omniture

DFSK E5 PLUS Membuat Penampilan Sulung Penting di Ecuador, Rintis Perjalanan Baharu di Pasaran Amerika Latin

DFSK
2025-11-18 12:43 6

QUITO, Ecuador, 18 November 2025 /PRNewswire/ -- DFSK, subsidiari jenama NEV di bawah SERES Group, mengumumkan pada hari ini pelancaran rasmi SUV elektrik hibrid pemalam bersaiz sederhana E5 PLUS di pasaran Ecuador melalui perkongsian strategik bersama Automekano, sebuah syarikat automotif yang terkemuka di Ecuador. Pelancaran di seluruh dunia ini menyaksikan satu langkah penting dalam pengaturan kedudukan DFSK yang strategik di Amerika Latin.

Penyelesaian Hibrid Serba Guna Mentakrifkan Semula Pengalaman Pemanduan dalam Keadaan Jalan Raya Kompleks

Model E5 PLUS telahpun berjaya lulus ujian altitud tinggi khusus yang dijalankan di dalam Ecuador. Semasa pandu uji pada hari pelancaran, model ini mendemonstrasikan kebolehsesuaian penuh terhadap keadaan jalan raya yang kompleks dan pelbagai—bermula daripada jalan bandar berturap hinggalah rupa bumi altitud tinggi dan rupa bumi tidak berturap yang bergunung-ganang.

E5 PLUS dilengkapi dengan SERES Super Electric Hybrid System yang memberikan output kuasa yang mantap dan stabil walaupun di kawasan altitud tinggi, lalu membolehkan kenderaan mengharungi jalan gunung yang curam dengan mudah. Penyerap kejutan Peredam Selektif Frekuensi (FSD) melaraskan daya peredam secara automatik sebagai gerak balas kepada keadaan permukaan jalan beralun-alun bagi memastikan pemanduan yang selesa dan lancar walaupun di jalan berkerikil yang berceranggah.

E5 PLUS dilengkapi dengan pemandangan panoramik 360° dan fungsi casis lutsinar. Ciri-ciri ini memberikan pandangan yang jelas dan komprehensif terhadap persekitaran kenderaan dan ruang di bawah casis, seterusnya meningkatkan keselamatan dan keyakinan pemanduan dengan ketara dalam keadaan bergunung-ganang, selekoh sempit dan keadaan yang kompleks. Tambahan pula, kenderaan ini dilengkapi dengan 2 radar gelombang milimeter, 6 radar ultrasonik dan 5 kamera HD—13 penderia persepsi berprestasi tinggi secara keseluruhan—untuk menawarkan pandangan yang tepat berhubung keadaan jalan raya pada masa nyata. Ini membentuk asas kukuh demi keselamatan perjalanan dan pengalaman pemanduan pintar, lalu menyediakan bantuan serba guna dalam senario yang kompleks seperti selekoh sempit.

DFSK Officially Launched E5 PLUS in Ecuador Through a Strategic Partnership with Automekano
DFSK Officially Launched E5 PLUS in Ecuador Through a Strategic Partnership with Automekano

Rangka Tindakan Pembangunan Lestari Global DFSK: Didorong oleh "Pintar + Tenaga Baharu"

Pelancaran E5 PLUS menyaksikan satu pencapaian penting untuk DFSK dalam transformasinya bermula daripada pengeksport produk kepada jenama pintar dan tenaga baharu yang dinaik taraf.

Sejak menjadi jenama pertama yang memperkenalkan teknologi hibrid pemalam di Ecuador pada Ogos 2024, siri E5 DFSK mendapat kepercayaan dan pengiktirafan yang meluas daripada pengguna tempatan yang bertunjangkan kualiti serta prestasi yang andal. Angka-angka baru-baru ini mengesahkan bahawa siri ini memperoleh kedudukan ke-7 bagi jualan kumulatif dalam pasaran kenderaan hibrid Ecuador untuk tempoh Januari-Oktober 2025 dan mencapai bahagian pasaran sebanyak 3.9%.

Pengenalan kepada E5 PLUS bukan sahaja memperkayakan barisan produk tetapi juga merangkumkan fokus strategik jenama ini: melalui ciri-ciri teknologi yang lebih pintar seperti SERES Super Hybrid System, kokpit pintar, casis pintar serta pengoptimuman yang disesuaikan dengan keperluan tempatan, DFSK memperbaharui imej jenamanya secara komprehensif dan berusaha untuk menjadi rakan kongsi pilihan buat pengguna Ecuador dalam era tenaga baharu.

Santiago Vásconez, Pengurus Besar Automekano, menyatakan: "Ketibaan E5 PLUS menunjukkan komitmen terhadap masa depan dan amalan mobiliti yang lebih bersih dan lebih peka terhadap alam sekitar. Ini merangkumkan dedikasi kami yang tidak berbelah bahagi kepada Ecuador, pelanggan kami dan juga pembangunan teknologi rantau ini."

Santiago Vásconez, General Manager of Automekano
Santiago Vásconez, General Manager of Automekano

DFSK tekal mendukung proposisi jenama ini iaitu "Memperkasakan individu biasa melalui teknologi pintar yang boleh diakses bagi menjadi wira harian." Melangkah ke hadapan, DFSK akan berkembang ke pasaran-pasaran luar negara yang lain, termasuk Mesir bagi memperkukuh kehadiran pasaran globalnya. DFSK berusaha untuk berganding bahu dengan pelanggan di seluruh dunia untuk memandu ke arah yang lebih baik.

Source: DFSK
Keywords: Alternative Energies Auto Environmental Products & Services Transportation Utilities Corporate Expansion