SHENZHEN, China, 20 November 2025 /PRNewswire/ -- Dreame, sebelum ini dikenali terutamanya untuk peralatan rumah pintar, memperluas portfolionya menerusi siri televisyen mini LED baharu melalui Shenzhen Televi Intelligent Technology Co., Ltd., sebuah perusahaan teknologi di bawah Dreame. Dreame TV yang dilancarkan baru-baru ini, setelah membuat penampilan sulungnya di acara-acara bertaraf antarabangsa yang terkemuka termasuk pameran IFA di Berlin dan AB Innovation Days, merangkumkan pengembangan strategik oleh syarikat ini dalam ekosistem rumah pintar yang berpusatkan sekitar pengalaman audiovisual yang imersif. Dreame TV akan turut menyerikan suasana di CES 2026 bertempat di Las Vegas, AS.
Semasa berlangsungnya Pameran Canton ke-138 yang dirasmikan baru-baru ini, siri Dreame TV V3000 dan S100 membawakan teknologi Aura Mini LED. Televisyen Dreame S100 memanfaatkan teknologi Mini-LED untuk julat kontras yang dipertingkat dan kawalan kecerahan yang tepat. Dengan kecerahan puncak 1000 nit dan QLED+ yang menghasilkan lebih 1.07 bilion warna, setiap perinciannya tajam dan tampak hidup. Dreamind™ Pro AI Processor tersuai meningkatkan skala kandungan 2K dengan pintar menghampiri 4K dan dalam masa yang sama menyesuaikan warna dan kejelasan demi imej semula jadi yang jelas.
Selain itu, S100 mengintegrasikan bar bunyi 11-pemacu, 70W dengan Dolby Atmos, lalu menghasilkan tahap bunyi imersif 270°. S100 mempunyai sistem bar bunyi bersepadu sepenuhnya dan menjadikan pembelian televisyen ini dari segi fungsinya setara dengan memperoleh TV kendiri dan juga bar bunyi berasingan.
V3000 andalan global daripada Dreame membawakan "Black Crystal True Color Screen" ("Skrin Warna Sebenar Kristal Hitam") dengan hanya 1.8% keterpantulan dan menghapuskan silau dalam persekitaran yang cerah. Aura Mini LED Premium Display menggabungkan teknologi QLED dan Mini LED, lalu memberikan 1 bilion warna, liputan DCI-P3 98%, ketepatan warna ΔE≈0.7 dan kecerahan puncak 2800 nit.
Prestasi permainan menunjukkan kecemerlangan dengan kadar segar semula 300Hz, jeda input 5.3ms dan sokongan untuk VRR, ALLM dan AMD FreeSync™ Premium Pro. Dreame Master Sound System 2.1.2ch bersepadu dengan Dolby Atmos®, mempunyai subwufer khusus dan reka bentuk dwihon, lalu mencipta pengalaman audio imersif 270° yang sepadan dengan visual yang menakjubkan.
Model laser Dreame T2 memberikan imej HD Penuh 120-inci dengan pembetulan automatik dan audio 2x5W, menambah operasi bateri, manakala projektor laser lontaran ultra-pendek T3 mengupayakan skrin besar dari jarak minimum.
Shenzhen Televi Intelligent Technology Co., Ltd. ialah sebuah perusahaan teknologi di bawah Dreame, mengkhusus untuk memajukan inovasi dalam teknologi audio-visual dan paparan rumah. Portfolio teknologi teras syarikat ini—yang terdiri daripada enjin bunyi dinamik, cip AI Dreamind™, teknologi paparan Aura MiniLED dan sistem pengendalian AtlasOS—mendayakan penyelesaian hiburan rumah bersepadu dan bermutu tinggi.