.

Arah aliran ini dilihat amat ketara terutamanya di pasaran baru muncul seperti Asia Tenggara, Amerika Latin dan Timur Tengah apabila ekosistem pembayaran digital dan rangkuman kewangan membolehkan berjuta-juta orang menyertai ekonomi global. Tatkala sistem pembayaran serantau meningkat dan dompet tempatan berintegrasi dengan rangkaian global, infrastruktur kewangan yang lebih pelbagai dan kolaboratif muncul—iaitu rangkaian kepercayaan sebenar yang memperkasakan pertumbuhan global.

Selama lebih sedekad, Oceanpayment membina teknologi yang menghubungkan perdagangan global. Platform bersepadunya—yang menggabungkan Acquiring, Issuing, OPCCOUNT dan OPNexus (Payment Suite & Services)—seiring bersama kecerdasan data dipacu AI, membantu perniagaan berkembang dengan ketelusan, ketangkasan dan kebingkasan yang lebih tinggi. Dalam sektor-sektor bermula daripada peruncitan dalam talian hinggalah pelancongan, Oceanpayment mengubah teknologi pembayaran menjadi enjin pertumbuhan mampan yang tulen.

Memandang ke hadapan, dekad yang akan datang bakal menyaksikan pembayaran berkembang daripada menghubungkan transaksi kepada menghubungkan nilai. Masa depan fintech akan menjadi terbuka, pintar dan mampan yang dapat mendayakan kewangan yang berciri lebih terhubung dan inklusif.

Inovasi pembayaran bukan lagi pengakhiran sesuatu transaksi—ia merupakan asas bagi pertumbuhan global pada masa akan datang.

 

Source: Oceanpayment
Keywords: Banking/Financial Service