omniture

Penyelesaian Terunggul untuk Loji Solar Skala-Utiliti: Antaisolar Lancar Sistem Penjejakan Pintar Generasi Akan Datang AT-Spark

Antai Solar
2025-11-14 12:06 11

XIAMEN, China, 14 November 2025 /PRNewswire/ -- Antaisolar melancarkan secara rasmi sistem penjejakan solar pintar generasi akan datang AT-Spark semasa berlangsungnya acara pelancaran global "Spark ON". Direka untuk loji solar skala utiliti, AT-Spark memenuhi permintaan yang semakin meningkat terhadap hasil tenaga yang lebih tinggi dan LCOE yang lebih rendah bagi menawarkan penyelesaian bersepadu yang mengoptimumkan prestasi dalam seluruh kitaran hayat projek.

AT-Spark Tracking System Launch Event
AT-Spark Tracking System Launch Event

Reka Bentuk Struktur Dipertingkat untuk Kestabilan Lebih Baik, Pemasangan Lebih Pantas dan Kecekapan Kos 

AT-Spark mempunyai sistem pacuan berbilang slu dan tiub tork oktagon, meningkatkan kekakuan sebanyak 40%, kekuatan sebanyak 50% dan dalam masa yang sama mengurangkan kos bahan sebanyak 30%. Reka bentuk teroptimum mengupayakan jangkauan penjejak 143 m, lalu mengurangkan penggunaan cerucuk sebanyak 20%. Dengan pilihan aci 145 mm dan 170 mm, AT-Spark mencapai penyesuaian dengan pelbagai rupa bumi dan keadaan angin.

Bearing dwisfera yang baru dipatenkan ini melaraskan secara automatik cerun rupa bumi, lalu meminimumkan penjajaran manual. Perumah bearing modular yang dapat dipasang dengan pantas meningkatkan kecekapan pemasangan sebanyak 25%, lalu memendekkan masa pembinaan dengan ketara dan mengurangkan kos buruh.

Sistem Kawalan SmartTrail™: Meningkatkan ROI dengan Kecerdasan

Dilengkapi dengan sistem kawalan SmartTrail™, AT-Spark mengintegrasikan algoritma penjejakan termaju daripada Antaisolar untuk mengoptimumkan sudut modul berdasarkan iradians langsung, resap dan terpantul, seterusnya meningkatkan hasil tenaga dengan berkesan. Sistem ini merangkum empat mod perlindungan pintar terhadap keadaan cuaca ekstrem. Setelah lulus 42 ujian ekstrem, ia menawarkan perlindungan IP65/IK07, cip gred-perindustrian dan komunikasi data tersulit. Aplikasi mudah alih, SCADA Station dan SCADA Remote mengupayakan pemantauan pada masa nyata, kawalan jarak jauh serta pengurusan O&M pintar.

AT-Spark: Penyelesaian Kitaran Hayat Sehenti

Selain penjejak, AT-Spark menyediakan penyelesaian sehenti yang meliputi reka bentuk, pembuatan, penghantaran, pemasangan dan perkhidmatan pasca jualan. Disokong oleh rantaian bekalan global, penghantaran alat ganti 24–48 jam dan pasukan teknikal tempatan, Antaisolar memastikan keandalan dalam tempoh jangka panjang dan memaksimumkan nilai pelanggan.

"AT-Spark merupakan lebih daripada sekadar produk—ia menjadi visi kami untuk masa depan Loji Solar Skala-Utiliti," kata Jasmine Huang, Ketua Pegawai Eksekutif Antaisolar. "Kami akan terus Mewujudkan Dunia Hijau (Raise a Green World) menerusi penyelesaian solar yang bernilai tinggi dan dipacu inovasi."

Latar Belakang Antaisolar 

Antaisolar, pakar bagi penyelesaian sistem pemasangan PV pintar digital, telahpun menghantar 41.7 GW sistem pemasangan solar ke seluruh dunia, menduduki tempat 9 Teratas bagi penghantaran sistem penjejakan di seluruh dunia mengikut S&P. Ditubuhkan pada tahun 2006, syarikat ini merupakan peneraju pasaran di Jepun, Australia, Chile, Mexico dan Asia Tenggara.

Tonton video pelancaran di sini: https://www.youtube.com/@Antaisolar-pvmountingsystem

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi: https://www.antaisolar.com/

Source: Antai Solar
Keywords: Alternative Energies Computer/Electronics Entertainment Environmental Products & Services Green Technology Mobile Entertainment Telecommunications Utilities New products/services