omniture

PR Newswire Perhebat Era AI, Mendepani Masa Depan Carian AI dan Penemuan Maklumat

PR Newswire
2025-11-18 13:25 20

HONG KONG, 18 November 2025 /PRNewswire/ -- PR Newswire komited kepada dasar akses terbuka untuk semua penjelajah AI yang sah dan Model Bahasa Besar (LLM) bagi memperluas peranan siaran akhbar sejak dahulu sebagai sumber kebenaran asas  dalam era AI. Pendekatan ini memastikan maklumat rasmi  yang disahkan sumbernya dan dipercayaioleh wartawan dan pelabur  kini boleh diaksesbagi tujuan latihan AI dan pengindeksan, sekali gus memperkukuh nilainya kepada setiap audiens.

Dengan mengindeks kandungan peringkat sumber untuk AEO dan GEO, PR Newswire membantu membina masa depan AI yang lebih andal dan berautoriti.
Dengan mengindeks kandungan peringkat sumber untuk AEO dan GEO, PR Newswire membantu membina masa depan AI yang lebih andal dan berautoriti.

Inisiatif ini memperkukuh kepimpinan PR Newswire dalam hal kebolehlihatan carian AI, Pengoptimuman Enjin Jawapan (AEO) dan Pengoptimuman Enjin Generatif (GEO) – disiplin-disiplin  baharu muncul yang mentakrifkan cara maklumat ditemui, diringkaskan dan dipetik oleh sistem kecerdasan buatan. Melalui metadata berstruktur, akses terbuka dan pemformatan yang konsisten, PR Newswire memastikan sistem AI dapat mentafsirkan dan mengaitkan komunikasi jenama rasmi dengan tepat.

Format Asas untuk Manusia dan Mesin

Inisiatif ini memastikan kandungan  berkualiti tinggi dan berautoriti dapat ditemui dan memberi impak – dioptimumkan untuk carian tradisional dan juga perbatasan baharu AEO dan GEO — sama ada ia dibaca oleh wartawan, pelabur atau algoritma.

  • Kebolehtemuan Sejagat: Rangka kerja terbuka memastikan berita pelanggan boleh ditemui merentas semua platform – bermula daripada pangkalan data media tradisional dan terminal kewangan hinggalah enjin gelintar dikuasakan AI seperti ChatGPT, Perplexity dan Gemini yang bergantung pada isyarat AEO dan GEO untuk menonjolkan kandungan berautoriti.
  • Asas bagi Kepercayaan: Menyediakan akses langsung dan tanpa tapisan kepada maklumat peringkat sumber membantu mengasaskan pemahaman manusia dan juga respons janaan AI dengan fakta, bukan fiksyen.
  • Menyokong E-E-A-T buat Semua: Prinsip-prinsip Pengalaman, Kepakaran, Kewibawaan dan Kebolehpercayaan merupakan isyarat- kualiti yang menjadi pergantungan pakar daripada kalangan manusia dan juga AI termaju.

"Siaran akhbar sentiasa menjadi sumber kebenaran yang paling sahih untuk wartawan dan pelabur. Dengan memastikan AI mempunyai akses langsung yang sama, kami mengekalkan kredibiliti  untuk masa depandan menjamin agar kisah-kisah pelanggan kami menjadi asas untuk setiap audiens, sama ada manusia  ataumesin," ujar Susan Wohleking, Naib Presiden Kanan Pemasaran di PR Newswire.

Dibina untuk Kepercayaan, Dioptimumkan buat Semua

Atribut teras yang menjadikan siaran akhbar berharga kepada seseorang merupakan atribut yang sama juga yang menjadikannya berharga kepada AI – sejajar secara semula jadi dengan amalan terbaik AEO dan GEO yang baharu muncul – lantas menjadikannya alat komunikasi yang berkuasa secara unik.

  • Autoriti Tidak Diragui: Sebagai kenyataan rasmi daripada sumber, ia merupakan dokumen utama untuk wartawan yang ingin mendapatkan petikan atau AI yang cuba mengesahkan sesuatu fakta.
  • Kepakaran yang Sahih: Kandungan sememangnya memperlihatkan pengalaman langsung sesebuah syarikat, memberikan cerapan yang boleh dipercayai bagi tujuan analisis industri dan pangkalan pengetahuan AI.
  • Garis Masa Boleh Ditentusahkan: Arkib siaran akbar membina rekod sejarah yang menyokong ketekunan wajar pelabur dan menyumbang kepada autoriti topik jangka panjang sesuatu jenama secara dalam talian.

Tatkala carian AI dan penemuan generatif terus berkembang, PR Newswire tetap komited untuk memajukan ketelusan, atribusi dan akses – bagi memastikan maklumat yang dipercayai terus  menjadi asas bagi platform pintar.

Kunjungi https://www.prnewswire.com/amplify-platform/ untuk mengetahui lebih lanjut.

Soalan Kerap Ditanya (FAQ)

S: Apa itu E-E-A-T?

J: E-E-A-T ialah singkatan kepada Pengalaman, Kepakaran, Kewibawaan dan Kebolehpercayaan. Ia merupakan rangka kerja yang digunakan untuk menilai sama ada kandungan web berkualiti tinggi, boleh dipercayai dan dicipta oleh sumber yang boleh dipercayai.

S: Apa itu Model Bahasa Besar? (LLM)?

J: LLM ialah sejenis kecerdasan buatan (AI) yang dilatih dengan sejumlah besar data teks bagi memahami dan menjana bahasa seperti manusia. Alat-alat seperti ChatGPT dan Gemini  dijalankan berasaskan LLM.S: Apa itu AEO dan GEO?

J: AEO (Pengoptimuman Enjin Jawapan) memfokuskan pada penstrukturan kandungan bagi memberikan jawapan langsung, menjadikannya boleh digunakan dengan mudah untuk cebisan enjin gelintar dan pembantu suara. GEO (Pengoptimuman Enjin Generatif) ialah amalan penstrukturan kandungan agar AI generatif boleh mencari, mentafsirkan dan menggunakannya sebagai sumber dengan mudah. Siaran akhbar sememangnya sesuai untuk kedua-duanya  kerana sifatnya yang berasaskan fakta dan diformat dengan jelas, menjadikannya sumber ideal untuk AI membina jawapan yang tepat.S: Adakah PR Newswire membenarkan bot AI mengimbas kandungannya?

J: Ya. Fail robots.txt PR Newswire terbuka dan sengaja membenarkan AI dan bot carian yang sah melayari, mengimbas dan mengindeks semua kandungan awam yang dihoskan pada platformnya.

S: Selain siaran akhbar, apakah kandungan yang membina autoriti untuk carian AI?

J: Kandungan bernilai tinggi termasuk kertas putih asal, laporan penyelidikan mendalam, panduan komprehensif dan kajian kes terperinci yang memaparkan pengalaman dan kepakaran secara langsung.

S: Adakah multimedia – khususnya imej dan infografik – membantu meningkatkan kebolehtemuan jenama dalam LLM?

J: Ya, ia merupakan komponen penting. Walaupun LLM tidak "melihat" imej dalam erti kata manusia, LLM menganalisis teks yang berkaitan dengan teliti – seperti teks alternatif, kapsyen dan nama fail – bagi memahami konteks.

Lebih penting lagi, multimedia meningkatkan keterlibatan dengan audiens manusia anda dengan ketara. Aktiviti berpotensi ini seterusnya memberikan isyarat autoriti yang hebat kepada algoritma carian, menjadikan kandungan anda lebih mudah dilihat dan lebih cenderung digunakan sebagai sumber oleh AI. Atas sebab inilah PR Newswire menganggap strategi multimedia yang mantap sebagai amalan terbaik sejagat untuk semua saluran jenama.

S: Bagaimanakah PR Newswire menyokong Carian AI dan penemuan generatif?

J: Dengan mengekalkan akses pengindeksan terbuka, metadata berstruktur dan pemformatan yang konsisten, PR Newswire memastikan kandungan jenama yang berautoriti mudah ditemui dan digambarkan dengan tepat dalam persekitaran dipacu AI, menyokong amalan terbaik AEO dan juga GEO.

Source: PR Newswire
Keywords: Advertising Computer Software Computer/Electronics Multimedia/Online/Internet Publishing/Information Service New products/services Artificial Intelligence