![]() |
NEW YORK, 14 November 2025 /PRNewswire/ -- Tribesigns, iaitu pengilang dan peruncit perabot yang terkenal di peringkat global, dengan sukacitanya mengumumkan pelancaran barisan produk baharu - siri lampu bagi memenuhi keperluan gaya hidup dan fungsian berbilang peringkat oleh pengguna.
Penampilan sulung siri lampu daripada Tribesigns ini menyaksikan kemuncak penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang berdedikasi selama bertahun-tahun. Berpandukan falsafah berpusatkan pengguna dan standard kualiti yang ketat, Tribesigns mencipta koleksi produk lampu yang komprehensif dan pelbagai yang mengharmonikan kefungsian dengan estetika reka bentuk. Sebagai barisan produk lampu yang pertama daripada jenama ini, produk-produk ini direka dengan teliti bagi memperkayakan kehidupan seharian sekali gus memenuhi keperluan praktikal dan juga emosi.
Koleksi lampu Tribesigns yang baru dilancarkan membawakan peranekaan yang banyak dan pelbagai, termasuk lampu pasang sedatar, candelier, lampu pendan, lampu, lampu solek, pendakap lampu, kipas siling dan lampu dinding luar. Reka bentuk ini bersama-sama menerangi setiap sudut rumah, memancarkan kilauan yang hangat dan lembut yang mengingatkan kepada cahaya matahari pada musim bunga.
"Produk lampu baharu kami sesuai untuk semua ruang rumah, seperti ruang tamu, bilik tidur, dapur, ruang makan, bilik mandi dan ruang belajar," kata Peter Wang, Ketua Pegawai Eksekutif Tribesigns. "Ia menggabungkan secara sempurna praktikaliti dengan estetika reka bentuk yang bukan sahaja dapat memenuhi tuntutan pencahayaan asas tetapi juga memenuhi kehendak emosi dalaman pengguna — termasuk pembentukan semula visual ruang, pelarasan mood dan keadaan, serta ekspresi gaya peribadi. Sama seperti siri perabot Tribesigns, kebanyakan produk lampu kami direka secara unik dan tidak dapat ditemui di tempat-tempat lain di pasaran."
Dengan "Pencahayaan Direka Untuk Kehidupan" sebagai slogan untuk siri baharu ini, Tribesigns mengesahkan sekali lagi komitmennya untuk menyediakan pencahayaan berkualiti tinggi yang menyatukan elemen praktikaliti dengan estetika — kesemuanya sambil tetap meningkatkan kualiti keseluruhan dalam kehidupan seharian.
Siri lampu Tribesigns merupakan penambahan yang strategik kepada produk perabot rumah dan pejabat sedia ada. Komitmen asalnya bagi memberikan pengalaman rumah yang mesra dan selesa untuk kumpulan pengguna yang luas tetap teguh dan komitmen ini terus menjadi prinsip panduan terhadap usahanya yang berterusan.
Untuk maklumat terperinci mengenai siri lampu Tribesigns, sila kunjungi:
Laman Web Rasmi:
https://tribesigns.com/pages/lighting
Amazon Store:
https://www.amazon.com/stores/page/89863E9F-B80B-4A3A-9B90-E7AB9DEE24F5
Latar Belakang Tribesigns
Tribesigns ialah pereka dan pengilang perabot global yang terkemuka. Dengan slogan 'Direka Untuk Kehidupan', falsafahnya berkisarkan kepelbagaian dalam gaya hidup peribadi dan kepentingan membuat pilihan mesra alam.
Tribesigns dikenali secara meluas kerana reka bentuk perabotnya yang tersendiri dan elegan. Kebanyakan modelnya yang terkini adalah eksklusif untuk jenama ini dan menawarkan item unik yang menggabungkan ciri keindividuan, mutu ketukangan dan gaya tak lapuk dek zaman.