—— FAMSUN Melancarkan Jenama Baharu Premiumnya
YANGZHOU, China, 14 November 2025 /PRNewswire/ -- Tanggal 12 November 2025, FAMSUN Co., Ltd., penggiat yang terkemuka di peringkat global dalam industri peralatan agrimakanan mengadakan sebuah majlis pelancaran global untuk jenama premiumnya FAMSCEND di Yangzhou, di tempat letaknya ibu pejabatnya. Acara ini, yang bertemakan "Innovate • Ascend • Nourish" ("Berinovasi • Mendaki • Menyuburkan") menghimpunkan lebih 160 pemimpin industri dan rakan kongsi daripada sektor-sektor makanan bermutu tinggi dan makanan haiwan peliharaan di dunia untuk menyaksikan perjalanan sulung jenama ini. Ia juga merupakan penyertaan rasmi FAMSUN ke dalam industri peralatan untuk makanan haiwan peliharaan dan makanan yang menyihatkan manusia, seterusnya memulakan anjakan strategik daripada kepimpinan skala kepada panduan nilai.
Jack CHEN, Presiden FAMSUN, menyatakan, "FAMSCEND akan mengkhusus dalam peralatan pemprosesan untuk makanan haiwan peliharaan dan makanan yang menyihatkan manusia, komited untuk mencipta nilai mampan buat pelanggan global melalui empat keupayaan teras - inovasi, sistematisasi, pendigitalan dan juga simbiosis." Jason FAN, Naib Presiden FAMSUN, menambah, "Jenama baharu ini akan memperkasakan pelanggan global dengan penyelesaian yang lebih stabil, cekap dan pintar."
Semasa majlis pelancaran, seminar mengenai teknologi canggih untuk industri ini turut diadakan yang memfokuskan pada pembuatan hijau serta arah aliran pintar. Penyelesaian yang komprehensif dan konsep simbiotik FAMSCEND benar-benar diiktiraf oleh pelanggan globalnya.