XI'AN, China, 20 November 2025 /PRNewswire/ -- Shanghai Kehua Bio-engineering Co., Ltd. (KHB), penyedia penyelesaian diagnostik in-vitro (IVD) global, mempamerkan platform kimipendarcahaya kompak terkininya—Penganalisis Imunoasai Kimipendarcahaya Automatik Polaris V150—di MEDICA 2025, salah satu pameran industri perubatan yang terkemuka di dunia. Sebagai produk menonjol di reruai KHB pada tahun ini, Polaris V150 mendemonstrasikan inovasi yang berterusan oleh syarikat ini dalam diagnostik automatik.
Direka untuk makmal bersaiz kecil dan sederhana, selain STAT dan ujian kecemasan di hospital besar dan juga makmal pihak ketiga, Polaris V150 mengintegrasikan kecekapan, ketepatan dan kemudahan penggunaan ke dalam platform atas meja. Dengan tapak berukuran hanya 0.36 m², penganalisis ini menawarkan keupayaan imunoasai yang berkuasa kepada makmal tanpa memerlukan peranti luaran, dengan adanya skrin sentuh terbina dalam dan juga reka bentuk yang kompak.
Tapak Kompak dan Kecekapan Aliran Kerja
Meskipun tapaknya kecil iaitu 0.36 m², Polaris V150 dapat menjalankan 150 ujian setiap jam, lalu membolehkan makmal mencapai kecekapan operasi yang tinggi dalam ruang kerja yang terhad. Ia menyokong pemuatan sampel, reagen dan cawan tindak balas secara berterusan, manakala fungsi STAT memastikan sampel segera diutamakan bagi membuat keputusan klinikal yang pantas. Sistem ini menawarkan 40 kedudukan sampel, dapat menampung serum dan plasma serta menyediakan pencairan automatik di samping pengesanan aras cecair, pembekuan dan antiperlanggaran yang komprehensif bagi meningkatkan keandalan aliran kerja.
Ketepatan Tinggi Dikuasakan oleh Teknologi ALP–AMPPD
Dilengkapi dengan sistem kimipendarcahaya ALP–AMPPD yang berprestasi tinggi, Polaris V150 memberikan ketepatan serta kejituan yang tinggi (CV < 3%) dalam asai. Penganalisis ini menerima pakai reka bentuk kit reagen semua-dalam-satu termasuk penentukur dengan maklumat berkod QR dan lengkung induk yang mengupayakan operasi terpiawai serta pengurusan reagen yang dipermudah.
Menu Reagen Komprehensif dan Semakin Berkembang
Polaris V150 menyokong menu ujian yang dibangunkan secara bebas dengan lebih 60 asai merentas 10 panel penyakit utama yang meliputi beraneka jenis keperluan diagnostik rutin. Portfolio asai termasuk penanda untuk fungsi tiroid, hormon seks, penanda tumor, penyakit berjangkit, penanda jantung, keradangan, glikometabolisme, anemia, metabolisme tulang dan banyak lagi.
Sistem Pintar dan Pengalaman Pengguna Dipertingkat
Selain prestasi analitikalnya, Polaris V150 menggabungkan reka bentuk sistem pintar untuk meningkatkan kebolehgunaan makmal. Platform ini mengupayakan pemantauan pada masa nyata bagi status reagen dan bahan guna habis bagi memastikan makmal mengekalkan kebolehlihatan penuh terhadap kesediaan operasi. Antara muka penggunanya yang kemas dan intuitif serta skrin sentuh terbina dalam memudahkan pengemudian yang cekap dan operasi diperkemas, seterusnya mengurangkan keperluan latihan dan juga meningkatkan pengalaman pengguna keseluruhan.
Kestabilan Reagen Andal dan Penyelenggaraan Pintar
Bagi menyokong prestasi berterusan dan berkualiti tinggi, penganalisis ini menyediakan penyejukan sertaan selama 24 jam (2–8°C) untuk sehingga 12 kedudukan reagen bagi memastikan kestabilan reagen yang optimum. Ciri-ciri seperti pemantauan jarak jauh dan penyelenggaraan automatik dapat mengurangkan masa henti dan memudahkan aliran kerja perkhidmatan, seterusnya membantu makmal mencapai kesinambungan operasi yang tinggi.
Kehadiran Mantap di MEDICA 2025
Di MEDICA 2025, Polaris V150 menjadi salah satu sorotan penting di reruai KHB, menarik minat rakan kongsi global yang mencari penyelesaian imunoasai yang padat namun berprestasi tinggi. Demonstrasi langsung dan perundingan teknikal yang disediakan oleh pasukan pakar KHB menawarkan pemahaman yang komprehensif kepada pengunjung berhubung keupayaan instrumen ini dan kesesuaiannya untuk persekitaran makmal rutin dan juga kecemasan.
"Minat yang kami terima di MEDICA menunjukkan permintaan yang kukuh terhadap sistem kimipendarcahaya yang kompak dan berkualiti tinggi seperti Polaris V150," kata pengurus produk KHB. "Kami berasa teruja untuk berkongsi inovasi ini bersama rakan kongsi antarabangsa kami dan untuk menyokong makmal-makmal di seluruh dunia dengan penyelesaian imunoasai yang cekap."
Latar Belakang KHB Group
Shanghai Kehua Bio-engineering Co., Ltd. (KHB, Kod saham: 002022.SZ) ialah sebuah syarikat IVD yang memiliki rangkaian produk diagnostik perubatan lengkap yang memfokuskan pada diagnosis imun, diagnosis biokimia, diagnosis molekul dan ujian titik penjagaan (POCT). Sejak penubuhannya pada tahun 1981, KHB membangun menjadi sebuah syarikat berteknologi tinggi yang mengintegrasikan operasi perniagaan penyelidikan dan pembangunan (R&D), pembuatan dan pemasaran. Pada tahun 2004, ia disenaraikan di Bursa Saham Shenzhen (SZSE).
Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi laman web rasmi KHB dan halaman LinkedIn, Facebook dan Twitter.
https://www.skhb.com/en/
https://www.linkedin.com/company/shanghai-kehua-bio-engineering-co.-ltd.-khb-/posts/?feedView=all&viewAsMember=true
https://www.facebook.com/KHBKehuaBiotech/
https://x.com/kehua_biotech