HONG KONG, 20 November 2025 /PRNewswire/ -- Tanggal 18 November 2025, Lianlian DigiTech mengumumkan penubuhan Ibu Pejabat Perniagaan Luar Negaranya di Hong Kong yang menandakan permulaan fasa baharu pertumbuhan global yang lebih mendalam dan semakin memecut. Ini merupakan satu lagi inisiatif strategik yang besar oleh Lianlian untuk membina ekosistem pembayaran digital global yang baharu dengan Hong Kong sebagai habnya, susulan designasinya sebagai rakan perusahaan strategik oleh Office for Attracting Strategic Enterprises SAR Hong Kong pada Oktober tahun ini.
Beberapa pemimpin kanan kerajaan dan juga pemimpin industri menghadiri majlis pelancaran, lantas menekankan kepentingan pencapaian yang penting ini. Para hadirin utama melibatkan Michael Wong Wai-lun, Timbalan Setiausaha Kewangan Kerajaan SAR Hong Kong; Christopher Hui Ching-yu, Setiausaha Perkhidmatan Kewangan dan Perbendaharaan Kerajaan SAR Hong Kong; Alpha Lau, Ketua Pengarah Promosi Pelaburan di Invest Hong Kong; Peter Yan King-shun, Ketua Pengarah Office for Attracting Strategic Enterprises (OASES) Kerajaan SAR Hong Kong; Zhang Zhengyu, Pengerusi Lembaga Pengarah dan Pengarah Eksekutif Lianlian DigiTech; Xin Jie, Ketua Pegawai Eksekutif Lianlian DigiTech; dan Tim Shen, Presiden Bersama Lianlian DigiTech.
Penubuhan Ibu Pejabat Perniagaan Luar Negara Lianlian di Hong Kong merupakan satu langkah yang besar ke arah mencapai cita-citanya untuk menjadi sebuah syarikat multinasional generasi akan datang dengan daya saing global yang dipertingkat. Ia juga merupakan langkah penting untuk memperkukuh visi syarikat bagi menghubungkan perdagangan global dan menawarkan perkhidmatan kepada pelanggan di seluruh dunia.
Zhang Zhengyu menyatakan, "Keputusan kami untuk menubuhkan Ibu Pejabat Perniagaan Luar Negara di Hong Kong bukan sahaja menunjukkan peranan unik bandar ini sebagai jambatan semula jadi antara Rantau Besar China dan dunia, bahkan visi berpandangan jauh Kerajaan SAR Hong Kong dalam melakar masa depan digital. Cita-citanya untuk menempatkan Hong Kong sebagai hab inovasi global untuk aset digital benar-benar sejajar dengan hala tuju jangka panjang Lianlian."
En. Zhang turut menegaskan bahawa Ibu Pejabat Perniagaan Luar Negara di Hong Kong akan berfungsi sebagai hab strategik global Lianlian dan medan pembuktian inovasi termaju. Dengan membina hab ini, syarikat akan memfokuskan pada tiga bidang utama. Pertama, melaksanakan pendekatan dwienjin yang dikuasakan oleh teknologi blok rantai dan kecerdasan buatan untuk mentakrifkan semula masa depan pembayaran rentas sempadan. Kedua, memantapkan lagi kedudukannya sebagai peneraju yang dipercayai bagi infrastruktur kewangan digital dengan memperkukuh dwifokus iaitu teknologi dan juga pematuhan. Ketiga, meningkatkan ekosistem inovasinya melalui perkongsian global.