![]() |
SINGAPURA, 16 November 2025 /PRNewswire/ -- Pan Pacific Hotels Group (PPHG) dengan bangganya mengumumkan pelantikan Celine Du sebagai Ketua Pegawai Komersial dan Pemasaran berkuat kuasa 1 November 2025.
Seorang ahli strategi komersial berpengalaman yang pengalamannya mencapai lebih tiga dekad lamanya dengan beberapa jenama hotel mewah yang paling berprestij di dunia, Celine membawakan kepakaran mendalam dalam memacu pertumbuhan hasil, memperkukuh ekuiti jenama dan membina pasukan berprestasi tinggi.
Dengan jawatan baharunya, Celine akan menyelia strategi dan prestasi komersial PPHG di peringkat korporat dan juga hartanah merentasi portfolio jenama Pan Pacific, PARKROYAL COLLECTION dan PARKROYAL bagi memaksimumkan penjanaan serta pertumbuhan hasil. Di samping itu, beliau akan memacu pengurusan saluran, kesetiaan dan perkongsian global bagi meningkatkan jangkauan komersial serta keterlibatan pelanggan Kumpulan ini.
En. Choe Peng Sum, Ketua Pegawai Eksekutif PPHG, berkata: "Celine ialah seorang pemimpin yang luar biasa dengan rekod prestasi yang terbukti dalam membentuk strategi komersial inovatif dan dipacu data yang tekal memberikan hasil yang mantap. Kebolehannya menyatukan pasukan global di sebalik visi prestasi dan inovasi yang dikongsi bersama akan memainkan peranan penting tatkala PPHG memperluas jejak antarabangsanya dan mengukuhkan kehadiran jenamanya di seluruh dunia. Celine akan membangunkan dan membimbing pasukan global kami dalam budaya prestasi, kolaborasi dan inovasi yang menjadi aspek penting kepada fokus Kumpulan ini terhadap pengurusan dan pembangunan bakat."
Pelantikan Celine dibuat semasa tempoh yang transformatif untuk PPHG, susulan penjenamaan semula tiga jenama terasnya baru-baru ini iaitu Pan Pacific, PARKROYAL COLLECTION dan PARKROYAL, selain fokus yang diperbaharui ke atas kecemerlangan komersial bersepadu. Beliau akan memainkan peranan penting dalam memajukan strategi kedudukan jenama dan keterlibatan pelanggan global Kumpulan ini bagi memastikan setiap jenama terus menarik minat pengembara yang arif pada masa ini.
"Saya berbesar hati dapat menyertai Pan Pacific Hotels Group pada peringkat yang begitu mengujakan dalam perjalanan pertumbuhannya. Warisan jenama Kumpulan yang kukuh dan komitmennya kepada inovasi dan layanan baik yang tulus memberikan peluang yang besar untuk meningkatkan strategi komersial dan pemasaran kami di peringkat global. Saya berharap dapat bekerjasama dengan pasukan berbakat kami di seluruh rantau untuk memacu prestasi, memperdalam kesetiaan tetamu dan mengukuhkan kehadiran kami di pasaran-pasaran utama," kata Celine.
Sebelum menyertai PPHG, Celine memegang jawatan kepimpinan kanan di Mandarin Oriental Hotel Group dan Shangri-La Hotels and Resorts yang melaluinya beliau menerajui inisiatif komersial dan pemasaran global yang meningkatkan kehadiran jenama, mengukuhkan bahagian pasaran serta merealisasikan pertumbuhan hasil yang mampan di seluruh China dan juga pasaran-pasaran antarabangsa yang utama.
Latar Belakang Pan Pacific Hotels Group
Pan Pacific Hotels Group ialah sebuah syarikat hospitaliti global yang memiliki dan mengurus lebih 50 hotel, pusat peranginan dan suite servis yang terdiri daripada tiga jenama – "Pan Pacific", PARKROYAL COLLECTION dan PARKROYAL di lebih daripada 30 bandar di seluruh Asia Pasifik, Amerika Utara, Afrika dan Eropah. Beribu pejabat di Singapura, ia merupakan ahli UOL Group Limited yang disenaraikan di Singapura.
Pan Pacific Hotels and Resorts menyampaikan perkhidmatan yang tulus dan bersopan santun kepada setiap tetamu dengan keghairahan untuk mencapai kecemerlangan.
PARKROYAL COLLECTION Hotels & Resorts didorong oleh keghairahan kami terhadap kehidupan dan kelestarian.
PARKROYAL Hotels & Resorts dibezakan oleh keghairahannya terhadap orang ramai dan tempat, membawa keasyikan kepada setiap tetamu dalam budaya tempatan dan asli.
Kunjungi www.panpacific.com.
Pan Pacific Discovery
Pan Pacific DISCOVERY ialah program kesetiaan yang dirancang untuk meningkatkan pengalaman setiap tetamu. Ahli-ahli boleh menikmati faedah DISCOVERY Dollars (D$), mata wang ganjaran digital mesra pengguna, memberikan diskaun eksklusif untuk kadar bilik, pengalaman menjamu selera dan banyak lagi. Dengan perkembangan setiap peringkat, ahli-ahli meningkatkan status mereka bagi mendapatkan keistimewaan yang dipertingkat dan peluang untuk memperoleh dan membelanjakan D$ ke atas kemudahan dan pengalaman hotel premium, termasuk outlet menjamu selera yang dimiliki oleh Pan Pacific Hotels Group di seluruh dunia. Pan Pacific DISCOVERY merupakan ahli Global Hotel Alliance (GHA), iaitu perikatan hotel bebas yang terbesar di dunia dengan 40 jenama dan lebih 800 hotel di serata dunia. Untuk menjadi ahli, kunjungi panpacific.com.