omniture

LianLian Global Pamer Penyelesaian LGPS di Festival FinTech Singapura

LianLian Global
2025-11-15 00:28 8

Memudahkan pembayaran dan aliran dana rentas sempadan yang lebih pantas, patuh dan lebih pintar

SINGAPURA, 15 November 2025 /PRNewswire/ -- LianLian Global, platform fintech (teknologi kewangan) rentas sempadan dan jenama pembayaran antarabangsa Lianlian DigiTech, menonjolkan penyelesaian pembayaran dipacu teknologi yang terkini di Festival FinTech Singapura (SFF) 2025. Acara ini berlangsung mulai 12 hingga 14 November bertempat di Singapore Expo yang menyaksikan tahun keempat berturut-turut syarikat ini berada di acara fintech global yang ulung ini.

Di reruainya, LianLian Global membawakan LianLian Global Payout Service (LGPS), iaitu penyelesaian infrastruktur termaju yang memperkasakan penyedia perkhidmatan pembayaran rentas sempadan (PSP), bank dan institusi kewangan berlesen yang lain untuk menyediakan perkhidmatan pembayaran global. Melalui integrasi API tunggal, LGPS mengupayakan pembayaran dibuat ke China dan destinasi global lain selain memberikan pengalaman lancar yang dicirikan oleh ketelusan, keselamatan, kecekapan dan kebolehkesanan yang lebih tinggi.

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, Singapura menjadi hab kewangan global yang diiktiraf dan dinamik, serta berfungsi sebagai asas bagi pengembangan Lianlian DigiTech di pasaran Asia Tenggara.

Pada tahun 2018, Lianlian DigiTech mengukuhkan kedudukan entiti Singapura sebagai hab serantau dan memanfaatkannya sebagai pangkalan strategik untuk melancarkan operasi di Thailand, Indonesia serta Vietnam melalui entiti tempatan. Pada September 2021, subsidiari Singapura, STARLINK menerima lesen Institusi Pembayaran Utama daripada Penguasa Kewangan Singapura, seterusnya mengukuhkan lagi kedudukan kawal selianya di rantau ini.

Pada tahun 2019, LianLian Thailand memperoleh dua lesen daripada Bank of Thailand di bawah Akta Sistem Pembayaran—satu lesen meliputi perkhidmatan pembayaran kad dan satu lagi meliputi perkhidmatan pemerolehan, pemudahan-pembayaran dan penerimaan-dana-bagi-pihak. Sejak itu, LianLian Thailand mewujudkan infrastruktur pembayaran tempatan yang komprehensif dengan mengintegrasikan skim kad domestik, saluran perbankan, e-dompet serta gerbang dompet antarabangsa. Ini seterusnya mengupayakan pelancaran suit penyelesaian yang lengkap, termasuk pemerolehan peniaga di-kedai, pemerolehan kedai/aplikasi kendiri dalam talian dan perkhidmatan pembayaran sebagai respons kepada keperluan pembayaran perniagaan domestik dan juga antarabangsa.

Dalam September 2021, LianLian Global melancarkan perkhidmatan kutipannya di Vietnam, dengan berkolaborasi bersama institusi-institusi kewangan tempatan untuk menyediakan perkhidmatan kutipan rentas sempadan yang patuh, diperkemas dan cekap untuk penjual e-dagang rentas sempadan Vietnam. Dalam September 2022, LianLian Global memperkenalkan perkhidmatan penerimaan pembayarannya untuk peniaga Vietnam bagi menangani cabaran pemerolehan yang dihadapi oleh penjual rentas sempadan tempatan dengan penyelesaian komprehensif yang mengintegrasikan saluran penerimaan pembayaran kad dan pembayaran antarabangsa.

Source: LianLian Global
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics New products/services Trade show news Financial Technology