omniture

Dahua Technology Perkenal Penyelesaian Bandar Pintar Generasi Akan Datang Dikuasakan oleh Model AI Berskala-besar Xinghan di SCEWC 2025

Dahua Technology
2025-11-13 20:00 8

BARCELONA, Sepanyol, 13 November 2025 /PRNewswire/ -- Dahua Technology, penyedia bagi penyelesaian dan perkhidmatan AIoT berpusatkan video yang terkemuka di dunia, mempamerkan inovasi bandar pintar generasi akan datangnya di Kongres Dunia Ekspo Bandar Pintar (SCEWC) 2025 di Barcelona. Di bawah tema "Bersama-sama demi Masa Depan Lestari," Dahua mendemonstrasikan sejauh mana keupayaan AIoT dan Model AI Berskala-besar Xinghan mengupayakan bandar-bandar yang lebih selamat, lebih cekap dan lebih mampan di seluruh dunia.


Tahun ini, pameran Dahua membawakan penyelesaian komprehensif merentas aspek keselamatan bandar, mobiliti, tadbir urus bandar dan perlindungan ekologi bagi mendemonstrasikan sejauh mana kecerdasan dan kemampanan boleh maju bersama-sama dalam operasi bandar moden.

Memperkasakan Bandar Pintar dengan Model AI Berskala-besar Xinghan

Satu inovasi yang menonjol ialah Model AI Berskala-besar Xinghan yang mengintegrasikan visi, pelbagai mod dan kecerdasan bahasa. Melalui pemahaman visual yang mendalam dan penaakulan kontekstual, Xinghan membolehkan sistem bandar mengesan, menganalisis dan bertindak balas terhadap senario bandar yang kompleks secara autonomi. Ia menyokong proses membuat keputusan yang lebih bijak dalam aspek keselamatan awam, pengurusan lalu lintas dan pemantauan persekitaran, lalu mengubah operasi bandar daripada pengawasan pasif kepada tadbir urus yang proaktif dan adaptif.

Penyelesaian Keselamatan Bandar Dahua mengintegrasikan kamera, radar dan penderia IoT ke dalam pusat operasi bandar terpadu yang mengupayakan pemantauan pada masa nyata dan tindak balas kecemasan yang pantas. Ia membantu pihak berkuasa memperoleh pandangan komprehensif tentang operasi bandar, bermula daripada keselamatan awam kepada penunjuk alam sekitar yang disokong oleh cerapan dipacu data untuk tadbir urus dan penyelarasan yang lebih baik.

Bagi menangani masalah kesesakan dan meningkatkan kecekapan jalan raya, Dahua memperkenalkan Penyelesaian Pengurusan Lalu Lintas Bandar yang menampilkan kawalan isyarat dinamik, pengesanan insiden berasaskan AI dan teknologi penguatkuasaan kelajuan termaju. Peranti Spotter Ultra andalannya boleh memantau sehingga lapan lorong tanpa gantri tambahan, seterusnya mengurangkan kos infrastruktur dan dalam masa yang sama meningkatkan ketepatan dan juga liputan.

Dalam usaha menggalakkan mobiliti hijau, Dahua memperkenalkan sistem bas dan kenderaan pintar yang dilengkapi dengan ciri keselamatan aktif, pengesanan titik buta dan pemantauan penggunaan bahan api. Penyelesaian ini memenuhi piawaian keselamatan EU dan menyokong pengangkutan awam yang lebih bersih dan lebih pintar.

Syarikat ini turut memperkenalkan Penyelesaian Tadbir Urus Bandar yang menghubungkan pelbagai modul, termasuk pengurusan bandar, tindak balas kecemasan dan pemantauan persekitaran ke dalam rangkaian terpadu. Dengan carian teks-imej didayakan AI dan interaksi model bahasa besar, pengendali bandar boleh mendapatkan kembali maklumat dan mengkoordinasikan tindakan dengan lebih cekap, seterusnya meningkatkan keresponsifan dan perkhidmatan rakyat.

Satu lagi sorotan penting ialah Penyelesaian Perlindungan Alam Semula Jadi Dahua yang mengaplikasikan AI, IoT dan penderiaan berasaskan dron untuk mencegah kebakaran hutan serta melindungi biodiversiti. Dengan menggabungkan pengimejan terma dan analisis pintar, ia mengupayakan pengesanan awal dan arahan yang tepat dalam senario kecemasan, lalu menyumbang kepada pengurusan ekologi yang mampan.

Semasa sesi panel berhubung GovTech (Teknologi Kerajaan) dan AI generasi akan datang, John Li, Pengurus Besar Perniagaan Kerajaan di Dahua Technology, menegaskan: "Apabila bandar-bandar beralih kepada ciri digital, ia sepatutnya memberikan perkhidmatan yang lebih baik kepada orang ramai. Di Dahua, kami mereka bentuk setiap penyelesaian dengan penuh empati – memfokuskan pada keperluan sebenar orang ramai dan bukannya hanya pada butiran teknikal."

Max Huang, Pengarah Projek Perniagaan Kerajaan, menambah: "Dengan Model AI Berskala-besar Xinghan, pengendali bandar dapat memahami bandar mereka dengan lebih baik dan menjadikannya benar-benar lebih selamat, lebih lancar dan lebih mampan."

Memandang ke hadapan, Dahua akan terus berkolaborasi dengan rakan kongsi global bagi memajukan transformasi digital, seterusnya membina bandar yang lebih pintar, lebih selamat dan lebih sesuai untuk didiami demi masa depan.

Source: Dahua Technology
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Consumer Electronics Environmental Products & Services Green Technology High Tech Security Computer Accessories Transportation Trucking and Road Transportation New products/services Trade show news Artificial Intelligence