omniture

Di Mana Membeli-Belah dan Kelestarian Bertemu: IPC Pencetus Inspirasi Kehidupan yang Lebih Hijau untuk Rakyat Malaysia

IPC Shopping Centre
2025-11-13 22:54 10

Bermula sebagai perintis kepada integrasi Pengurusan Perhubungan Pelanggan (CRM), kitar semula berdigital sehinggalah kepada pemerkasaan masyarakat melalui pendidikan dan penglibatan, Pusat Beli-belah IPC terus menjadi peneraju utama amalan kehidupan yang lebih lestari dan mampan menerusi inisiatifnya seperti program bina pasukan di bawah Pusat Kitar Semula & Beli-Semula (Recycle & Buy-Back Centre - RBBC) dan ganjaran untuk program Bawa Bekas Anda Sendiri (Bring Your Own Container - BYOC)

PETALING JAYA, Malaysia13 November 2025 /PRNewswire/ -- Sejak tahun 2009, Pusat Beli-belah IPC telah menjadi antara organisasi terawal yang mengamalkan inisiatif pengurusan kitar semula di Malaysia. Melalui Recycling & Buy-Back Centre (RBBC), pusat beli-belah tersebut terus menerapkan amalan memelihara kelestarian dalam pengurusan operasinya, bertujuan memberi kesedaran dan rasa tanggungjawab terhadap penjagaan alam sekitar kepada komuniti dengan cara yang praktikal dan berkesan.

Di Mana Membeli-Belah dan Kelestarian Bertemu: IPC Pencetus Inspirasi Kehidupan yang Lebih Hijau untuk Rakyat Malaysia
Di Mana Membeli-Belah dan Kelestarian Bertemu: IPC Pencetus Inspirasi Kehidupan yang Lebih Hijau untuk Rakyat Malaysia

Sejak bertahun lamanya, IPC kekal konsisten dengan amalan kitar semula — dengan menyediakan ruang kitar semula yang menyatukan rakan niaga, pembeli, dan rakan kongsi kitar semula yang dipercayai. Bermula dengan pusat kitar semula yang sederhana untuk komuniti sekitar dan kini ia telah pun berkembang menjadi hab kitar semula yang berfungsi sepenuhnya secara digital, di samping memberi kesedaran melalui pendidikan, penglibatan, serta memperkasakan masyarakat melalui pengurusan sisa buangan yang bertanggungjawab.

"Di IPC, kelestarian telah menjadi sebahagian daripada DNA kami," kata Karyn Lim, Pengurus Besar Pusat Beli-belah IPC. "Matlamat kami adalah untuk menjadikan kemampanan sebagai amalan kehidupan seharian. Melalui inovasi, kerjasama, dan pendidikan, kami telah mengubah kelestarian menjadi sesuatu yang boleh dicapai dan memberi ganjaran. Daripada Program Bina Pasukan RBBC hinggalah ke inisiatif yang terbaharu iaitu BYOC yang menawarkan ganjaran, kami sedang membuka minda kesedaran kepada komuniti dan rakan niaga kami untuk bertindak secara konsisten ke arah pengurusan sisa buangan yang lebih baik dan mengamalkan sikap kitar semula yang bertanggungjawab."

Memperkasakan Perubahan melalui Pendidikan Komuniti dan Inovasi

Strategi kelestarian IPC terus berkembang dengan mengatur pelbagai inisiatif dalam usaha mendapatkan kerjasama, mendidik dan memberi ganjaran untuk amalan kelestarian.

Dilancarkan pada tahun 2024, Program Bina Pasukan RBBC mengubah aktiviti kitar semula menjadi suatu pengalaman pembelajaran berinteraktif melalui lawatan, bengkel, dan sesi perkongsian ilmu yang dijalankan di sekolah-sekolah, syarikat korporat serta persatuan komuniti. Kurikulum ini turut melibatkan beberapa sekolah antarabangsa, Alliance Bank dan Decathlon Malaysia, yang bertujuan untuk menyediakan lebih ramai rakyat Malaysia dengan kemahiran dan motivasi untuk mengitar semula dengan cara yang betul di samping mengurangkan sisa buangan di rumah dan tempat kerja.

Bagi merealisasikan usaha ini, di aplikasi IPC yang telah dipertingkatkan, terdapat penjejak (tracker) kitar semula yang membolehkan ahli memantau perkembangan aktiviti kitar semula masing-masing – sekali gus memupuk rasa tanggungjawab, kesedaran, dan bangga di atas impak positif yang telah mereka berikan ke arah bumi yang lebih hijau.

Dalam meneruskan komitmennya terhadap amalan kitar semula ini, kerjasama antara IPC dengan Arus Oil sejak sekian lama, terus menjadi faktor penting dalam ekosistem kelestariannya. Melalui kutipan dua kali sebulan daripada rakan niaga, ahli, dan orang awam, pengitar semula akan menerima pulangan tunai sebanyak RM2.50 bagi setiap kilogram minyak masak terpakai. Tindakan ini dapat mengelakkan sisa minyak dibuang ke longkang dan saluran air, sekali gus mengurangkan pencemaran di samping menggalakkan ekonomi kitaran.

Inisiatif Baharu: "Program Ganjaran Bawa Bekas Anda Sendiri (BYOC)"

Seiring dengan misi IPC dalam menyokong usaha Malaysia untuk mengurangkan sisa penggunaan-sekali dan mencapai matlamat kelestarian, pusat beli-belah IPC akan memperkenalkan inisiatif bumi hijau terbaharunya – "Program Ganjaran Bawa Bekas Sendiri (BYOC)". Malaysia telah tersenarai sebagai antara penyumbang utama dunia terhadap sisa plastik yang tidak diuruskan dengan baik — dianggarkan setiap individu menghasilkan kira-kira 2.4 kilogram sisa plastik setiap tahun1— jadi program ini adalah sebagai mengukuhkan komitmen IPC dalam menangani masalah yang semakin membimbangkan ini. Dengan menggalakkan para pengunjung membawa bekas makanan atau minuman sendiri, IPC berusaha untuk menjadikan amalan menjaga kelestarian ini lebih mudah untuk diakses, praktikal, dan dapat memberi ganjaran kepada masyarakat.

Bermula dari 24 November 2025, inisiatif ini menggalakkan ahli Tack Club untuk membawa bekas makanan atau minuman mereka sendiri ketika memesan untuk bawa pulang di premis F&B yang mengambil bahagian. Untuk menikmati ganjaran ini, ahli hanya perlu menebus "Ganjaran BYOC" melalui aplikasi IPC menggunakan 5 Tack Poin daripada Katalog Ganjaran dan imbas kod QR di kaunter bayaran. Diskaun sebanyak RM0.50 akan terus diberikan dalam transaksi tersebut, yang ditanggung sepenuhnya oleh IPC untuk semua rakan niaga F&B yang mengambil bahagian.

Usaha ini sejajar dengan falsafah "Lagom Life" IPC, di mana memelihara kelestarian adalah mudah dan boleh dicapai – mengubah pilihan yang dibuat dengan penuh kesedaran menjadi tindakan-tindakan kecil dan konsisten yang mampu memberi impak yang besar.

Mendidik, Menginspirasi, dan Meraikan Komuniti yang Lebih Hijau

Semakin hampir kita ke penghujung tahun, IPC terus menjadikan kelestarian sesuatu yang menarik dan berbaloi menerusi inisiatif yang menggalakkan amalan kitar semula yang baik. Menjelang musim perayaan, di mana banyak rumah sudah mula melakukan aktiviti mengemas dan pembersihan tahunan, IPC sekali lagi akan memberi ganjaran kepada pembeli dengan Tack Poin berganda untuk barangan sisa terpilih seperti logam, aluminium, kertas, dan kadbod.

Selain inisiatif yang dibuat oleh pihak pengurusan seperti stesen pembersihan sisa makanan khas yang disediakan untuk pekerja rakan niaga, IPC turut meraikan usaha proaktif rakan niaganya yang berkongsi komitmen yang sama dalam memelihara bumi hijau. Sebagai contoh, All IT Hypermarket mengumpul e-sisa untuk dikitar semula dengan cara yang betul, H&M dan Brands Outlet pula menjalankan kempen kutipan baju di kedai di samping memberi ganjaran untuk pakaian terpakai yang didermakan oleh pelanggan mereka, Books for a Better World memberi nafas baharu kepada buku terpakai melalui penjualan semula, manakala IKEA menawarkan perkhidmatan kutipan dan kitar semula tilam untuk pelanggan yang membeli tilam baharu, dan As-Is Corner pula menjual perabot IKEA terpakai— di mana pelanggan boleh menyerahkan barangan lama mereka dan sesiapa sahaja boleh membelinya pada harga diskaun. Dengan berganding bahu, usaha ini mampu memupuk budaya penggunaan semula dan ekonomi kitaran di pusat tersebut.

"Kelestarian paling memberi berkesan apabila ia diusahakan bersama-sama," tambah Karyn lagi. "Komuniti kami yang merangkumi rakan niaga, pembeli, dan rakan kongsi, kesemuanya memainkan peranan penting dalam ekosistem ini. Kami bangga menyaksikan inisiatif seperti RBBC dan program bina pasukan kami ini telah memberi inspirasi untuk bertindak dan membina masyarakat prihatin yang lebih teguh."

Bersama Menghijaukan Masa Depan

Di masa hadapan, IPC berhasrat untuk mengembangkan ekosistem kelestariannya dengan usahasama bersama lebih banyak organisasi dan mencuba pelbagai kaedah baharu dalam menguruskan proses sisa buangan dan penggunaan semula sumber. Pusat ini akan terus mengambil langkah proaktif bagi mendidik dan menginspirasikan masyarakat untuk menjadikan amalan kitar semula sebagai sebahagian daripada kehidupan seharian — memperkukuhkan pendidikan untuk kelestarian sebagai identiti dan komitmen IPC terhadap pengurusan sisa buangan yang bertanggungjawab.

Di bawah operasi Green Building Management IPC, ia meneruskan usaha menjimatkan tenaga, air dan sumber asli melalui tindakan inisiatifnya seperti panel PV solar (sedang dalam proses penambahan), sistem pencahayaan LED, penuaian air hujan, dan penggunaan agen pembersih gred-makanan yang mesra alam di mana ia dapat meningkatkan kecekapan tenaga dan kualiti udara dalaman.

Di Malaysia, di mana industri perniagaan runcit sedang menuju ke arah kelestarian yang lebih teguh, Pusat Beli-belah IPC terus berkembang menjadi peneraju – mengubah apa yang sebelum ini merupakan peraturan yang perlu dipatuhi kepada gerakan bersepadu yang memberi manfaat besar kepada manusia dan bumi tercinta.

Untuk ketahui lebih lanjut,sila layari www.ipc.com.my.

1 The Star, "Malaysia among world's biggest contributors of mismanaged plastic waste," 11 February 2025.

-TAMAT-

Tentang IPC Shopping Centre:
Ditubuhkan pada Disember 2023, IPC Shopping Centre merupakan pusat pertemuan pertama di Malaysia yang dibangunkan oleh IKEA dengan gambaran bangunan kotak biru besar dan adalah penting dalam portfolio Ikano Retail yang semakin berkembang di rantau Asia Tenggara ini. Dengan kedudukannya yang strategik di tengah-tengah campuran pelbagai pembangunan pesat di Mutiara Damansara, ia berfungsi sebagai rumah ketiga yang tidak asing lagi untuk komuniti baik di sekitar mahupun pengunjung daripada luar. Lebih dari sekadar destinasi membeli-belah, di IPC Shopping Centre, semua pengunjung boleh menaikkan semula semangat mereka, saling berhubung, dan menikmati detik-detik bermakna, semasa mereka membeli barangan keperluan mereka. Berakar umbi dari warisan negara Sweden, IPC Shopping Centre menerapkan konsep Lagom Life – gaya hidup yang seimbang, mampan, dan secukupnya. Kesemua ini dibentuk daripada kehidupan yang berinspirasikan alam sekitar, campuran rakan-niaga yang dipilih dengan teliti, hinggalah pengalaman di pusat tersebut secara keseluruhan yang mengajak pengunjung untuk bersederhana, mencari keseimbangan, dan menikmati hidup mengikut keupayaan masing-masing. IPC Shopping Centre turut menerajui kelestariannya melalui perkhidmatan Pusat Kitar Semula dan Beli Balik (Recycling and Buy-Back Centre) yang canggih serta pelbagai inisiatif lain untuk menjaga alam sekitar dalam memupuk penglibatan komuniti dan menunjukkan komitmen mereka mengekalkan dan menjaga kehijauan di muka bumi ini demi masa depan.

Source: IPC Shopping Centre
Keywords: Retail Conservation/Recycling