Sidang Kemuncak & Majlis Penyampaian Anugerah Chinese Insurance Agency 500 (CIA500) 2025 Berakhir dengan Kejayaan Hebat
BANGKOK, 15 November 2025 /PRNewswire/ -- Sidang Kemuncak & Majlis Penyampaian Anugerah Chinese Insurance Agency 500 (CIA500) 2025, satu perhimpunan yang ulung untuk kepimpinan insurans telahpun diadakan mulai 12 hingga 14 November di Bangkok, Thailand. Bandar yang meriah dan kaya budaya ini menyediakan suasana yang memberi inspirasi untuk acara yang amat dinanti-nantikan ini yang menghimpunkan kira-kira 500 eksekutif kanan dan ketua pasukan terkemuka daripada institusi-institusi insurans kewangan global yang utama. Para peserta terlibat dalam pertukaran falsafah kepimpinan dan pandangan pengurusan yang dinamik, meneroka secara kolektif arah aliran industri pada masa akan datang dan mengesahkan sekali lagi komitmen mereka untuk memupuk pertumbuhan mampan dan pembangunan sektor insurans kewangan global yang mantap.
Tema teras bagi Sidang Kemuncak pada tahun ini, "Pembinaan Asas Kukuh Menjadi Kuncinya" menekankan prinsip kejayaan yang kritikal. "Asas yang Kukuh" menandakan komitmen yang teguh terhadap pembangunan jangka panjang dalam profesion insurans. Ia merangkum prinsip bahawa kejayaan yang berterusan oleh sesebuah pasukan haruslah dibina berdasarkan asas yang kukuh, termasuk memupuk keupayaan rakan kongsi yang komprehensif, mewujudkan sistem pasukan yang teguh dan mengumpul sumber pelanggan yang berharga. "Penghematan Masa Depan yang Strategik" melengkapi prinsip ini dengan menegaskan usaha tidak henti-henti untuk mencapai kecemerlangan profesional, peningkatan kualiti perkhidmatan yang berterusan dan dorongan untuk berinovasi dan beradaptasi dalam rangka kerja yang kukuh.
Dalam ucapan pembukaannya, En. Liang Tien Lung, Pengerusi Pengasas bagi Sidang Kemuncak CIA500 menyatakan dengan jelas prinsip kepimpinan pusat: "Semakin jelas visi seseorang tentang masa depan dan semakin besar keupayaan seseorang untuk bermula dengan matlamat yang jelas, maka semakin pentinglah adanya asas yang kukuh." Beliau menegaskan bahawa penghematan masa depan yang luar biasa, digandingkan dengan pemikiran dan tingkah laku strategik yang terus-menerus diperhalusi, penting untuk para pemimpin mengemudi pasukan mereka menuju kejayaan yang berkekalan.
Bersetuju dengan sentimen ini, penceramah ucaptama yang pertama, Pengerusi En. Tan Kar Hor, berucap mengenai cabaran kepimpinan yang biasa dihadapi. Beliau menyatakan bahawa walaupun kepentingan "asas yang kukuh" diperakui secara meluas, kaedah pelaksanaan yang sistematik sering kali kurang direalisasikan. Bagi merapatkan jurang ini, beliau memperkenalkan rangka kerja komprehensif yang terdiri daripada 32 petunjuk pentaksiran kendiri yang dirancang untuk memperkasakan ketua pasukan bagi menilai secara holistik kemanjuran kepimpinan dan keberkesanan operasi pasukan mereka.
203 Pemimpin Insurans Cemerlang Menerima Anugerah Bertaraf Dunia
Sejak penubuhannya pada tahun 2016, penghormatan CIA500 sudahpun sinonim dengan kecemerlangan yang bertaraf dunia, dinilai dengan teliti berdasarkan tiga petunjuk prestasi utama: Kiraan Kepala Unit, Nisbah Ahli Elit dan Kadar Ketegaran Polisi 13-Bulan. Penanda aras ini mengiktiraf pasukan-pasukan insurans yang cemerlang di peringkat global, mewujudkan dewan kemasyhuran yang berprestij dan menetapkan paradigma prestasi untuk industri insurans kewangan di dunia.
Pada tahun 2025, 203 ketua pasukan dianugerahkan dengan penghormatan CIA500, menghasilkan 229 anugerah yang disampaikan. Ini termasuk 189 anugerah Laurel Crown dan 40 anugerah Imperial Crown. Seramai 26 ketua pasukan yang terkemuka mencapai status cemerlang sebagai Penerima Dual Crown CIA500, seterusnya menetapkan penanda aras melalui prestasi yang dapat menjadi contoh dan keyakinan yang tidak goyah. Di samping itu, 16 ketua pasukan mencipta rekod dunia baharu dengan menerima penghormatan CIA500 selama sembilan tahun berturut-turut yang menjadi bukti kecemerlangan berterusan dan kepimpinan industri mereka.
Semasa Majlis Penyampaian Anugerah, Naib Pengerusi En. Huang Chun Wen memuji para penerima anugerah dengan menyatakan bahawa para pemimpin pemenang anugerah CIA500 memiliki visi strategik yang hebat dan kebolehan kepimpinan yang luar biasa. Beliau menyatakan bahawa pasukan mereka bukan sahaja menunjukkan profesionalisme dan kualiti yang unggul tetapi juga tindakan tegas dan kehandalan pelaksanaan yang menjadi ciri pasukan bertaraf dunia dan benar-benar dapat menjadi model teladan untuk industri ini. Sambil mengucapkan tahniah, Naib Pengerusi Huang turut merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada para penerima anugerah atas sumbangan mereka yang cemerlang dan berterusan kepada industri insurans kewangan global, didorong oleh keupayaan dan ketabahan mereka yang luar biasa.
Pertumbuhan Kolaboratif dan Kecemerlangan Bersama: CIA500 World Academy Memupuk Pembangunan Kepimpinan
Berpandukan misinya iaitu "Kita Memuliakan, Membangunkan dan Mencapai Kecemerlangan Bersama-sama," CIA500 turut melancarkan "CIA500 World Academy". Platform perintis ini mengundang ahli-ahli yang memenangi anugerah CIA500 untuk berkhidmat sebagai mentor bagi memudahkan perkongsian rentas sempadan melibatkan pengalaman dan kebijaksanaan pengurusan pasukan yang tidak ternilai. Inisiatif ini bertujuan untuk memupuk persekitaran kolaboratif yang melaluinya ketua pasukan boleh saling menyokong antara satu sama lain, terlibat dalam pembelajaran bersama dan maju bersama-sama. Acara ini melabuhkan tirai dengan para hadirin tidak sabar menantikan perhimpunan mereka yang seterusnya di Sidang Kemuncak CIA500 2026 di Shanghai, China.