omniture

FOTON Rangka Hala Tuju Baharu untuk Kenderaan Komersial Global

Foton Motor
2025-11-13 20:31 14

BEIJING, 13 November 2025 /PRNewswire/ -- Tanggal 9 November, FOTON Motor mengadakan Persidangan Rakan Kongsi Global 2026 di Beijing bertemakan "DRIVE TO GREAT" ("PANDU MENUJU KEHEBATAN"). Acara ini menghimpunkan lebih 2,000 hadirin dari lebih 140 negara untuk menyaksikan kejayaan besar oleh FOTON dalam inovasi dan strategi produk bagi memperlihatkan komitmennya untuk memacu transformasi industri ini dengan penyelesaian hijau dan pintar.

GALAXUS: Mentakrifkan Semula Trak Tugas Berat

FOTON melancarkan platform trak tugas berat generasi baharunya, GALAXUS yang memulakan era baharu untuk logistik pintar. Platform ini menawarkan penyelesaian berbilang tenaga—termasuk bahan api, elektrik, hidrogen, gas dan hibrid—dibina berasaskan lapan nilai teras. Ia membawakan seni bina tenaga baharu khusus dengan lebih 90 teknologi yang dibangunkan sendiri. Sorotan utama termasuk sistem pemacu elektrik dengan kecekapan maksimum 97.5%, pengecasan tahap megawatt dan peningkatan kecekapan tenaga keseluruhan sebanyak 7%. Sistem pemanduan pintarnya yang disahkan melebihi 2 juta km, menyokong evolusi daripada autonomi L2 kepada L4. Rangkaian GALAXUS, termasuk model R9, R5 dan D3 disesuaikan untuk pelbagai senario logistik seperti penghantaran jarak jauh dan ekspres.


DAYSTAR: Masa Depan Trak Ringan Elektrik

Bagi memenuhi keperluan logistik bandar, FOTON memperkenalkan platform trak ringan elektrik tulen pertamanya, DAYSTAR. Dibangunkan daripada pandangan pengguna yang mendalam, ia menangani cabaran teras seperti kesukaran pengecasan dan TCO yang tinggi. Platform ini memperkenalkan seni bina voltan tinggi 800V, pengawal silikon karbida dan motor dingin minyak, lalu mencapai peningkatan kecekapan tenaga keseluruhan sebanyak 20%. Ia juga menampilkan kabin yang diilhamkan oleh kereta penumpang, kemas kini OTA kenderaan penuh dan sudahpun menjalani ujian sejauh lebih 6 juta km demi keandalan yang unggul.

Inovasi Peringkat-Akhir dan VAN

Bagi logistik peringkat akhir, FOTON melancarkan trak mini generasi akan datang, Wonder Plus. Ia menawarkan kapasiti muatan yang luar biasa, dasar kargo paling panjang dan paling lebar dalam kelasnya serta ampaian siku ganda untuk keselesaan dan pengendalian yang dipertingkat.


Di samping itu, FOTON memperkenalkan platform VAN tenaga baharu eksklusif yang pertama di dunia, CAVAN C1. Dengan memfokuskan ada standard global dan reka bentuk elektrik tulen, ia membawakan bateri dengan tahap keselamatan tinggi yang dibangunkan sendiri, kecekapan pemanduan puncak melebihi 93.5% dan menyokong pengecasan pantas 2.2C untuk jarak 100 km dalam 10 minit.

Melalui matriks produk tenaga baharu yang komprehensif ini, FOTON memperlihatkan kekuatan sistematik dan visinya yang berpandangan jauh. Menerusi penggunaan produk sepenuhnya dan ekosistem global yang kian berkembang, FOTON memantapkan kepimpinannya dan menyuntik "kekuatan Cina" yang hebat ke dalam industri logistik tenaga baharu global.

Source: Foton Motor
Keywords: Auto Transportation New products/services General Manufacturing