omniture

SinoGuide: Platform Perkhidmatan Pintar Sehenti untuk Warga Asing Dilancarkan

CRI Online
2025-11-14 13:19 7

BEIJING, 14 November 2025 /PRNewswire/ -- Laporan berita daripada CRI Online: 

Tanggal 7 November, bertempat di Sidang Kemuncak Wuzhen Persidangan Internet Dunia pada tahun ini, SinoGuide app yang dibangunkan di bawah bimbingan bersama Pentadbiran Ruang Siber China dan Pentadbiran Imigresen Kebangsaan, telahpun dilancarkan secara rasmi. Ia tersedia secara serentak di gedung aplikasi Android yang utama.

Scan the QR code in the bottom right corner to download the app
Scan the QR code in the bottom right corner to download the app

Aplikasi baharu ini mengintegrasikan dasar, garis panduan, berita dan pembelajaran bahasa, antara lain. Tersedia dalam bahasa Cina dan juga bahasa Inggeris, ia menyediakan maklumat dan kemas kini yang berwibawa dalam bidang-bidang seperti hal ehwal kerajaan, kehidupan seharian, ekonomi serta sains dan teknologi kepada warga asing, termasuk mereka yang merancang untuk datang ke China dan mereka yang sudahpun berada di negara ini.

Aplikasi ini turut membawakan 31 fungsi perkhidmatan dalam talian yang biasa digunakan, seperti yang meliputi perkhidmatan pembayaran, pengangkutan, penjagaan kesihatan dan pendidikan. Melalui aplikasi ini, pengguna boleh mengakses perkhidmatan yang paling diperlukan oleh warga asing di China, seperti pertanyaan dasar keluar-masuk, peringatan inap, carian kadar pertukaran, pembayaran dalam talian, e-panggilan, penghantaran makanan, pembayaran perbelanjaan sara hidup dan pembelajaran bahasa.

Ia juga berupaya menterjemahkan antara muka bahasa Cina serta-merta bagi memberikan sokongan bahasa untuk menggunakan aplikasi Cina, seterusnya membantu pengguna bukan Cina merasai kehidupan digital China yang cekap, mudah dan mesra dengan lebih baik.

Memandang ke hadapan, fungsi aplikasi ini akan dioptimumkan dan ditingkatkan selanjutnya, dengan versi iOS akan dilancarkan dalam masa terdekat dan tersedia di gedung aplikasi antarabangsa.

Source: CRI Online
Keywords: Mobile Entertainment Publishing/Information Service Travel New products/services