omniture

Ekspo Bandar Pintar Doha menghimpunkan pakar terbaik mengenai bandar di Timur Tengah

Fira de Barcelona
2025-11-20 02:50 30

Dari 25 hingga 26 November, lebih daripada 30 pakar antarabangsa akan berbincang di Ekspo Bandar Pintar Doha mengenai sejauh mana kemajuan teknologi akan membantu membangunkan dan mengubah bandar di Timur Tengah, dalam usaha untuk menjadikan lokasi berkenaan lebih cekap, mampan dan sesuai didiami. Acara yang dianjurkan oleh Fira de Barcelona dan Kementerian Komunikasi dan Teknologi Maklumat (MCIT) Qatar itu akan memberikan tumpuan kepada impak AI dalam bidang seperti mobiliti, reka bentuk dan pengurusan bandar.

BARCELONA, Sepanyol, 19 November 2025 /PRNewswire/ -- Di bawah slogan 'Melangkaui ketersambungan: laluan penyelesaian digital menuju masa depan lebih pintar dan berkembang maju (Beyond connectivity: a digital solutions pathway to a smarter, thriving future)' SCE Doha 2025 mempunyai program yang menyatakan dengan jelas lima bidang tematik utama: inovasi digital pintar, teknologi pengganggu, ekonomi digital dan bakat masa depan, infrastruktur dan kerajaan masa depan yang terhubung.

Ekspo Bandar Pintar Doha akan berlangsung dari 25 hingga 26 November.
Ekspo Bandar Pintar Doha akan berlangsung dari 25 hingga 26 November.

Antara penceramah paling terkemuka ialah Kent Larson, profesor MIT yang mempunyai kepakaran dalam reka bentuk bandar, perumahan mikro dan mobiliti berautonomi, yang akan menyampaikan visinya tentang sejauh mana teknologi dan visi manusia berupaya membentuk bandar masa depan. Pakar dalam AI dan inovasi, Jesús Serrano, untuk peranannya, akan memberikan tumpuan kepada cara menggunakan teknologi baharu untuk mencapai penyelesaian sebenar dan berkesan.

Tuan Yang Terutama Reem Al Mansoori, Penolong Setiausaha Rendah Hal Ehwal Industri Digital di MCIT, akan membincangkan strategi kerajaan Qatar mengenai transformasi bandar. Dan akhir sekali, Ghanim Al-Muftah, usahawan Qatar dan duta FIFA yang menghidap penyakit yang membataskan mobilitinya, akan menyampaikan kepada para peserta testimoninya yang cukup luar biasa mengenai daya tahan serta visinya untuk reka bentuk terangkum.

Pada tahun ini, Ekspo Bandar Pintar Doha akan ditampilkan di MWC25 Doha. Dianjurkan oleh GSMA dengan kerjasama MCIT, acara MWC yang pertama di rantau MENA (Timur Tengah dan Afrika) dijangka berupaya menghimpunkan lebih daripada 200 penceramah dan 200 pempamer.

Ekspo Bandar Pintar di dunia
Kongres Dunia Ekspo Bandar Pintar ialah acara terkemuka di dunia mengenai bandar pintar, yang menghimpunkan 1,190 syarikat, 600 pakar dan lebih daripada 27,000 pelawat dalam edisi terkini yang diadakan di Barcelona dua minggu lalu. SCE Doha ialah satu daripada edisi tempatan yang dianjurkan di luar Sepanyol pada tahun 2025, termasuk edisi di New York (Amerika Syarikat), Curitiba (Brazil), Puebla (Mexico), Santiago del Estero (Argentina), Santiago de Chile (Chile), Kuala Lumpur (Malaysia), Cartagena de Indias (Colombia) dan Tomorrow.City di Shanghai (China).

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/2826408/SC_Doha.jpg?p=medium600
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/2826409/Logo.jpg?p=medium600

Source: Fira de Barcelona
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Economic news, trends, analysis Environmental Issues Trade show news Artificial Intelligence