Pembiayaan daripada Yang Teramat Mulia Kolonel (H) Tunku Syed Razman Ibni Tunku Syed Idrus Al Qadri bakal mengukuhkan lagi pengembangan pasaran serantau dan mempereratkan kerjasama strategik dengan perusahaan enterprise.
KUALA LUMPUR, Malaysia, 18 November 2025 /PRNewswire/ -- ArmourZero, sebuah syarikat keselamatan siber yang menawarkan Pengurusan Kerentanan Automatis dengan cadangan pembaikan yang dipacu AI, hari ini mengumumkan bahawa ia telah menerima pelaburan strategik daripada YTM Kolonel (H) Tunku Syed Razman Ibni Tunku Syed Idrus Al Qadri. Pelaburan ini akan menyokong pengembangan ArmourZero di seluruh ASEAN, Asia Utara dan Asia Barat (Timur Tengah), membuka lebih banyak peluang untuk perusahaan serta membina kepercayaan yang lebih kukuh bersama pelanggan serantau.

CEO dan Pengasas Bersama ArmourZero, Tho Kit Hoong, bersama YTM Kolonel (H) Tunku Syed Razman Ibni Tunku Syed Idrus Al Qadri, susulan pengumuman pelaburan strategik terkini ArmourZero.
"Sering kali kami disalah anggap sebagai syarikat yang hanya menjual semula perisian syarikat lain atau hanya sebuah syarikat yang berorientasikan perkhidmatan, dan bukannya syarikat kerentanan keselamatan siber yang berteknologi tinggi. Ancaman keselamatan siber hari ini semakin berkembang dengan pantas, dan organisasi memerlukan perisian automasi pintar untuk membantu organisasi secara proaktif mengurangkan risiko dalam masa nyata. Kerjasama ini akan mempercepat keupayaan ArmourZero untuk menembusi pasaran utama dan membina hubungan strategik, memastikan penyelesaian dipacu AI kami memberikan impak sebenar, terutamanya dalam keselamatan aplikasi," kata Tho Kit Hoong, Pengasas Bersama & CEO ArmourZero.
YTM Kolonel(H) Tunku Syed Razman Ibni Tunku Syed Idrus Al Qadri, yang juga Pengerusi Majlis Perniagaan Malaysia-Arab Saudi (MSBC), berkata:
"Perisian ArmourZero menangani jurang kritikal dalam bidang keselamatan siber dengan pendekatan perisian yang dipacu AI bagi melindungi semua aplikasi perniagaan. Pelaburan kami mencerminkan keyakinan kami terhadap teknologi mereka serta potensi untuk menetapkan piawaian baharu dalam keselamatan aplikasi automatik di rantau ini."
AI dan Keperluan Mendesak dalam Keselamatan Siber
Kecerdasan buatan telah mempercepatkan inovasi dalam pembangunan perisian, dengan 84% pembangunan kini menggunakan kod yang dijana AI (sering dirujuk sebagai "vibe coding") untuk membina dengan lebih cepat namun ia juga turut meningkatkan pendedahan kepada potensi kelemahan dalam sistem.
Satu kajian pada tahun 2025 oleh Schreiber & Tippe telah menganalisis 7,703 fail kod yang dijana oleh AI, menemui lebih 4,200 kelemahan berbeza merangkumi 77 jenis kelemahan, dengan kod yang berasaskan Python telah menunjukkan kadar kelemahan sehingga 18%. Apabila AI semakin tertanam dalam aliran kerja pembangunan moden, risiko yang dibawa oleh kelemahan sistem ini dieksploitasi ke dalam sistem produksi akan terus meningkat.
Pada masa yang sama, Laporan Kos Kebocoran Data IBM 2025 mendapati bahawa organisasi yang menggunakan AI dan automasi dalam operasi keselamatan mereka mengurangkan kos purata kebocoran data sehingga USD 1.9 juta berbanding mereka yang tidak menggunakan teknologi tersebut menekankan nilai keselamatan yang proaktif dan dipacu teknologi.
Penemuan ini menunjukkan mengapa keselamatan AI dan automasi adalah penting dalam pembangunan perisian moden. Dengan menggunakan AI untuk membimbing pembaikan dan mengesahkan potensi kelemahan, ArmourZero membantu perniagaan memperkukuh keselamatan aplikasi dengan lebih pantas dan yakin.
Inovasi Secara Berterusan
ArmourZero terus memacu pelan hala tuju teknologinya untuk menangani risiko enterprise yang semakin berkembang. Sebagai sebahagian daripada komitmennya untuk mengukuhkan ketahanan organisasi, syarikat ini akan melancarkan penyelesaian Keselamatan API pada bulan ini menangani salah satu titik buta paling kritikal dengan membantu pembangunan perisian dan pasukan keselamatan siber mengesan serta membaiki kelemahan berkaitan API secara automatik lebih awal, sekali gus mencegah kebocoran data yang mahal sebelum ia menjejaskan operasi.
Tentang ArmourZero
Platform Pengurusan Kerentanan Automatis atau "Automated Vulnerability Management (AVM)" ArmourZero menyediakan pengesanan kelemahan masa nyata merentasi aplikasi, domain web dan infrastruktur awan. Platform ini menggunakan AI untuk mempercepat pembaikan melalui cadangan pintar serta pengesanan advanced false-positive. Ini membolehkan pasukan pembangun, pasukan risiko dan pasukan keselamatan siber bekerjasama dengan lebih rapat, memberi tumpuan kepada ancaman sebenar dan menyelesaikannya dengan lebih cekap.
ArmourZero ialah penyedia berlesen yang diiktiraf oleh Agensi Keselamatan Siber Negara Malaysia (NACSA), diperakui MySTI oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) serta Rakan Strategik CyberSecurity Malaysia, mengukuhkan komitmen kami terhadap inovasi dan pematuhan standard keselamatan siber global.
Tentang YTM Kolonel(H) Tunku Syed Razman Ibni Tunku Syed Idrus Al Qadri
YTM Kolonel(H) Tunku Syed Razman Ibni Tunku Syed Idrus Al Qadri ialah seorang pemimpin perniagaan berpengalaman dan Pengerusi Majlis Perniagaan Malaysia-Arab Saudi (MSBC). Beliau mempunyai kepakaran luas dalam penasihatan strategik dan usaha mengukuhkan kerjasama rentas sempadan di Asia dan Timur Tengah.