![]() |
TAINAN, 19 November 2025 /PRNewswire/ -- Creative Tech Textile / Hans Global, penginovasi yang terkemuka bagi gentian lestari, mengumumkan pada hari ini campuran gentian yang baru dibangunkan dan dibuat khas untuk pasaran AS. Campuran ini menggunakan 40% daripada gentian eko istimewanya yang diperbuat daripada cangkerang tiram kitar semula dan plastik lautan, Seawool®, digabungkan dengan 60% kapas dan dibuat khas untuk mengimbangi keberkesanan kos dengan kelestarian.
Eddie Wang, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Creative Tech Textile / Hans Global, mengulas: "Seawool® ialah 'zamrud dari lautan' kami — bahan lestari yang tercipta daripada cangkerang tiram yang dikitar tinggi dan direkayasa untuk keselesaan harian. Menerusi campuran kapas-Seawool® 60/40 baharu kami, kami menunjukkan bahawa inovasi tekstil kitaran boleh berkembang di peringkat global untuk memperkasakan pelanggan AS kami sekali gus mewujudkan kemungkinan baharu buat pengguna hari ini."
Keberkesanan kos, kelestarian dan rintangan bau
Dengan permintaan yang semakin meningkat di AS terhadap fabrik yang berkesan kos dan mengutamakan alam sekitar, campuran kapas-Seawool® yang baru dirumuskan daripada Creative Tech Textile / Hans Global memberikan keselesaan serta familiariti kapas dan dalam masa yang sama menggabungkan ciri rintangan bau dan faedah prestasi Seawool®. Jenama-jenama jualan AS yang utama sudahpun menggabungkan Seawool® ke dalam pakaian, lalu menunjukkan nilai yang boleh dibawa oleh campuran bahan ini kepada pengilang pakaian luar, olahraga dan gaya hidup yang menginginkan bahan inovatif yang lestari.
Seawool®: Inovasi kitaran daripada sisa kepada prestasi
Seawool® ialah bahan proprietari daripada Creative Tech Textile / Hans Global yang diperbuat dengan mengumpul cangkerang tiram yang dibuang dan menebus semula botol plastik kitar semula, kemudian mengubah kesemua bahan ini menjadi gentian tekstil yang dari segi fungsinya berprestasi tinggi dan mengutamakan alam sekitar.
Seawool® menonjol atas beberapa kelebihannya:
Dengan mengintegrasikan Seawool® ke dalam campuran kapas, Creative Tech Textile / Hans Global mempromosikan inovasi ini untuk gaya hidup arus perdana dan penerimagunaan pada pakaian luar — melangkaui pakaian berprestasi tinggi yang premium.
Mewujudkan industri fesyen yang lebih lestari
Bertepatan dengan agenda kemampanan global COP30 bulan ini, Creative Tech Textile / Hans Global turut mengetengahkan bagaimana industri fesyen dan tekstil dapat mengurangkan impak alam sekitar dan dalam masa yang sama terus-menerus mencipta lebih banyak nilai — dengan memenuhi keperluan pengguna yang mengutamakan alam sekitar yang mencari pilihan yang mampan. Campuran kapas-Seawool® daripada syarikat ini dan prinsip-prinsip teras kekitaran merupakan contoh utama sejauh mana industri ini boleh memanfaatkan inovasi demi kemajuan.
Menerusi pelancaran campuran Seawool® baharu, Creative Tech Textile / Hans Global mengesahkan sekali lagi komitmennya untuk memajukan inovasi yang lestari dalam industri tekstil dan menyokong jenama-jenama global bagi membangunkan fabrik generasi akan datang yang menggabungkan prestasi, keselesaan serta tanggungjawab terhadap alam sekitar.
Untuk maklumat lanjut, kunjungi: https://hansglobaltextile.net/.
Latar Belakang Creative Tech Textile / Hans Global
Ditubuhkan pada tahun 2010 dan berpangkalan di Tainan, Taiwan, Creative Tech Textile / Hans Global merupakan penginovasi yang terkemuka bagi tekstil lestari. Begitu dikenali dengan bahan Seawool® proprietari yang dipatenkan—diperbuat daripada cangkerang tiram yang dibuang dan botol PET kitar semula—syarikat ini menghasilkan fabrik berprestasi tinggi dengan kelembutan semula jadi, pengawalaturan terma dan rintangan bau. Sebagai pengilang yang diperakui oleh Bluesign®, Creative Tech Textile / Hans Global membantu jenama-jenama pakaian global mengguna pakai tekstil kitaran yang mesra alam.