omniture

YOFC Indonesia Raikan 10 Tahun Pacu Ketersambungan Tempatan dan Pertumbuhan Inklusif

YOFC
2025-11-16 00:24 6

JAKARTA, Indonesia, 16 November 2025 /PRNewswire/ -- YOFC Indonesia menyambut ulang tahunnya yang ke-10 pada 13 November yang menonjolkan sedekad perkongsian dalam transformasi digital Indonesia. Sebagai kemudahan pembuatan gentian optik pertama di Asia Tenggara dan asas bagi pengembangan antarabangsa YOFC, operasi Indonesia berkembang daripada projek perintis menjadi pengupaya yang utama dalam infrastruktur digital, pertumbuhan ekonomi dan pembangunan komuniti sepanjang dekad yang lalu.


Sejak penubuhannya pada tahun 2015, YOFC Indonesia berkembang bermula daripada sebuah tapak yang belum dibangunkan menjadi hab pembuatan gentian optik dan kabel moden yang bertaraf dunia. Perjalanannya bermula dengan pelancaran YOFI di Jakarta, diikuti dengan penubuhan PT Yangtze Optics Indonesia di Karawang pada tahun 2017 – satu pencapaian penting yang melengkapkan sistem pengeluaran gentian optik dan kabel rantaian nilai penuh untuk YOFC di Indonesia. Setelah memulakan pembuatan kabel pada tahun 2018 dan menyempurnakan pengembangan kapasiti fasa kedua pada tahun 2022, kemudahan ini kini membawakan barisan pengeluaran automatik sepenuhnya dan pasukan yang terdiri daripada lebih 500 ahli profesional tempatan berkemahiran tinggi, lantas memperkukuh kedudukannya sebagai pusat kecemerlangan serantau bagi pembuatan komunikasi optik.

Sebagai penyumbang utama dalam merapatkan jurang digital Indonesia, YOFC Indonesia memainkan peranan penting dalam pembinaan infrastruktur maklumat dan komunikasi negara ini. Setakat ini, syarikat ini menggunakan lebih 28,000 kilometer kabel optik merentas lebih 80 bandar yang meliputi pulau-pulau utama Indonesia dan turut menyediakan capaian jalur lebar gentian berkelajuan tinggi kepada hampir dua juta isi rumah. Dengan menyetempatkan pengeluaran dan memindahkan teknologi, YOFC bukan sahaja meningkatkan kebingkasan rantaian bekalan serantau bahkan turut menyokong kemajuan keupayaan pembuatan serta penyelidikan dan pembangunan (R&D) komunikasi Indonesia.

Perjalanan sepanjang 10 tahun ini turut ditakrifkan oleh sumbangan ekonomi dan sosial yang nyata. YOFC Indonesia mencipta lebih 1,000 peluang pekerjaan langsung dan melalui perkongsian bersama lebih 400 pembekal tempatan, berupaya mencipta tambahan 4,000 peluang pekerjaan tidak langsung. Selain mencipta peluang pekerjaan, syarikat ini melaksanakan program latihan vokasional dan pembangunan bakat berstruktur, serta melengkapkan pekerja dengan kepakaran khusus dalam komunikasi optik. Tumpuan pada penyetempatan bakat ini sejajar dengan komitmen global YOFC untuk berintegrasi dengan budaya tempatan serta membina operasi yang mampan.

Pengarah Eksekutif dan Presiden YOFC Zhuang Dan berkata, "Ulang tahun ke-10 YOFC Indonesia bukan sahaja menjadi satu pencapaian penting korporat tetapi juga komitmen jangka panjang kami terhadap kemajuan Indonesia. Berpandukan perspektif global dan keterlibatan tempatan kami yang mendalam, kami berkembang seiring bersama komuniti, memperluas akses digital, memacu inovasi teknologi dan membina kemakmuran bersama. Perjalanan ini menggambarkan nilai-nilai teras YOFC iaitu tumpuan pelanggan, inovasi dan tanggungjawab korporat."

Sejajar dengan komitmen ESG dan keahliannya dalam United Nations Global Compact, YOFC Indonesia mengintegrasikan prinsip-prinsip kemampanan dalam seluruh operasinya. Bermula dengan menyokong inisiatif jalur lebar nasional hinggalah memperluas latihan kemahiran dan guna tenaga yang inklusif, tindakan syarikat ini sejajar dengan agenda transformasi digital Indonesia. Memandang ke hadapan, YOFC akan terus membina keupayaan pengeluaran setempatnya dan kepimpinan teknologi, memperdalam jejak serantaunya di seluruh Asia Tenggara dan berkolaborasi dengan rakan kongsi di seluruh dunia bagi menyediakan sambungan gentian generasi akan datang yang andal.

Tatkala YOFC Indonesia memasuki dekad keduanya, ia tetap berdedikasi untuk memperkasakan ekonomi digital Indonesia, merapatkan jurang pembangunan serantau dan mencipta nilai yang berkekalan untuk masyarakat setempat, pelanggan dan juga rakan kongsi.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi https://en.yofc.com/.

IKUTI KAMI:
LinkedIn https://www.linkedin.com/company/yangtze-optical-fibre-and-cable/ 

Source: YOFC
Related Stocks:
HongKong:6869 Shanghai:601869
Keywords: Computer Hardware Computer Networks Computer/Electronics Telecommunications Broadcast feed announcements