![]() |
SINGAPURA, 15 November 2025 /PRNewswire/ -- XTransfer, Platform Pembayaran Perdagangan Rentas-Sempadan B2B Terkemuka di Dunia dan KBank, sebuah institusi kewangan serantau yang terkemuka dalam pasaran AEC+3, mengumumkan penandatanganan memorandum persefahaman (MoU) di Festival FinTech Singapura 2025. Perkongsian ini bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kewangan rentas sempadan sehenti untuk PKS yang terlibat dalam perdagangan antarabangsa merentas pasaran ASEAN yang utama. Kolaborasi ini akan memfokuskan pada penyelesaian pembayaran domestik dan rentas sempadan, penukaran FX dan integrasi operasi bagi meningkatkan kecekapan perdagangan dan menyokong pertumbuhan PKS.

Bill Deng, Founder and CEO of XTransfer (Left) and Dr Karin Boonlertvanich, Executive Vice President - Corporate Strategy and Innovation Division Head at KBank (Right), signed an MOU during the Singapore Fintech Festival.
Berdasarkan MoU ini, pihak-pihak akan saling bekerjasama untuk menilai dan membangunkan penyelesaian pembayaran rentas sempadan yang komprehensif, termasuk kutipan dan pembayaran domestik dan rentas sempadan, selain penukaran asing yang direka khusus untuk PKS yang beroperasi di seluruh ASEAN, termasuk Thailand, Indonesia, dan Vietnam. Dengan menggunakan antara muka pengaturcaraan aplikasi (API) dan platform digital, XTransfer dan KBank bermatlamat untuk memudahkan penukaran FX dan pemprosesan transaksi yang automatik, pada masa nyata dan lancar. Kolaborasi teknologi ini bertujuan untuk meningkatkan kebolehskalaan, kecekapan dan keandalan untuk pelanggan yang terlibat dalam perdagangan rentas sempadan.
Perkongsian ini menjangkakan integrasi operasi yang lebih erat antara XTransfer dan KBank. Ini akan melibatkan ketersambungan sistem yang dipertingkat, format pelaporan terpiawai dan pemprosesan terus bagi meningkatkan pengurusan risiko dan prestasi perkhidmatan. Di samping itu, bagi menyokong keperluan modal kerja pelanggan, XTransfer dan KBank akan menilai selanjutnya penyelesaian pemberian pinjaman untuk peniaga Cina bagi meningkatkan capaian kepada pembiayaan dan memperkemas perjalanan pelanggan.
Bill Deng, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif XTransfer, berkata, "Kolaborasi bersama KBank ini merupakan satu lagi pencapaian penting dalam misi kami untuk menjadikan perdagangan rentas sempadan lebih cekap dan inklusif untuk PKS di seluruh ASEAN. Dengan menggabungkan kekuatan serantau KBank, kami bermatlamat untuk membantu pelanggan mengurangkan kos, meningkatkan aliran tunai dan meningkatkan kecekapan transaksi. Kami akan terus memperkukuh pematuhan dan pengurusan risiko bagi membina infrastruktur kewangan rentas sempadan yang dipercayai untuk pelanggan kami."
Dr. Karin Boonlertvanich, Naib Presiden Eksekutif - Ketua Bahagian Strategi Korporat dan Inovasi di KBank, berkata, "Perdagangan dan perniagaan rentas sempadan di ASEAN berkembang pada kadar 8%, dipacu oleh kemajuan pesat dalam teknologi digital dan kecerdasan buatan (AI). Transformasi digital ini memberikan peluang pertumbuhan yang belum pernah terjadi sebelumnya untuk perusahaan bersaiz kecil dan sederhana (PKS), lalu membolehkan perusahaan ini berkembang dengan cekap dan dalam masa yang sama mengurangkan kos perbankan transaksional dan juga mengurangkan risiko yang berkaitan."
Berdasarkan trajektori pertumbuhan yang kukuh dalam perdagangan rentas sempadan dan kemunculan XTransfer sebagai platform pembayaran perdagangan rentas sempadan B2B yang terkemuka di dunia, KBank berbangga untuk memeterai kolaborasi yang strategik ini. Dengan mengintegrasikan rangkaian serantau KBank yang mantap—mencakupi Thailand, Vietnam, Indonesia dan China—dengan penyelesaian digital termaju daripada XTransfer, kami menyasarkan untuk menyediakan perkhidmatan kewangan rentas sempadan yang lancar, terjamin dan berkesan kos. Perkongsian ini dirancang untuk memperkasakan PKS bagi meluaskan jangkauan, meningkatkan kecekapan operasi serta memperkukuh daya saingnya di pasaran global.