SHANGHAI, 20 November 2025 /PRNewswire/ -- Smartee Denti-Technology memperkukuh jejak antarabangsanya dengan strategi berfokus di Asia Tengah dan Rusia bagi tahun 2025, lantas memantapkan kedudukannya sebagai peneraju global bagi teknologi pendakap gigi lutsinar dan ortodontik digital.
Tahun ini, Smartee mempamerkan penyelesaian ortodontik inovatifnya di pameran-pameran serantau yang utama, termasuk Dental Salon Moscow (April), Kazdent Expo Almaty dan IDECA Tashkent (Mei), serta Dental Expo Moscow dan juga CADEX Almaty (September–Oktober). Acara-acara ini mengetengahkan kepakaran Smartee dalam ortodontik digital, seterusnya menonjolkan komitmennya untuk memperkasakan doktor-doktor melalui penyelesaian rawatan berasaskan bukti yang canggih.
Selain kehadirannya di pameran, Smartee meneruskan misi pendidikannya dengan menganjurkan Forum Akademik Pemposisian Semula Mandibular GS di Almaty. Forum ini mengetengahkan sesi-sesi latihan mendalam dan perbincangan kes secara langsung yang menawarkan pandangan pakar ortodontik tempatan berkenaan pendekatan perintis Smartee terhadap pemposisian semula mandibular dan terapi ortodontik fungsian. Inisiatif ini memperkukuh hubungan profesional dan memantapkan peranan Smartee dalam memajukan amalan klinikal di rantau ini.
Memandangkan permintaan terhadap ortodontik digital semakin meningkat di seluruh Asia Tengah dan Rusia, Smartee membangunkan ekosistem perkhidmatan setempat yang mantap yang menggabungkan antara pendidikan klinikal, sokongan teknikal dan inovasi digital. Inisiatif strategik ini akan membolehkan Smartee menyediakan perkhidmatan yang lebih baik kepada doktor dan pesakit di pasaran-pasaran baru muncul sekali gus menyumbang kepada penerimagunaan global bagi terapi pendakap gigi lutsinar.
"Visi kami adalah untuk memperkasakan golongan profesional ortodontik di seluruh dunia dengan memupuk inovasi dan kolaborasi yang berterusan," kata En. Garie Zhou, Pengarah Jabatan Perniagaan Antarabangsa dan Pembangunan Perniagaan di Smartee. "Asia Tengah mewakili kawasan pertumbuhan yang amat penting, di tempat kami menyasarkan untuk berkongsi kepakaran ortodontik digital China bersama dunia."
Dengan operasi yang kini menjangkau 57 negara dan wilayah, Smartee komited untuk menjadikan penjagaan ortodontik yang pintar dan berpusatkan pesakit boleh dicapai di peringkat global melalui teknologi, perkongsian serta pendidikan.