SINGAPURA, 18 November 2025 /PRNewswire/ -- Bertempat di Festival FinTech Singapura 2025 (SFF 2025), Jason Cao, Ketua Pegawai Eksekutif Huawei Digital Finance BU menyampaikan ucaptama yang bertajuk Beyond Digital: Towards AI-Infused Finance (Melangkaui Digital: Menuju Kewangan Berinfusikan-AI). Beliau mengetengahkan inovasi Huawei dalam ejen berasaskan senario, platform AI, platform data dan pengetahuan serta infrastruktur yang menangani cabaran teras melibatkan penerimagunaan AI dalam bidang kewangan. Dengan memanfaatkan keupayaan kejuruteraan sistematik, Huawei bermatlamat untuk membantu institusi-institusi kewangan mempercepat transformasi pintar mereka.
Cao menyatakan, "Era pintar akan dicirikan oleh hiper-personalisasi. AI dalam kewangan sudahpun mencapai tahap yang kritikal dan kuncinya terletak pada integrasinya yang mendalam terhadap proses pengeluaran teras dan senario perniagaan yang melaluinya ia dapat memberikan nilai perniagaan yang sebenar. Bagi memperoleh kelebihan daya saing dalam dekad yang akan datang, institusi-institusi kewangan harus memanfaatkan AI bagi memacu transformasi struktur dalam seluruh aliran kerja mereka."
Sepanjang dekad yang lalu, pendigitalan kewangan menghapuskan halangan masa dan jarak namun masih mematuhi peraturan 80/20—80% sumber menyediakan perkhidmatan kepada 20% pengguna teras. Dalam dekad yang akan datang, AI akan mempopularkan model "satu orang, satu pasukan", memberdayakan setiap individu dengan keupayaan pasukan penuh melalui pembantu AI super sebagai portal perkhidmatan yang utama. "Perkhidmatan kewangan pada masa akan datang bakal berkembang daripada mengesyorkan produk secara langsung untuk individu kepada menyalurkannya untuk pembantu super peribadi. Mereka yang menerajui peralihan ini dan menyediakan perkhidmatan hiper-terperibadi akan mendapat permulaan yang baik," tegas Cao. Beliau menambah bahawa transformasi struktur yang dipacu AI akan merangkum kesemua aspek termasuk model perkhidmatan kewangan, model kolaborasi, pembuatan keputusan risiko dan infrastruktur.
Membina Penyelesaian Sistematik Empat Lapisan bagi Mencapai Kecerdasan Semua Senario
Cao menekankan dua laluan yang diambil oleh institusi-institusi kewangan global untuk memajukan aplikasi natif AI: Institusi-institusi besar membina matriks ejen, menyediakan pembantu AI untuk setiap peranan dan penasihat AI yang dipercayai untuk setiap pelanggan; institusi-institusi bersaiz kecil dan sederhana memfokuskan pada senario bernilai tinggi seperti kredit, seterusnya meletak atur ejen dengan pantas bagi mencapai proses pintar. Setakat ini, Huawei sudahpun membantu pelanggan kewangan global meletak atur lebih 500 senarai tindakan AI yang mencakupi pejabat, operasi, pemasaran, pengurusan risiko dan perkhidmatan pelanggan. Ini dapat membantu pelanggan meningkatkan kecekapan dalaman mereka, memberikan nilai yang lebih besar kepada pengguna akhir dan mencapai peralihan daripada senario tunggal kepada penyelesaian yang sistematik dan komprehensif.
Huawei menempatkan platform pengkomputeran pintarnya sebagai teras bagi penyelesaian sistematik yang meliputi kuasa pengkomputeran, platform, kejuruteraan dan senario. Bagi memenuhi tuntutan keserentakan tinggi dan kependaman rendah dalam inferens AI, Huawei membangunkan platform kuasa pengkomputeran yang utama. Asas ini menyokong tadbir urus data AI dalam seluruh perusahaan melalui platform pengetahuan dan data berpadu, diintegrasikan dengan platform dan amalan ejen kewangan dalam kejuruteraan data serta model—bersama-sama membentuk gelung tertutup bagi keupayaan AI hujung-ke-hujung (E2E). Dengan berkolaborasi bersama rakan kongsi ekosistem global, Huawei memperoleh momentum teknologi tindanan penuh bagi mempercepat penggunaan AI dalam senario bernilai tinggi.
Dalam senario perbankan mudah alih pintar, Huawei dan sebuah bank China yang utama bersama-sama menginovasikan seni bina perkhidmatan mudah alih pintar generasi akan datang. Dibina berdasarkan infrastruktur pengkomputeran pintar dan platform AI, seni bina ini memanfaatkan kolaborasi berbilang ejen hierarki, storan ingatan jangka panjang dan pengoptimuman prestasi E2E merentas perkakasan dan juga perisian. Ini mencapai ketepatan pengecaman hasrat melebihi 90% dan kependaman serendah 1.2 saat, lalu membantu bank mencapai transformasi daripada respons pasif kepada perkhidmatan proaktif.
Memandang ke hadapan, Huawei akan terus membangun berdasarkan platform kuasa pengkomputerannya yang utama, kepakaran kejuruteraan AI yang sistematik, pembangunan ekosistem berstruktur dan model penciptaan bersama yang baharu bersama pelanggan dan juga rakan kongsi. Inisiatif-inisiatif ini akan memperkukuh keterlibatan pelanggan, meningkatkan pengurusan risiko dan memacu transformasi perniagaan E2E, lalu membenamkan selanjutnya aplikasi AI dipacu nilai dalam industri kewangan dan membantu institusi-institusi kewangan mempercepat penerimagunaan AI yang berkesan.
Berkolaborasi dengan Lebih Banyak Rakan Kongsi RongHai untuk Mewujudkan Ekosistem AI Kewangan Baharu
Semasa berlangsungnya acara ini, Huawei, seiring bersama tiga rakan kongsi RonghHai—Neuxnet, Speakly AI dan TrustDecision, masing-masing menandatangani perjanjian kerjasama strategik bersama institusi kewangan Arab Saudi yang terkemuka, Atmaal. Rangkaian rakan kongsi program Ronghai Huawei juga terus berkembang, dengan tiga ahli baharu turut serta: CMA, yang menyediakan perkhidmatan pembayaran yang stabil untuk bank-bank pusat di seluruh dunia; Instadesk, yang menawarkan keupayaan panggilan keluar dan pemasaran yang pintar; dan MagicEngine, yang menyediakan pembangunan model, inferens dan perkhidmatan untuk institusi-institusi kewangan. Semakin banyak rakan kongsi penyelesaian kewangan yang dihargai mempercepat kolaborasi global bersama Huawei.
Melalui program Ronghai, Huawei bermatlamat untuk mewujudkan bersama-sama rakan kongsi global "kluster enam keupayaan" bagi membina ekosistem AI secara sistematik sepanjang aliran pengeluaran kewangan. Ini termasuk pembangunan model, kejuruteraan ejen, pangkalan pengetahuan industri dan aplikasi berasaskan senario, sekali gus mengoptimumkan kecekapan penerimagunaan AI melalui sinergi perkakasan-perisian E2E.
Tatkala industri kewangan beralih daripada pendigitalan kepada transformasi digital dan pintar, Huawei akan terus memperkukuh inovasi kolaboratif bersama pelanggan dan rakan kongsi, dengan memfokuskan untuk membentuk semula aliran kerja kewangan dan memajukan pembangunan ekosistem. Usaha-usaha ini akan membolehkan AI maju melangkaui pendayaan teknologi menuju peningkatan produktiviti yang ketara, seterusnya membuka lembaran baharu dalam kewangan pintar.