![]() |
Memperluas Pembayaran Rentas-Sempadan dan Penyelesaian Patuh-Syariah di Seluruh ASEAN
SINGAPURA, 14 November 2025 /PRNewswire/ -- XTransfer, platform pembayaran perdagangan rentas sempadan B2B yang terkemuka di dunia, dan Maybank, sebuah bank yang terkemuka di ASEAN, dengan sukacitanya mengumumkan satu perkongsian strategik untuk memperluas pembayaran rentas sempadan dan penyelesaian patuh Syariah. Bersempena dengan Festival FinTech Singapura 2025, wakil-wakil kanan daripada XTransfer dan Maybank menandatangani secara rasminya Memorandum Persefahaman (MOU) di acara ini.

Bill Deng, Founder and CEO of XTransfer (Left) and Dato’ Sri Khairussaleh Ramli, President and Group CEO of Maybank (Right) signed MOU during Singapore Fintech Festival 2025.
Di bawah kolaborasi ini, XTransfer dan Maybank akan memanfaatkan kekuatan masing-masing bagi menyampaikan penyelesaian kewangan rentas sempadan sehenti yang merangkum pembayaran domestik dan rentas sempadan serta penukaran FX di pasaran-pasaran ASEAN yang utama, Hong Kong, United Kingdom serta Amerika Syarikat.
Pihak-pihak ini akan memanfaatkan teknologi dan inovasi baharu, termasuk API, platform digital, penyelesaian kutipan dan akaun maya bagi mengupayakan penukaran FX dan pemprosesan transaksi secara automatik, masa nyata dan lancar, seterusnya meningkatkan kebolehskalaan, kecekapan dan keandalan perkhidmatan kewangan rentas sempadan.
Menyedari permintaan yang semakin meningkat terhadap perkhidmatan patuh kewangan Islam di ASEAN, XTransfer dan Maybank juga akan meneroka dan membangunkan penawaran FX dan pembayaran patuh Syariah yang disesuaikan dengan keperluan serantau, memperluas rangkuman kewangan serta memenuhi keperluan perniagaan yang sentiasa berkembang yang menginginkan penyelesaian patuh Syariah.
Perkongsian yang komprehensif ini memperdalam liputan XTransfer di Asia Tenggara dan keupayaan penyelesaian pelbagai mata wang, di samping menyokong strategi Maybank untuk memperkukuh francais serantau dan keterhubungan ekosistemnya.
Bill Deng, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif XTransfer, berkata, "Kolaborasi bersama Maybank ini merupakan satu langkah yang penting dalam usaha meningkatkan perkhidmatan kami di seluruh ASEAN. Dengan keupayaan kutipan tempatan yang lebih kukuh, penukaran FX dan penyelesaian patuh Syariah yang berpotensi, kami akan dapat membantu perniagaan mengurangkan kos, meningkatkan aliran tunai serta meningkatkan kecekapan transaksi. Kami akan terus memantapkan pematuhan dan pengurusan risiko bagi membina infrastruktur kewangan rentas sempadan yang dipercayai untuk pelanggan kami."
Dato' Sri Khairussaleh Ramli, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Maybank (拿督斯里凯鲁沙烈 , 总裁兼集团首席执行官 马来亚银行) berkata, "Seiring bersama XTransfer, kita dapat mendayakan pembayaran dan kutipan rentas sempadan yang lebih lancar dengan kadar tukaran mata wang asing (forex) yang kompetitif untuk peniaga yang terlibat dalam perdagangan ASEAN-China dan mengambil bahagian dalam aliran yang semakin melonjak antara kedua-dua rantau—yang ketika ini merupakan rakan dagang terbesar antara satu sama lain. Jumlah nilai dagangan dijangka akan mencecah USD1 trilion pada tahun ini. Kolaborasi ini turut membuka peluang untuk membangunkan penyelesaian yang inovatif untuk perniagaan. Dengan kehadiran Maybank di pasaran-pasaran ASEAN yang utama, kami benar-benar berada pada kedudukan yang baik untuk menyokong keperluan rentas sempadan mereka."