KUALA LUMPUR, Malaysia, 14 November 2025 /PRNewswire/ -- Malaysia telah melangkah ke fasa penting dalam memperkukuh ekosistem industri masa depan dengan penganjuran julung kali Sidang Kemuncak Selangor Techsphere 2025 (STS 2025) yang berlangsung baru-baru ini di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).
From left to right : Mr. Nazri Noh (Chairman, Selangor Technical Skill Development Centre/STDC), YBhg. Dato' Ts. Saipolyazan M Yusop (Group Chief Executive Officer, Menteri Besar Selangor (Incorporation)), YAB Dato' Seri Amirudin Shari (Chief Minister Of Selangor), YAB Dato' Sri Fadillah Yusof (Deputy Prime Minister of Malaysia), Tim Bostridge (Managing Director Hannover Fairs Australia / Asia Pacific), Dr. Harizal Hamid (CEO Selangor Technical Skills Development Centre/STDC)
Sidang kemuncak berprestij ini dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Selangor melalui Pusat Pembangunan Teknikal Selangor (STDC) dengan kerjasama Deutsche Messe, peneraju global di bawah jenama Hannover Messe. Penganjuran ini menandakan langkah strategik Selangor dalam menempatkan Malaysia di pentas dunia sebagai hab inovasi dan teknologi industri termaju.
Lebih 2,000 delegasi dan pengunjung dari lebih 20 negara dijangka hadir, termasuk tokoh industri dan pembuat dasar dari ASEAN, China, Jepun, Korea, Eropah dan Timur Tengah. Antara penyertaan utama ialah syarikat peneraju global seperti Siemens, KNX, Festo serta pelbagai pemain industri teknologi canggih yang lain.
Program Persidangan dan Ucaptama
Persidangan selama dua hari ini akan menghimpunkan pakar antarabangsa dan tempatan dengan strategi sebenar dalam penerapan teknologi, kelestarian, serta pembangunan tenaga kerja industri.
Penceramah utama termasuk:
Sesi persidangan bakal meneroka:
Pameran dan Inovasi Interaktif
Pameran utama STS 2025 akan menampilkan sistem industri sebenar serta demonstrasi interaktif daripada inovator global dan tempatan. Para pengunjung berpeluang merasai pengalaman secara langsung dalam bidang robotik, kecerdasan buatan (AI) industri, kilang pintar berteknologi 5G, model pengeluaran cekap tenaga, serta konsep taman pintar lestari.
Peserta turut mendapat akses kepada latihan bertauliah HRD Corp dan laluan pembangunan tenaga kerja, membolehkan syarikat menuntut geran latihan sambil memperkukuh kemahiran masa depan tenaga kerja masing-masing.
Selain itu, program khas jaringan dan padanan perniagaan (business matching) akan menjadi platform menghubungkan pengeluar, pelabur, syarikat teknologi serta rakan kongsi antarabangsa bagi membuka ruang kerjasama strategik baharu.
Acara ini turut diserikan dengan Selangor Techsphere Innovation Competition 2025 (STIC 2025) yang dianjurkan bersama institusi pengajian tinggi tempatan dan industri bagi mengetengahkan bakat muda Malaysia dalam bidang kejuruteraan, penyelidikan AI, dan reka bentuk industri.
Kerajaan, Industri dan Perkongsian Global
Dengan sokongan padu daripada STDC, MBOT, dan HRD Corp, sidang kemuncak ini sejajar dengan aspirasi Rancangan Induk Perindustrian Baharu Malaysia 2030 (NIMP 2030) serta kerangka Industry4WRD.
Perkongsian strategik bersama Deutsche Messe turut menempatkan Selangor dan Malaysia dalam rangkaian global yang sama dengan negara-negara maju di Eropah, sekali gus memperkukuh hubungan dan pemindahan teknologi rentas sempadan.
Menurut YAB Dato' Seri Amirudin Bin Shari, Menteri Besar Selangor,
"Pada hari ini, kita menyaksikan satu langkah rintis dalam landskap perindustrian Malaysia. Sidang kemuncak julung kali ini bukan sekadar persidangan, tetapi batu loncatan yang menggerakkan peluang dan kerjasama baharu. Menyaksikan para inovator bertaraf dunia, peneraju industri dan bakat generasi masa depan berkumpul di Kuala Lumpur amat membanggakan.
Selangor mengalu-alukan dunia untuk menyaksikan komitmen kami dalam sektor pembuatan maju, teknologi bersih dan pembangunan bakat berkemahiran. Di sinilah lahirnya idea yang merungkai cabaran, dan cita-cita diterjemah kepada kemajuan. Kita tidak menunggu masa depan tiba — kita sedang melakarnya di sini, bersama rakan kongsi global dan inovator tempatan."
Memacu Transformasi Perindustrian di Malaysia
Penganjuran Sidang Kemuncak Selangor Techsphere 2025 memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai peneraju industri serantau, bertepatan dengan peranan negara sebagai Pengerusi ASEAN 2025. Ia memperteguh peranan Selangor sebagai hab serantau bagi sektor pembuatan, logistik, penerapan teknologi, dan pembangunan tenaga kerja berkemahiran tinggi.
Platform Kerjasama dan Pengiktirafan Global
STS 2025 bukan sekadar penanda aras baharu pencapaian negara, malah mencerminkan keupayaan Malaysia untuk berdiri seiring dengan kuasa industri global. Sidang kemuncak ini menonjolkan komitmen Malaysia terhadap pertumbuhan lestari, inovasi, dan daya saing industri, sekali gus mengangkat Selangor ke pentas dunia sebagai hab pembuatan maju, teknologi pintar, dan pembangunan bakat masa depan.
Pendaftaran dan Penyertaan
Pas untuk delegasi dan pengunjung industri boleh didapati di www.selangortechsphere.com.
Penginapan rasmi dan perkhidmatan konsierj bakal disediakan oleh Burnaby Solutions.
Mengenai Sidang Kemuncak Selangor Techsphere 2025
Sidang Kemuncak Selangor Techsphere 2025 menjadi platform utama Malaysia dalam transformasi industri, dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Selangor serta kendalian bersama oleh STDC dengan kerjasama Deutsche Messe. Dengan sokongan MBI Selangor, MBOT dan HRD Corp, acara ini menghubungkan dasar negara dengan tindakan industri, memacu automasi, kelestarian, dan pembangunan tenaga kerja dalam landskap pembuatan di Malaysia secara menyeluruh.