omniture

Sands China dan Louis Vuitton Berkolaborasi dalam Pertunjukan Fesyen Pertama Jenama di Macau

Sands China Ltd.
2025-11-18 11:43 15

Pertunjukan Cruise 2026 Macau memukau tetamu di The Londoner Arena

MACAU, 18 November 2025 /PRNewswire/ -- Sands China Ltd. dengan bangganya mengumumkan kejayaan yang hebat daripada kolaborasinya bersama Louis Vuitton dalam Louis Vuitton Cruise 2026 Macau Show yang amat dinanti-nantikan pada 13 November di The Londoner Arena Sands China yang canggih. Sebagai pertunjukan fesyen sulung daripada jenama ini di Macau, acara ini mempersembahkan koleksi terkini yang dibayangkan oleh Nicolas Ghesquière, Pengarah Artistik bagi Women's Collections. Duta Louis Vuitton, Victoria Song, ikon Asia Carina Lau dan pelakon terkenal, Louise Wong dan Yuxiao Lu, menghadiri pertunjukan ini bagi meraikan pelancaran Cruise 2026 Collection.

David Sylvester, Presiden Jualan Global, Las Vegas Sands Corp., berkata, "Kami berasa bangga dapat berkolaborasi bersama Louis Vuitton dalam Cruise 2026 Macau Show di The Londoner Arena kami yang ikonik. Membawakan sebuah acara fesyen antarabangsa yang berkaliber ini ke Macau buat julung kalinya merupakan satu pencapaian penting – peristiwa yang meraikan pengaruh bandar ini yang semakin berkembang di pentas global. Ia menggambarkan keupayaan kami untuk menyatukan fesyen mewah, layanan baik yang luar biasa dan pengalaman bertaraf dunia, lantas meningkatkan lagi profil Sands China. Kolaborasi kami bersama Louis Vuitton merangkumkan visi bersama untuk mencipta detik gaya hidup mewah yang tidak dapat dilupakan yang memberi inspirasi dan menarik, seterusnya memperkukuh kemunculan Macau sebagai destinasi ulung bagi budaya, kreativiti dan kecanggihan."

Bertempat di Louis Vuitton Cruise 2026 Macau Show, warna-warni budaya Macau yang kaya digabungjalinkan dengan warisan Perancis jenama ini yang tak lapuk dek zaman. Latar tempat ini mencipta semula pertunjukan fesyen dalam bulan Mei 2025 yang menjadi tumpuan utama di Cour d'Honneur Palais des Papes di Avignon, Perancis Selatan yang merupakan suatu perjalanan baharu untuk jenama fesyen ini yang menyokong seni sejak penubuhannya. Sebagai pertunjukan Louis Vuitton yang pertama seumpamanya di Macau, jenama mewah bertaraf antarabangsa ini membawa pertunjukan ini ke Asia buat tetamu berprestij serantau yang hadir untuk menyaksikan koleksi penuh daripada pertunjukan fesyen Cruise 2026.

Cruise 2026 Collection meneliti aspek performatif pakaian, nilai artistik yang ada padanya, daya naratifnya dan kuasa emosi yang diserlahkan. Sebuah makmal budaya untuk semua bentuk ekspresi, Cour d'Honneur memberi inspirasi kepada Louis Vuitton untuk menatapi karisma koleksi pakaian dan imejan yang tercetus daripadanya. Sama ada untuk acara harian atau majlis istimewa, pakaian mempunyai kuasa untuk mengubah mood, penampilan serta perwatakan: memainkan peranan sokongan yang penting.

Louis Vuitton Shoppes at Four Seasons, gedung Andalan Macau sudahpun dibuka semula pada April 2025. Mempersembahkan pilihan terkurasi daripada koleksi penuh yang beraneka jenis daripada Louis Vuitton, gedung ini merangkumkan nilai keanggunan dan kecanggihan. Bilik Kembara (Travel Room) menghubungkan Alam Semesta Lelaki dan Wanita (Men's and Women's Universes) yang menyediakan tangga arca terapung yang diperbuat daripada kayu. Direka oleh arkitek Jepun Shohei Shigematsu (OMA), tangga ini menawarkan pengalaman yang menarik dan imersif buat untuk pengunjung ketika mereka meneroka gedung ini.

Shoppes at Four Seasons, seiring bersama Shoppes at Venetian, Shoppes at Londoner dan Shoppes at Parisian yang saling berkaitan, membentuk Sands Shoppes Macao. Dengan kira-kira 850 gedung di bawah satu bumbung, Sands Shoppes Macao menawarkan pengalaman jualan mewah yang paling luas di bandar ini. Sebagai tumpuan kepada banyak jenama fesyen yang paling berprestij di dunia, ia tekal memberikan pertumbuhan yang kukuh serta hasil yang luar biasa. Melalui pelbagai inisiatif keterlibatan pembeli-belah yang inovatif, termasuk perjalanan terkurasi dan pengalaman jenama yang imersif, program kesetiaan Sands Lifestyle serta perkhidmatan membeli-belah diperibadikan buat para tetamu bernilai tinggi, Sands Shoppes Macao terus memantapkan statusnya sebagai destinasi yang wajib dikunjungi oleh pengguna mewah yang arif di seluruh dunia. Rangkaian jualan ini menjangkau lebih dua juta kaki persegi ruang mewah yang menggabungkan dengan lancar keanggunan Eropah, kemegahan seni bina dan kecanggihan aktiviti membeli-belah dan senggang yang tiada tandingan.

Sands China and Louis Vuitton collaborated on the Cruise 2026 Macau Show at The Londoner Arena.
Sands China and Louis Vuitton collaborated on the Cruise 2026 Macau Show at The Londoner Arena.

 

Source: Sands China Ltd.
Keywords: Entertainment Fashion Hotels and Resorts Household/Consumer/Cosmetics Leisure/Travel/Hotels Retail Travel Licensing/marketing agreements New products/services