omniture

Xinhua Silk Road: Persidangan Hometown Fellowship ke-7 diadakan di Daerah Gutian Tenggara China

Xinhua Silk Road
2025-11-18 21:47 8

BEIJING, 18 November 2025 /PRNewswire/ -- Persidangan Hometown Fellowship Gutian ke-7 telahpun diadakan mulai 10 hingga 12 November di Daerah Gutian, Bandar Ningde di Wilayah Fujian, tenggara China yang menghimpunkan warga Cina luar negara dari lebih 30 negara dan teman senegeri dari seluruh China untuk memperbaharui hubungan serta membincangkan aspek pembangunan.

Photo shows the launching ceremony of the seventh Gutian Hometown Fellowship Conference in Gutian County, Ningde City of southeast China's Fujian Province. (Photo by Ye Fuguo)
Photo shows the launching ceremony of the seventh Gutian Hometown Fellowship Conference in Gutian County, Ningde City of southeast China's Fujian Province. (Photo by Ye Fuguo)

Semasa upacara pembukaan, Xu Feng, Ketua Parti Daerah Gutian mengetengahkan mengenai kemajuan ekonomi dan sosial daerah ini yang pesat dan mengalu-alukan kepulangan warga Cina luar negara ke negeri nenek moyang mereka. Beliau menyatakan bahawa 350,000 teman senegeri Gutian di luar negara yang menetap di merata-rata tempat di serata dunia, melakar kisah-kisah keusahawanan yang luar biasa berbekalkan kebingkasan dan kebijaksanaan mereka.

Satu sorotan penting di persidangan ini ialah sesi promosi pelaburan yang berpusatkan "pemadanan yang tepat dan kekuatan saling melengkapi" yang memupuk kerjasama yang lebih mendalam antara modal Cina luar negara dan industri-industri cirian Gutian, terutamanya dalam pemprosesan mendalam kulat boleh makan dan perdagangan rentas sempadan.

Chen Shengli, presiden Persekutuan Perdagangan dan Industri China di Sepanyol, berkata produk-produk khusus Gutian, seperti cendawan putih, cendawan buluh dan beras yis merah, sepadan dengan konsep kesihatan Eropah dan warga Cina luar negara bersedia untuk menyokong kemasukannya ke pasaran Eropah.

Projek-projek utama yang meliputi pelbagai sektor, termasuk tenaga baharu dan pelancongan, telahpun ditandatangani semasa persidangan ini dengan nilai kontrak keseluruhan mencecah hampir 5 bilion yuan.

Difahamkan bahawa acara ini merupakan langkah yang penting bagi Gutian untuk melibatkan komuniti globalnya. Daerah ini merancang untuk meningkatkan lagi perkhidmatan dan menggalakkan kerjasama perdagangan, demi memastikan kebijaksanaan dan kekuatan 350,000 teman senegeri luar negaranya terus menyokong keterbukaan peringkat tingginya.

Pautan asal: https://en.imsilkroad.com/p/348352.html

 

Source: Xinhua Silk Road
Keywords: Amusement Parks and Tourist Attractions Publishing/Information Service Travel Trade show news