![]() |
KUALA LUMPUR, Malaysia, 19 November 2025 /PRNewswire/ -- Vantage Foundation meneruskan misinya untuk memacu impak komuniti yang bermakna melalui kolaborasi baru-baru ini bersama Kechara Soup Kitchen (KSK), salah sebuah organisasi bukan kerajaan terkemuka di Malaysia yang mengkhusus untuk berkhidmat kepada golongan miskin bandar, luar bandar, Orang Asli dan komuniti gelandangan selama lebih 17 tahun. KSK beroperasi melalui pendekatan pelbagai serampang; terdiri daripada Food Bank, program Pemberdayaan dan Soup Kitchen; berpandukan moto "Kelaparan Tidak Mengenal Halangan". Aktiviti sukarelawan ini berlangsung di Kechara Food Bank, Setapak, hab utama yang menjadi tempat barangan kering yang penting dan keperluan harian disimpan, diatur dan diagihkan kepada keluarga yang memerlukan.
Seramai sepuluh sukarelawan Vantage Foundation mengambil bahagian dalam program bantuan ini dan bekerjasama di samping kakitangan KSK untuk menyediakan dan menghantar pek bantuan makanan. Pasukan ini telahpun melawat enam isi rumah berdaftar di Cheras dan Jinjang, setiap satu dikenal pasti oleh KSK sebagai sebahagian daripada kumpulan rentan yang terkesan oleh kemiskinan bandar. Penerima manfaat melibatkan keluarga yang tinggal dalam keadaan miskin atau tidak stabil, isi rumah yang mempunyai ahli keluarga OKU dan warga emas yang tinggal bersendirian tanpa sokongan keluarga.
Melalui pengalaman langsung ini, para sukarelawan mampu menyaksikan realiti ketakjaminan makanan di kawasan bandar Malaysia. Banyak keluarga bergantung pada sokongan bulanan untuk memenuhi keperluan asas dan penghantaran ini dapat membantu memastikan mereka mendapat akses kepada barang-barang keperluan seperti beras, makanan dalam tin, produk kebersihan serta keperluan harian.
"Penyertaan dalam program bantuan ini membolehkan kami memahami dengan lebih baik cabaran struktur yang dihadapi oleh komuniti rentan di Kuala Lumpur," kata Steven Xie, Pengarah Eksekutif Vantage Foundation. "Ia merupakan peringatan yang menginsafkan bahawa perbuatan kecil yang dilakukan boleh mencetuskan impak bermakna apabila ditujukan kepada mereka yang paling memerlukannya."
Vantage Foundation
Vantage Foundation ialah sebuah pertubuhan amal bebas yang dilancarkan di McLaren Technology Centre di UK pada tahun 2023. Yayasan ini bekerjasama dengan organisasi-organisasi di seluruh dunia, termasuk Grab Indonesia, iREDE Foundation di Nigeria, Teach For Malaysia dan Instituto Claret di Brazil untuk memacu inisiatif sosial yang memberi impak.
Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi www.vantage.foundation
Kechara Food Bank
Kechara Food Bank ialah cabang utama bagi misi Kechara Soup Kitchen yang memfokuskan untuk mengelakkan individu dan keluarga yang berisiko daripada menjadi gelandangan. Tidak seperti dapur umum tradisional KSK yang menyediakan makanan panas, rawatan perubatan dan bantuan kebajikan kepada gelandangan, Food Bank ini membekalkan barangan kering dan barang keperluan kepada keluarga terpinggir untuk membantu menstabilkan keadaan hidup mereka.
Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi https://kecharasoupkitchen.com/