omniture

MICHELIN Guide Kuala Lumpur & Pulau Pinang 2026: Mengetengahkan Kepelbagaian dan Keunikan Dunia Kulinari Malaysia, Dari Warung Tepi Jalan ke Restoran Mewah

MICHELIN Guide
2025-11-13 19:37 7
  • Edisi keempat MICHELIN Guide Kuala Lumpur & Pulau Pinang menampilkan 151 tempat makan, merangkumi 58 Bib Gourmand dan 84 MICHELIN Selected
  • 2 restoran dinaik taraf ke One MICHELIN Star
  • Pengiktirafan Bib Gourmand dan MICHELIN Selected diberikan kepada beberapa restoran baharu yang menonjolkan kreativiti, kekayaan budaya dan semangat dunia kulinari Malaysia yang serba dinamik

KUALA LUMPUR, Malaysia, 13 November 2025 /PRNewswire/ -- MICHELIN Guide Kuala Lumpur & Pulau Pinang 2026 telah mengumumkan senarai terkini yang merangkumi 151 restoran berprestij, merangkumi kategori MICHELIN Star, Bib Gourmand dan MICHELIN Selected. Memasuki tahun keempat penganjurannya, panduan ini terus mengetengahkan keunikan identiti hidangan dua bandar ini yang sedang mengalami ledakan kreativiti— daripada kesederhanaan warung tepi jalan sehingga ke kehalusan menu degustasi.

Senarai tahun ini menampilkan kemeriahan dunia kulinari Malaysia yang kian matang dan ekspresif dari tahun ke tahun. Ia juga menggambarkan cita rasa sebuah negara yang menjunjung tradisi asalnya dan pada masa yang sama menerima pengaruh global dengan tangan terbuka.

" MICHELIN Guide Kuala Lumpur & Pulau Pinang 2026 meraikan sebuah negara di mana warisan kulinari dan imaginasi moden bergabung secara harmoni. Daripada dapur yang memelihara resipi tradisi turun-temurun hingga bakat baharu yang berani mencorak semula kecemerlangan, dunia kulinari Malaysia terus berkembang sebagai antara yang paling menginspirasikan di Asia. " kata Gwendal Poullennec, Pengarah Antarabangsa MICHELIN Guide. 

"Sejumlah 151 buah premis yang diiktiraf pada tahun ini menyerlahkan kemeriahan dan kepelbagaian sajian di Malaysia. Bersama-sama, ia mencipta cita rasa yang kaya dan penuh semangat, melakar kisah kulinari Malaysia moden; sebuah kisah yang berkeyakinan, kreatif, dan berinovasi."

Dewakan Kekal Unggul

Restoran Dewakan pimpinan Chef Darren Teoh mengekalkan status Two MICHELIN Star buat kali ketiga berturut-turut, sekaligus mengukuhkan kedudukannya sebagai peneraju utama dalam persada fine dining Malaysia. Dikenali untuk penggunaan ramuan tempatan mereka yang inovatif dan keberanian menafsir semula rasa tradisional, Dewakan bukan sekadar restoran, tetapi lambang budaya dan kecemerlangan kulinari negara.      

Dewakan turut menyertai komuniti MICHELIN Green Star dan telah berjaya menawan hati para Inspektor dengan wawasan berinspirasi mereka. MICHELIN Green Star secara editorial mengetengahkan restoran yang, dalam kalangan MICHELIN Guide Selection, telah memberi inspirasi dan meninggalkan kesan mendalam kepada para Inspektor melalui komitmen mereka terhadap masa depan gastronomi. Anugerah ini bermatlamat untuk memupuk dialog dan kerjasama, menggalakkan para pengusaha restoran untuk terus saling memberi inspirasi dan berevolusi bersama-sama.

Akar dan Terra Dining dinaik taraf ke One MICHELIN Star      

Senarai ini menampilkan lapan restoran One MICHELIN Star, termasuk dua restoran yang baru dinaik taraf dari status MICHELIN Selected - Akar dan Terra Dining – menyertai restoran Beta, Chim by Chef Noom, DC. by Darren Chin, Molina, Au Jardin, dan Auntie Gaik Lean's Old School Eatery.

  • Akar - Di bawah pimpinan Chef Aidan Low, restoran ini menerima pengiktirafan atas olahan semula resipi Eropah dengan sentuhan Jepun, Perancis dan Malaysia, menggabungkan warisan dan inovasi secara elegan.
  • Terra Dining - Restoran ini yang diterajui oleh Chef Yu Cheng Chong, dianugerahkan One MICHELIN Star yang pertama atas kaedah mereka yang teliti dan mengutamakan bahan dalam sajian Malaysia kontemporari. Pendekatan mereka menunjukkan ketelitian yang terkawal, dan setiap lapisan rasa dicipta dengan penuh pertimbangan.

Anugerah Khas MICHELIN Guide      

Tahun ini, MICHELIN Guide Kuala Lumpur & Pulau Pinang memberi sorotan kepada individu cemerlang yang menunjukkan kesungguhan, disiplin dan kemahiran untuk mengangkat kualiti kulinari Malaysia ke tahap lebih tinggi.

  • The MICHELIN Guide Young Chef Award
    Chef Chin Hua Wong dari Restoran Shu (restoran yang baru menerima status Selected) diraikan dengan anugerah ini. Hasil kerja Chef Wong menonjolkan hubungan yang mendalam dengan warisan, identiti, dan kisah peribadi beliau. Dengan pengalaman dari dapur-dapur terkemuka di Singapura, Bangkok, dan Shenzhen, beliau membawa pengaruh global ke restorannya sendiri, Shu. Restoran ini berfungsi sebagai penghormatan kepada warisan Cina beliau, sekali gus menyediakan platform untuk meneroka evolusi masakan diaspora. Melalui teknik kontemporari dan kisah di sebalik resepi yang disampaikan dengan ikhlas, setiap sajian dihasilkan dengan teliti dan penuh erti. Berbekalkan disiplin, sifat ingin tahu, dan kesungguhan, Chef Wong kini menjadi tokoh penting dalam dunia kulinari Malaysia.

  • The MICHELIN Guide Service Award
    Anugerah Service Award disampaikan kepada Encik Maverick Fung dari K, sebuah restoran sajian mewah Jepun yang baru menerima status Selected di Kuala Lumpur. Dengan pengalaman lebih sedekad dalam industri hospitaliti, Encik Fung menggabungkan layanan rapi dengan pengetahuan mendalam tentang ramuan masakan, menawarkan bukan sekadar perkhidmatan, tetapi pengalaman yang istimewa. Keperibadian beliau yang mesra, profesionalisme, dan kemahiran mencadangkan padanan wain yang tepat menjadi contoh kepada kehalusan seni perkhidmatan di bahagian hadapan restoran (front-of-house) yang jarang mendapat pujian.

  • The MICHELIN Guide Opening of the Year Award, disampaikan oleh UOB Malaysia
    Anugerah ini diberikan kepada Bidou, idea terbaharu daripada Chef Darren Teoh. Berbeza dengan penerokaan inovatif Dewakan terhadap masakan tempatan, Bidou kekal setia kepada resipi "nouvelle cuisine" Perancis yang tulen. Mendapat ilham daripada tokoh legenda seperti Paul Bocuse dan Michel Guérard, Bidou menampilkan warisan kulinari Perancis Chef Darren Teoh, dan pada masa yang sama memberi penghormatan kepada budaya gastronomi Perancis.

Meraikan Penemuan Baharu, merangkumi Sajian Ringkas hingga ke Bintang Baharu yang Kian Terserlah

5 tempat makan baru menerima pengiktirafan Bib Gourmand yang meraikan hidangan hebat dengan harga berpatutan.

  • Gulainya dan Lama di Kuala Lumpur menyerlahkan kehangatan dan kekompleksan sajian Peranakan.
  • Di Pulau Pinang, Awesome Char Koay Teow, Bee Hwa Cafe, dan Sifu menerima pengiktirafan dengan penampilan makanan gerai dan kegemaran tempatan dengan konsistensi yang mengagumkan.

Sementara itu, pengiktirafan MICHELIN Selected menyerlahkan 84 buah premis, termasuk 11 pendatang baharu yang telah menawan hati para Inspektor dengan kualiti, karakter, dan potensi sajian mereka. Setiap satu daripadanya menawarkan pengalaman santapan yang sukar untuk dilupakan serta dihasilkan daripada kreativiti, kemahiran, dan kaedah yang teliti.

Pilihan restoran MICHELIN Selected ini menunjukkan dunia kulinari yang serba dinamik yang mana idea baharu, perspektif segar, dan aspirasi kulinari terus berinovasi tanpa henti.

Di Kuala Lumpur, tambahan baharu termasuk:

  • Bidou - Bistro Perancis yang menyajikan hidangan yang berkualiti dan menyelerakan.
  • Jie – Restoran ini mempersembahkan inovasi cita rasa masakan Cina moden melalui teknik kontemporari.
  • K – Sebuah restoran Jepun moden yang terkenal dengan pengalaman omakase yang disediakan dengan penuh ketelitian.
  • Kazu – Sebuah restoran Jepun kontemporari yang menawarkan hidangan sushi dan kappo berkualiti tinggi.
  • Kuki – Sebuah restoran berkonsep vegan yang menginovasi masakan berasaskan tumbuhan secara kreatif.
  • Shu – Sebuah restoran inovatif yang dikenali dengan pendekatan kreatifnya yang mengutamakan ramuan yang digunakan.

Di Pulau Pinang, tambahan baharu termasuk:

  • Blacklinen – Pakar hidangan barbeku yang menggandingkan keenakan makanan bakar dengan persembahan yang elegan.
  • Du-An (Lebuh Pantai) – Hidangan yang meraikan warisan Malaysia dengan cita rasa tempatan yang hebat.
  • Mémoire – Menawarkan menu santapan yang diilhamkan daripada kisah peribadi dan juga nostalgia.
  • Peninsula House – Menggandingkan resipi kontemporari Australia dengan ramuan benua Asia.
  • Sood by Chef Ton – Sebuah restoran Thai kontemporari yang membawakan cita rasa mewah dari Bangkok ke Pulau Pinang.

Kesemua restoran ini menggambarkan kemeriahan dunia gastronomi Malaysia - sarat dengan kreativiti, kesungguhan, dan kepelbagaian budaya yang terus menyajikan pengalaman kulinari yang tidak dapat dilupakan.

Senarai penuh restoran disediakan di akhir siaran media ini. 

MICHELIN Guide Kuala Lumpur & Penang 2026 Sekilas Pandang:



Baru

Dinaik Taraf

JUMLAH INSTITUSI KULINARI

151

16

2

Jumlah 2 MICHELIN Stars

1



Jumlah 1 MICHELIN Star

8


2*

Jumlah Bib Gourmand

58

5


Jumlah MICHELIN Selected

84

11


KUALA LUMPUR

77

8

2

Jumlah 2 MICHELIN Stars

1



Jumlah 1 MICHELIN Star

6


2

Jumlah Bib Gourmand

25

2


Jumlah MICHELIN Selected

45

6


PENANG

74

8


Jumlah 1 MICHELIN Star

2



Jumlah Bib Gourmand

33

3


Jumlah MICHELIN Selected

39

5


*Beralih dari MICHELIN Selected

Untuk menerima berita terkini sepanjang tahun, kunjungi laman web MICHELIN Guide, atau muat turun app percuma untuk iOS dan Android.

App Global MICHELIN Guide untuk peranti iOS dan Android.

About Michelin:

Michelin is building a world-leading manufacturer of life-changing composites and experiences. Pioneering engineered materials for more than 130 years, Michelin is uniquely positioned to make decisive contributions to human progress and to a more sustainable world. Drawing on its deep know-how in polymer composites, Michelin is constantly innovating to manufacture high-quality tires and components for critical applications in demanding fields as varied as mobility, construction, aeronautics, low-carbon energies, and healthcare. The care placed in its products and deep customer knowledge inspire Michelin to offer the finest experiences. This spans from providing data- and AI-based connected solutions for professional fleets to recommending outstanding restaurants and hotels curated by the MICHELIN Guide. Headquartered in Clermont-Ferrand, France, Michelin is present in 175 countries and employs 129,800 people. (www.michelin.com).

Our 2026 Official Partners
Wuliangye
UOB Malaysia
FunNow 

THE MICHELIN GUIDE 2026
KUALA LUMPUR | PENANG

KUALA LUMPUR

Two MICHELIN Stars
Excellent cooking, worth a detour!

Restaurant Name (ENG)

Type of Cuisine

Dewakan

Malaysian & Contemporary

One MICHELIN Star
High quality cooking, worth a stop!

Restaurant Name (ENG)

Type of Cuisine

Akar Promoted

Malaysian & Contemporary

Beta

Malaysian & Contemporary

Chim by Chef Noom

Thai Contemporary

DC. by Darren Chin

French Contemporary

Molina

Innovative

Terra Dining Promoted

Malaysian & Contemporary

Bib Gourmand

Restaurant Name (ENG)

Type of Cuisine

Ah Hei Bak Kut Teh

Malaysian

Aliyaa

Sri Lankan

Anak Baba (Brickfields)

Malaysian & Peranakan

Coast by Kayra

Indian

Congkak (Bukit Bintang)

Malaysian

De. Wan 1958 (Taman U Thant)

Malaysian

Foong Lian

Cantonese

Gulainya New

Peranakan

Hai Kah Lang (Taman Cheras)

Seafood

Heun Kee Claypot Chicken Rice (Pudu)

Cantonese

Hing Kee Bakuteh (121 Jalan Kepong)

Malaysian

Hor Poh Cuisine

Hakkanese

Jalan Ipoh Claypot Chicken Rice

Street Food

Lai Foong Lala Noodles

Noodles

Lama New

Peranakan

Leen's

Middle Eastern

MTR 1924

Indian Vegetarian

Nam Heong Chicken Rice (City Centre)

Malaysian

Nasi Ayam Hainan Chee Meng (Jalan Kelang Lama)

Malaysian

Nirwana

Indian

Roti by d'Tandoor

Indian

Sao Nam

Vietnamese

Sek Yuen

Cantonese

Sin Kiew Yee Shin Kee Beef Noodles

Noodles

Wong Mei Kee

Street Food

MICHELIN Selected

Restaurant Name (ENG)

Type of Cuisine

Atelier Binchotan

Barbecue

Bar Kar

Barbecue

Bidou New

French

Bōl

Asian Contemporary

Café Café

French

Cilantro

French Contemporary

Dancing Fish

Malaysian & Indonesian

Dominic

French Contemporary

Elegant Inn

Cantonese

Entier

French Contemporary

Frangipaani

Indian

Gai by Darren Chin (Taman Tun Dr Ismail)

Thai

Hide

Innovative

Jie New

Innovative

Jwala

Indian

K New

Japanese

Kayra

Indian

Kazu New

Japanese

Kuki New

Vegan

La Suisse

European

Li Yen

Cantonese

Limapulo

Peranakan

Ling Long

Innovative

Malai

Thai

Marble 8

Steakhouse

Marini's on 57

Italian

Nadodi

Innovative

Passage Thru India

Indian

Potager

French Contemporary

Qureshi

Indian

Seed

Innovative

Shanghai Restaurant

Shanghainese

Shu New

Innovative

Skillet

European Contemporary

Sushi Masa

Sushi

Sushi Ori

Sushi

Sushi Taka

Sushi

Tanglin (Bukit Damansara)

Malaysian

Tenmasa

Tempura

Teochew Lao Er

Teochew

The Brasserie

French Contemporary

Ushi

Japanese

Vantador

Steakhouse

Wagyu Kappo Yoshida

Japanese

Yun House

Cantonese

MICHELIN Green Star

Restaurant Name (ENG)

Type of Cuisine

Dewakan

Malaysian & Contemporary

PENANG

One MICHELIN Star
High quality cooking, worth a stop!

Restaurant Name (ENG)

Type of Cuisine

Au Jardin

European Contemporary

Auntie Gaik Lean's Old School Eatery

Peranakan

Bib Gourmand

Restaurant Name (ENG)

Type of Cuisine

Ah Boy Koay Teow Th'ng

Street Food

Awesome Char Koay Teow New

Street Food

Bee Hwa Cafe New

Malaysian

Bibik's Kitchen

Peranakan

BM Cathay Pancake

Street Food

BM Yam Rice

Teochew

Bridge Street Prawn Noodle

Street Food

Communal Table by Gēn

Malaysian

Duck Blood Curry Mee

Street Food

Ghee Lian

Street Food

Green House Prawn Mee & Loh Mee (223 Jalan Burma)

Street Food

Hot Bowl White Curry Mee

Noodles

Ivy's Nyonya Cuisine

Peranakan

Laksalicious

Malaysian

Lum Lai Duck Meat Koay Teow Th'ng

Street Food

Ming Qin Charcoal Duck Egg Char Koay Teow

Noodles

Moh Teng Pheow Nyonya Koay

Small eats

My Own Café

Street Food

Neighbourwood

European Contemporary

Penang Road Famous Jin Kor Char Kuey Teow

Street Food

Penang Road Famous Laksa

Street Food

Rasa Rasa

Peranakan

Ravi's Famous Apom Manis

Street Food

Sardaarji

Indian

Siam Road Char Koay Teow

Street Food

Sifu New

Peranakan

Sister Yao's Char Koay Kak

Street Food

Super Star Koay Teow Soup (78 Lebuh Kimberley)

Street Food

Taman Bukit Curry Mee

Street Food

Teksen

Cantonese

Thara

Thai

Wan Dao Tou Assam Laksa

Street Food

Winn's Cafe

Peranakan

MICHELIN SELECTED

Restaurant Name (ENG)

Type of Cuisine

888 Hokkien Mee

Street Food

Air Itam Duck Rice

Street Food

Air Itam Sister Curry Mee

Street Food

Ali Nasi Lemak Daun Pisang

Street Food

Bali Hai Seafood Market

Seafood

Bao Teck Tea House

Dim Sum

Bee See Heong

Malaysian

Bite N Eat Dindigul Biriyani

Indian

Blacklinen New

Barbecue

Blanc

European Contemporary

Ceki

Peranakan

Christoph's

Austrian

Curios-City

Innovative

Du-An (Lebuh Pantai) New

Malaysian

Fatty Loh Chicken Rice

Street Food

Feringgi Grill

European Contemporary

Firewood

Barbecue

Fook Cheow Cafe

Noodles

Gēn

Innovative

Goh Thew Chik Hainan Chicken Rice

Street Food

Il Bacaro

Italian

Jaloux

Italian

Jawi House

Peranakan

Jit Seng Hong Kong Roasted Duck Rice

Street Food

Kebaya Dining Room

Peranakan

Kota Dine & Coffee (Fort Cornwallis)

Peranakan

La Vie

European Contemporary

Lucky Hole

Innovative

Mémoire New

Innovative

Nyonya Willow

Peranakan

Penang Famous Samosa

Street Food

Peninsula House New

Australian Contemporary

Pitt Street Koay Teow Soup

Noodles

Richard Rivalee

Peranakan

Sambal

Asian Contemporary

Sood by Chef Ton New

Thai Contemporary

The Pinn

Small eats

Tok Tok Mee Bamboo Noodle

Noodles

WhatSaeb Boat Noodles

Thai

 

Source: MICHELIN Guide
Keywords: Food/Beverages Restaurants Retail Awards